Memancing di kawasan sangkar ikan memang menyeronokkan, apalagi bila hasil baik dapat dinaikkan. Namun tidak semua yang bernasib baik. Hanya yang benar-benar tahu dan mahir saja biasanya akan berhasil. Di sebabkan hal ini kami turun menimba ilmu bersama.
Komando_sg dengan gaya dan aksi tersendiri..
Merah pertama selepas 10 minit menunggu..Terdapat 2 lagi tarikan ganas selepas itu tetapi gagal dinaikkan. Bukan rezeki kami agaknya..
Kerapu comel..
Rezeki orang berpantang lah nampaknya..
Saya juga tidak kecewa apabila umpan Sotong Kurita dan Ikan potong berjaya menghasilkan sesuatu.
Kerapu comel dengan umpan Gelama..
Tangkapan kedua yang nyaris terlepas..
Double Strike Kerapu.. Rasanya lontar di lokasi sama, tapi kenapa dia saja yang dapat??
Aksi yang sempat dirakam sebelum perambut putus di bawah bot..
Salah seorang darinya, kembali memancing setelah 10 bulan bercuti :)
Hasil keseluruhan 10 ekor Kerapu dan 3 ekor Merah.
Keadaan air besar ketika ini memang agak laju dan keruh. Namun inilah matlamat utama trip kali ini, menjejak dan memburu ketika air besar. Nampaknya tiada halangan jika kita tahu cara yang betul dan sentiasa menimba ilmu tanpa berputus asa.