Jumaat, 22 Jun 2012

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat saudara Jawa yang telah kembali kerahmatullah pada 7 Jun 2012. Allahyarham telah terbabit dalam satu kemalangan tragis di jalan besar Kanchong Darat, Banting. Kemalangan membabitkan kes mat rempit yang berlumba di atas jalan raya. Allahyarham seorang periang, pandai membaiki motorsikal, bermain guitar, peramah dan suka berjenaka untuk menghiburkan rakan-rakan. Meninggalkan seorang balu dan zuriat yang masih baby.

Teringat salah satu dari dialog saya dan allahyarham ketika dia sedang membaiki motor di perkarangan rumah Ijam..


" Ni ko pandai overhoul ni boleh la amek upah, berapa kalo ko buat ni?" sambil saya duduk..

"Alah tak payah la Abg Long, bawak je kat sini, beli barang je."

"Habis tu upahnya berapa? Lepas-lepas duit minum ko jadilah"

"Tak payah berkira, esok semua nk mintak upah. Mintak tolong tolak motor pun nak upah. kalau takda upah tak nak tolong. Tolong kawan kawan buat pe nak kira."


Apabila mati nya anak adam, maka terputuslah segala amal nya kecuali 3 perkara. Antara salah satunya ialah ilmu bermanfaat yang diamalkan berterusan untuk kebaikan.Terima kasih kerana memberikan pesanan dan pengajaran berguna buat saya.  Akan saya sampaikan pesanan ini kepada anak cucu sihingga ke akhir hayat. Insyaallah...

Isnin, 18 Jun 2012

Perhatian! Mencari sampan lama/rosak untuk dijual

Salam sejahtera buat semua rakan pemancing. Anda mempunyai sampan fiber usang/rosak untuk dijual? Spesifikasi yang dicari ...

Panjang melebihi 21 x 6 kaki
FiberGlass
Rosak atau sudah lama
Lunas

Jika anda ingin menjual, kami ingin membeli. Hubungi nombor saya yang tertera. Terima kasih..

Rabu, 13 Jun 2012

Trip 10/6 Cencaru mabuk!

Belum pun hilang penat pada trip yang lepas, turun pula di Kelanang. Namun bukan berada di tebing, tetapi menyampan untuk memancing Jenahak di kawasan Pintu Gedung laluan Kapal Besi. Trip yang dirancang oleh Lan adik ipar, diseratai Acid, Ijam, dan seorang lagi saudara Lan tiba pada jam 7.30 pg di pengkalan Jeti Nelayan Kelanang, saya masih sempat menyiapkan apolo buatan sendiri dari tali rafia, berikutan apollo yang ada tidak mencukupi. Sedikit pengalaman dan ilmu yang di ajarkan oleh seorang rakan lama ketika sekolah menengah, saya praktikkan. Sesudah semuanya di siapkan, kami bertolak ke lokasi menaiki bot 27 kaki dengan enjin 60hp besama tekong yang tidak pernah saya kenali. Sampai di lokasi pertama, umpan diturunkan. Kali ini kami menggunakan umpan sotong kurita yang di import dari Portklang, di perolehi dari peniaga yang hanya Lan saja yang tau. Rahsia katanya :)





Rupanya trip kali ini agak istimewa. Kami tidak menggunakan sauh seperti biasa tetapi berhanyut saja. Agak terkejut bila tali yang diturunkan hampir melebihi separuh. Hampir kesemua masin kecil yang dibawa kami mengalami keadaan serupa. Dengan joran kecil dan batu ladung yang bersaiz 12 membantutkan pemikiran saya. Umpan digunakan pula seekor sotong bagi setiap 1 pancing! Saya mengambil keputusan untuk mengunakan batu kecil saiz 10 dan perambut hidup seperti biasa, cuma menggunakan kaki sotong. Cubaan pertama disambut ikan gerut kecil dan mengkerong.

 



Bila ikan kurang menjamah umpan, kami berpindah ke laluan kapal. Pada ketika ini juga Lan mula tumbang :) 4 biji panadol ditelan namun tidak berkesan. Rugi tak ambik gambar. Habis semua roti canai yang di makan keluar semula dari perut. Oleh kerana mabuk, Lan hanya mampu berbaring sehingga ke akhir trip. Nasihat kepada rakan pemancing yang lain, jangan makan banyak bila nak turun kelaut :) lebih lagi roti canai...

Berpindah ke lokasi baru, kami menurunkan umpan. Jika tadi hampir habis semua tali, kini semua tali habis turun ke air. Hanya semeter dua saja yang tinggal. Saya dan ijam puas berfikir bagaimana agaknya nya jika umpan di ragut ikan besar tapi tali tak mencukupi. Di lokasi yang dalam ini, alunan ombak amat menyeramkan saya. Ijam berjaya menaikkan seekor Gerut yang boleh tahan saiznya. Cukup siksa melihat ijam memutar mesin. Beberapa kali terhenti kerana keletihan, almaklumlah dia kini tidak sesihat dahulu. Tapi saya kagum dengan semangatnya yang tidak pernah luntur meneruskan aktiviti memancing.



Oleh kerana tiada ragutan besar dan hari sudah mula petang, tekong memberi arahan untuk mencari lauk. Sesuatu yang saya nantikan! Apollo cencaru hehehehe.. Kami singgah ke tepi kapal yang sedang berlabuh dan apollo mula diturunkan. Tekong mengarahkan kami melontar ke hujung haluan kapal. Hasilnya cencaru, tamban dan selar bergayutan di hujung pancing!



Tip memancing kali ini, ikan cencaru, selar dan tamban disini bermain di bahagian bawah kapal yang berlabuh. Berkemungkinan memakan lumut dan hidupan yang melekat pada badan dan rantai sauh kapal.


Inilah hasil dari aktiviti apollo yang dijalankan pada trip kali ini.. Insyaallah kami akan kembali semula tetapi hanya untuk mencari cencaru sahaja. 



Antara video yang sempat dirakam kamera kami. Maaf gambarnya terbalik pulak :)

Trip 6/6 Lubuk Tinggalan

Salam sejahtera kepada semua rakan pemancing yang budiman. Trip kali ini telah di rancang awal oleh saya dan komando sungai, kerana cuti yang tidak dijangka. Pemancing baru yang buat kali kedua turut serta iaitu En.Acid kita yang juga cuti berniaga pada hari tersebut. Tak macam kebetulan pun :)..

Bot telah disewa sehari lebih awal 30hp 21kaki  berharga Rm150, siap bumbung memang selesa. Kalau air mati tak mungkin dapat ni. Ketika ini air besar 0.5 surut memang laju dan deras. Namun di atas teori dan pengalaman masa lepas, kami yakin tangkapan pasti ada, cuma kami tidak mengharapkan tangkapan besar. Umpan udang hidup 150 ekor di beli dari Kg Sawah Jugra dengan harga 20sen seekor memang murah dan berbaloi. Saiz udang gred B panjang 3 inci juga amat menepati citarasa kami. Mengapa kami katakan ia sesuai? Ia sesuai kerana udang saiz begini mudah di ditelan ikan dan mengelakkan pembaziran. Udang besar hanya sesuai ketika air mati untuk hasil yang besar. Ini cuma sekadar teori kami. Untuk info rakan pemancing yang lain, bekalan udang di kolam tersebut akan berakhir pada bulan Ogos.

Ketika mula bertolak, air pasang berada pada tahap maksima, hingga jambatan yang merintangi sungai Chandung tidak dapat di lalui. Setelah di timbang tara, kami mengambil keputusan untuk mudik ke hulu sungai menghala ke Telok Gong sekali gus melintasi kesemua lokasi lubuk tersebut. Dengan kata lain, kami akan membuat pusingan U mengelilingi pulau hanya dengan 1 tangki minyak 25 liter. Ini tidak mustahil kerana arus yang bergerak laju akan menjimatkan bekalan minyak kami. Teori ini terbukti di akhir trip, bilamana baki myk yang tinggal adalah 1/3 tangki.



Laluan sungai yang kecil dan sunyi dikelilingi pokok bakau tidak pernah kami lalui sebelum ini kelihatan agak asing. Namun tidak bagi saya, kerana  laluan ini memang ada jalan keluarnya. Salah seorang pemancing Acid, tertarik untuk mencuba troling, namun tidak berhasil kerana rapala yang digunakan kurang sesuai. Setelah keluar dari laluan kecil, kami menuju ke selat mencari laluan air hijau di tengah. Ketika ini air mula perlahan, air balas surut mula tenang. Setelah lokasi di kenalpasti, sauh diturunkan pada kedalaman kurang 10 meter.



Percubaan Acid untuk menunda gewang, gagal. Gewang yang digunakan kurang sesuai untuk menunda.




Kurang dari 3 minit, seekor Gelama Pisang berjaya dinaikkan. Komando sungai mengistiharkan kawasan ini berisi. Kurang 1/2 jam, 9 ekor Gelama Pisang berjaya di bawa naik. Rata-rata saiznya agak besar. Agak mengejutkan kerana lokasi ini adalah lokasi hitam pot menjaring, yang dikatakan "tak ada ikan" dan amat jarang di kunjungi pemancing termasuk saya. Mungkin teori ini boleh digunapakai. Kumpulan ikan ini yang dibawa arus deras, menyinggah di kawasan air hijau ketika air tinggi. Di kawasan tebing selat ini airnya agak keruh mungkin akibat lumpur tebal yang dibawa arus deras. Umpan udang segar mati amat berkesan, namun kehadiran ikan duri menandakan air sudah mula keluar. Beberapa helai plastik sampah yang menghuni dasar juga dinaikkan. Setelah haluan bot berubah, kami berpindah ke lokasi kedua di hujung Pulau Babi.






Ketika ini keadaan arus sudah mulai deras dan air mula surut. Kami berlabuh di atas kawasan beting cetek dan mula melabuh joran masing-masing. Lontaran pertama komando sungai di sambut seekor Sembilang bersaiz sederhana. Kawasan alur selat, laluan ikan keluar ini memang sesuai untuk memancing. Tak sempat meletak joran, umpan dah pun mengena. Kami berbalas menaikkan ikan Duri dan Gelama yang rata-rata seekor bagi setiap 30 saat! Meletihkan! Apa lagi jika ikan Duri bersaiz kecil yang tersangkut di hujung kail. Kehadiran ikan ini yang begitu banyaknya tidak menghairankan saya. Ikan Duri amat tidak di sukai pemancing dan biasanya dilepaskan semula. Peluang untuk ia membiak adalah 100% dan memenuhi sungai.



Umpan Perumpun yang dibawa juga tidak begitu banyak dan habis di lokasi ini. Kami berpindah ke tiang Jambatan Pulau Indah dan melabuh sauh. Keadaan arus laju dan sampah hanyut menyusahkan untuk memancing. Kami berpindah ke kawasan Muara sungai Labuhan Gurap berhadapan dengan Tjg Harapan. Kami berlabuh di muara sungai yang arusnya agak perlahan tetapi jernih dan cetek.

 

 

Umpan di labuh dan tangkapan pertama di bawa naik ialah Gelama Pisang saiz yang sama seperti di lubuk pertama. Tangkapan kedua Tetanda, berjaya dibawa naik Acid menggunakan joran udang galah :) Meliut-liut melentuk-lentuk di buatnya. Komando sungai yang beriya-iya merentap joran, dipermainkan ikan Gelama Tora bersaiz 3 jari. Apa tidaknya, joran yang terangkat-angkat desentap ikan banyak yang tidak mengena. Agak banyak umpan kami hilang dilokasi ini. Ikan kecil yang begitu cekap mencuri umpan menewaskan kami. Agak terhibur dengan keadaan tersebut, saya memaksa mereka berhenti dan berpindah ke lokasi ke empat iaitu Lubang 1 yang jarak nya tidak sampai 200 meter kehadapan.


Selepas sauh di labuh, umpan dilontar, cetek! Belum sempat mengeluh dan meletak joran, terasa sentapan keras agak jauh dari bot. Dari jauh ikan berenang ke permukaan begitu laju melawan arus kehadapan bot dan saya menjangkakan Senangin bersaiz besar. Jangkaan saya meleset bila tangkapan dibawa naik. Ebek bersaiz Kecil! Kami bergilir-gilir bergambar untuk kenangan. Secara sepontan saya mengatakan bahawa ini adalah lubuk yang di cari dan joran Komando sungai pula direntap. Seekor tetanda berjaya di bawa naik. Beberapa ekor gelama, tetanda kecil dan tetuka juga berjaya dinaikkan. Keadaan ini tidak berlanjutan lama bila arus mula berubah.








Namun trip ini mula hampa bila air laju mula tiba memaksa kami berpindah ke StarCruise dan hanya tetuka, duri dan gelama berjaya dinaikkan. Sehinggalah air penuh menutupi jambatan menghalang laluan ke jeti. Terpaksa menunggu setengah jam untuk air surut, kemudian pulang ke jeti. Tiada pembaziran umpan pada trip kali ini. Semua udang habis digunakan :)


Hasil keseluruhan pada trip kali ini..

Teori lubuk pada kali ini ialah, jika air besar dan surut habis, kebanyakan ikan akan bermain dikawasan dalam. Ini memudahkan anda untuk memancing kerana ikan bertumpu hanya setempat. Tetapi hanya ketika air surut. Jika mula pasang dan arus laju, kawasan ini langsung tidak sesuai untuk memancing.







Selasa, 5 Jun 2012

Trip 3/6 Paloh 2 Kelanang

Trip di adalah idea dari Abg Emi dan Lan adik iparku yang kemaruk sangat nak tarik ikan besar. Alkisah saya tak dapat nak ikut, akibat dari tugasan di tempat kerja. Lokasi padang pancing terletak jauh d kawasan Pintu Gedung, laluan kapal dan Kawasan berlabuh. Harga trip ini Rm300 menggunakan bot yang besar katanya. Turun melalui Sg Jugra Kelanang. Berikut 2 keping gambar yang boleh memanaskan mata anda :)



Tangkapan ini berjaya di naikkan menggunakan umpan sotong kurita yang di import dari PortKlang :) Umpan koperat kata orang la.. Tangkapan ini juga merupakan tangkapan pertama Lan sejak mula turun di kawasan ni hehehe.. Bangga lah tu,....



Dapat 2 ekor pulak tu, sabar je lah..Takpe, lain kali i ikut jugak..Berapa kilo agaknya ni ye..


Eleh Awal, tau la ikan pinjam huhuhu!