Isnin, 22 Julai 2013

Sekadar Informasi, Ular Dalam Peti Sejuk

Oleh kerana begitu sibuk dengan aktiviti harian yang tidak menentu, kadangkala ikan di dalam peti sejuk tidak di sempat di bersihkan. Hal ini berlanjutan kadangkala hingga sebulan lamanya! Ketika anda membersihkan ikan tersebut, barulah anda tahu apa yang anda simpan selama sebulan.

Antaranya ialah seperti di atas. Sisa ular ini saya temui di dalam perut ikan yang saya perlu rahsiakan dari anda :) Agak terkejut kerana sebelum ini hanya ketam, sotong, ikan, kaca, plastik, sisa tanah dan daun, buah hutan, tetapi sisa ular pula yang saya jumpa. Oleh kerana ini, ikan tersebut saya buangkan. Rasa pelik pula nak di masak.. Jadi kepada rakan pemancing di luar sana, berhati-hatilah dengan apa yang anda simpan di dalam peti sejuk, lebih-lebih lagi dengan ikan anda :)

Sekadar Informasi, Sonar dan Ikan

Pernahkah anda menggunakan Sonar untuk memancing? Sonar adalah sejenis alat yang menggunakan frukensi gema bagi mengesan kedudukan ikan dan permukaan di dasar air. Walaupun penggunaan alat ini nampak mudah, kemahiran dan pengalaman yang mencukupi amat diperlukan. Tahukah anda, bagaimana mentafsir maklumat sonar? Sedikit tips dari kami untuk anda.

Sonar yang saya gunakan, menggunakan kuasa bateri petak 6 watt yang biasa digunakan dalam lampu suluh. Bateri ini saya gabungkan 2 biji untuk mencapai kuasa 12 watt dan sedikit sambungan kecil perlu dibuat bagi menyambung 2 bateri ini. Mengapa saya tidak gunakan bateri kereta?? Jawapan mudah, supaya ianya ringan dan mudah dibawa. Bateri kereta yang berat dan perlu di cas semula, saya rasakan tidak praktikal ketika ini. Sekiranya terdesak, anda boleh dapatkan sumber yang mudah diperolehi. Cabut fius yang berada di hujung wayar sonar dan terus sambung ke bateri.

Bahagian pendek menagadap ke depan, manakala yang panjang ke belakang.

Kedudukan di dalam bot, saya tindih dengan botol berisi air supaya tidak bergerak.

Setelah itu, letakkan transduser di dalam perut bot yang diisi dengan air. Pastikan ia sentiasa tenggelam dan tidak terangkat. Pastikan kedudukannya betul dengan mengadap ke depan seperti di atas. Tidak perlu memasang pancang atau tiang di luar bot untuk ini. Di dalam bot sudah memadai kerana gema sonar boleh menembusi perut bot.

Setelah itu aturcara atau setting perlu dibuat, seperti jarak permukaan dasar dan permukaan air, syimbol ikan dan penggera. Antara imej yang akan anda lihat adalah seperti di atas.Jangan tertipu dengan imej tersebut kerana bukan semua yang anda lihat adalah ikan. Di sinilah kemahiran anda untuk mentafsir diperlukan. Matikan syimbol ikan dan penggera, supaya lebih mudah kerja anda.

Sekiranya anda bernasib baik, imej di atas mungkin akan muncul di skrin anda :) Tanda merah adalah benda keras seperti kayu dan batu, tanda hijau adalah karang, biru dan merah melengkung adalah ikan. Matikan sonar jika tidak digunakan, pisahkan sambungan dari bateri. Sentiasa melakukan ujikaji dengan alat sonar anda supaya lebih mahir di masa hadapan.

Mencipta Kren Mini Mudah Alih.

Bekerja di atas bot kecil kadangkala memang merimaskan. Faktor ruang, ombak dan cuaca, banyak mempengaruhi keadaan fizikal kami. Mengambil sample air dan tanah bukanlah satu kerja yang mudah. Tenaga yang banyak di perlukan dan ini menambah tekanan kerja kami. Untuk itu, kami telah memikirkan cara terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. Untuk itu kami merancang untuk mencipta satu kren kecil untuk digunakan di atas bot.

Besi dan Takal..

Takal Steel yang telah di ubahsuai supaya tali boleh ditukar jika perlu, tanpa di potong. Kebanyakan takal adalah tidak boleh dibuka.

Paip Steel dilubang bagi mengikat takal tadi.


Lengan yang boleh bergerak apabila di tarik ke atas bagi mengurangkan tenaga angkat dan menjulur ke luar ketika menurunkan beban.

Sesi uji kaji di atas bot masih belum dibuat, di harapkan idea ini dapat menjadikan kerja kami lebih mudah.

Ahad, 21 Julai 2013

Trip 20/7 Pa'an Dan Rakan

Trip bertolak lewat pada jam 10 malam di anggotai 4 pemancing termasuk saya. Setelah menunggu sedikit lama di pengkalan, setelah menyelesaikan urusan saya di rumah ibu, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Ketam. Bekalan Udang hidup rm20, ikan Sardin dan Kembung menjadi umpan kami pada malam ini. Lokasi pertama di laluan keluar bot, hanya menghasilkan 2 ekor Kerapu Singa dan Gelama sebagai pembuka tirai. Namun semangat mereka untuk memancing memang saya kagumi. Set yang di bawa juga saya rasakan kurang sesuai di kawasan ini. Namun segalanya merubah jangkaan saya setelah ikan berjaya dinaikkan.


Keadaan arus yang sudah mula laju, lokasi sangkar kurang sesuai untuk kami memancing. Lebih-lebih lagi bila waktu malam, kawasan sangkar menjadi kawasan larangan. Maka meninjau kawasan reba adalah yang terbaik. Bot, saya labuhkan di hujung pulau untuk memancing. Hampir 2 jam menunggu, hanya Tetanda, Semilang dan Gelama dapat dinaikkan. Turut serta Sesirat yang juga kerap mengganggu.

Setelah berpusing-pusing mencari kedudukan sesuai dan menyuluh, akhirnya kawasan sangkar kami tinggalkan. Saya rasakan kawasan reba di seberang lebih berpotensi. Saya cuma berusaha sekadar yang termampu, saya serahkan kepada yang Maha Berkuasa, selebihnya rezki mereka ni. Sampai di lokasi, umpan terus di labuh dan saya mengambil keputusan untuk tidur saja selepas bersahur. Keletihan melampau akibat kurang rehat dan mengantuk, sedikit mengganggu aktiviti kami. Namun mereka ni masih setia dengan joran masing-masing. Pada jam 5.30 pagi, saya di kejutkan dengan bunyi bising di hadapan bot. Rupanya seekor Siakap kecil merentap salah satu joran mereka dan ikan berjaya dinaikkan. Hanya dengan tangan, ikan di pegang dan dinaikkan ke dalam bot.

Tukang siang ikan yang terhebat pernah saya jumpa, di potong kan, kami pakai :)

Selang beberapa lama, terdengar lagi satu kekecohan. Saya terjaga dari lena dan melihat apa yang berlaku. Kesabaran mereka nampaknya membuahkan hasil. Tarikan kasar di hujung kail menunjukkan hasil besar telah meragut umpan mereka. Ikan kadangkala melalui atas kawasan reba, risau saya dibuatnya. Banyak pokok kayu berselirat di kawasan tebing yang boleh memutuskan tali perambut jika tidak berhati-hati. Namun kepakaran si pemancing memang saya kagumi. Ikan akhirnya saya gancu dan berjaya masuk ke dalam bot. Pari yang berat saya jangka melebihi 10kg berjaya dinaikkan. Terkejut saya lihat perambut dan mata kail yang digunakan. Mata dan tali perambut kecil yang sememangnya tidak sesuai untuk ikan sebesar ini.Namun kemahirannya mengendalikan joran amat saya kagumi.


Setelah cuaca semakin terang, kami menukar lokasi sekali lagi. Lokasi terakhir sebelum pulang yang saya rasakan sesuai ketika ini. Setelah sampai di lokasi, umpan di labuh dan tangkapan Kerapu pertama yang kecil berjaya saya naikkan. Setelah sejam menunggu, seekor lagi Kerapu keil berjaya saya naikkan. Namun kesabaran mereka akhirnya membuahkan hasil. Seekor Ikan Merah berjaya dinaikkan seorang lagi anggota trip dangan bantuan rakannya. Maklumlah, tali kecil untuk memancing Patin katanya, jadi kenalah berhati-hati.  Setelah joran bertukar tangan dan aksi tarik menarik berlaku, ikan berjaya saya tangguk ke dalam bot. Seekor lagi hasil gred A berjaya dinaikkan. Bukan kepalang gembiranya mereka ni. Seperti yang saya katakan, ini semua rezeki kamu.


Sedang asyik leka saya mengambil gambar, salah satu joran saya mendapat tarikan keras. Malangnya penjajar gelung yang terlalu ketat memusnahkan peluang yang ada. Perambut kasar putus pada mata kail. Tiada langsung ragutan ikan selepas itu dan kami terus pulang ke pengkalan. Walaupun tidak banyak hasil pada trip kali ini, namun saiz menjadi kebanggaan. Terima kasih kerana sanggup bersabar sepanjang malam.

Trip Belacak Ke, Tembakul??

Sudah 2 trip di buat namun tiada hasil yang diperolehi. Apa yang saya maksudkan, trip mencari Belacak atau Tembakul di sekitar pengkalan menggunakan teknik yang saya rasa pelik ini. Mr.Lim bersama En.Ramli datang kepada saya sebelum ini bagi menguji keberkesanan teknik menangkap Belacak di Thailand mengunakan bubu panjang. Hanya seekor Belacak pada trip pertama dan tiada langsung pada trip kedua. Tujuan pencarian ini katanya untuk menangkap dan menguji ketahanan ikan tersebut bagi tujuan eksport ke China. Untuk itu teknik yang sesuai perlu dicari bagi memenuhi keperluan tersebut. Hanya saiz terpilih saja akan di tangkap bagi di biakkan di dalam kolam khas. Bagi saya teknik jala dan jaring pantai lebih sesuai untuk spesis ini, memandangkan ia cukup pandai dan licik untuk ditangkap. Gelihati pun ada, hairan pun ada. Macam manalah agaknya ikan di sana boleh tertipu dengan cara ini, sedangkan di sini langsung tidak berhasil. Mengikut kata Mr.Lim, sudah tiada lagi spesis Belacak atau Tembakul ini di sana dek kerana kerakusan manusia yang tidak memikirkan tindakan mereka. Oleh yang demikian, teknik dan cara sesuai harus dipikirkan bagi mengelakkan kepupusan spesis ini di Malaysia.

Penggunaan bot kecil pada trip ini lebih mudah berbanding trip sebelum ini yang sering sangkut di pantai.


Bubu panjang yang setahu saya sesuai bagi Semilang dan Ketam.

Untuk trip pertama, saya menggunakan jala dan dapat mengumpul 25 ekor dari saiz yang besar sahaja. Walaupun penggunaan bubu dikatakan sesuai di luar negara, di sini hanya Belangkas Padi(belangkas bersaiz kecil), Sesirat, Ketam, Cikbun, Ular air, beberapa spesis ikan dan Udang yang berjaya di tangkap. Saya hanya mencari rezki atas kerja dan hanya mengikut saja mereka ni, tapi seronok juga melihat telatah Si Belacak yang keluar masuk Bubu melalui pintunya, membuktikan kelicikan dan kepandaian ikan ini :)

Khamis, 11 Julai 2013

Trip 6/7 En.Khalid dan Rakan

Kadangkala apa berlaku, tidak lah seperti apa yang kita rancang. Ini lah yang berlaku pada trip kali ini. Walaupun kadangkala dianggap pelik, semuanya telah ditakdirkan berlaku. Buat pertama kalinya, udang yang saya simpan pada sebelah pagi berada dalam perut bot, di makan beberapa ekor monyet yang nakal di pengkalan. Nak dimarah, binatang. Sudahnya jatuh atas kesilapan sendiri. Sisa udang yang hanya tinggal bahagian kepala dan hujung ekor, saya kutip untuk umpan Gelama.

Udang yang berbaki 7 ekor, saya tambah dengan menjala di sekitar pulau sepanjang perjalanan pergi. Ketika ini air sudah mula pasang dan kebanyakan udang berkumpul di muara anak sungai kecil. Hanya beberapa kali tebaran sahaja, udang sudah mencukupi. Trip mula memancing di laluan bot untuk mengumpul ikan Gelama. Laluan bot yang sibuk, menyukarkan kami memancing di samping keadaan yang amat bahaya. Kami mengubah haluan ke anak sungai yang telah di tandakan sebelum ini. Terdapat reba besar di dasar sungai. Saya mengusulkan supaya ikan Gelama yang ada di potong untuk dijadikan umpan bagi kegunaan joran besar. Manakala sisa udang tadi di jadikan umpan Gelama. Lain yang dicari, lain pula yang mengena. Mata apolo 3, berumpan sisa udang di sambar sekor Siakap Putih!

Lontaran 5 kaki dari dari tebing menghasilkan sesuatu yang tidak dijangka. Walaupun agak sukar ditumpaskan, 2 mata kail yang tersangkut di sirip bawah dan bibir, menyukarkan peluang untuk melepaskan diri. Saya juga terkejut bila ikan sudah timbul dipermukaan. Langsung saya tidak jangka sekor Siakap Putih.

 Begitu juga dengan Ikan Merah ini, juga menggunakan umpan yang sama. Terdapat satu ragutan kasar mengunakan umpan hirisan ikan, namun ikan berjaya melepaskan diri. Joran kecil dan lembut tidak sesuai untuk tugasan berat sebegini. Kebiasaannya ikan akan berjaya melarikan umpan ke reba dan melepaskan diri. Sayang sekali tangkapan besar bukan rezeki mereka.

 Selewak yang berada di lokasi sama juga dengan umpan sisa udang tadi. kebanyakan lokasi ini tidak berjaya menghasilkan tangkapan baik kerana keadaan angin kencang yang menyukarkan bot kami berlabuh. Keadaan ini berlanjutan sehingga ke lokasi kapal karam hingga terpaksa mengikat bot pada badan kapal tersebut. Namun tiada hasil baik kemudiannya.

 Antara pisau, umpan dan pengepit yang masing-masing saling berkait rapat..

 Tetanda di satu lokasi anak sungai.

Sekor Talang Kecil yang tidak pernah saya perolehi sebelum ini, tertipu dengan umpan udang hidup.
Trip bertolak pulang pada jam 7 malam setelah tiada tangkapan menarik dinaikkan. Terima kasih kepada mereka ini kerana memilih khidmat kami untuk memancing.



Isnin, 1 Julai 2013

Trip 30/6 Bersama En.Otc p.net dan Sahabat lama Amat Maulana

Trip yang telah di tempah awal ini, mulanya tidak mempunyai ahli yang mencukupi. Walaupun begitu, trip masih tetap diteruskan. Oleh kerana salah seorang rakan lama saya juga tidak dapat mencukupkan ahli pada hari sebelumnya, saya usulkan mereka berdua turun bersama pada kali ini dengan izin En.Otc p.net. Berbekalkan udang yang separuh mati di bawa oleh rakan saya Amat, nampaknya seperti kurang menyakinkan. Setelah berbincang dan dipersetujui, trip kali ini "survive" dengan yang ada saja. Bertolak pada jam 8 pagi menuju ke lokasi pertama di kawasan anak sungai, air pasang mengurangkan aktiviti ikan di kawasan terbabit.

 
Tidak semua lokasi berisi aktif ketika air pasang, kadangkala hanya sesuai ketika air surut. Namun kehadiran sang agas, banyak mengganggu aktiviti memancing kami. Berbintik muka, tangan dan kaki kami di cium agas. Apa boleh buat, ini tempat mereka.

 
 En.Otc sedang asyik memerhatikan joran..

 
4 tahun tak turun, gigitan Sang Agas umpama suntikan jarum ;)

Setelah lokasi kedua, hanya beberapa ekor Gerut dan Gelama, diiringi ikan Duri yang tidak putus-putus, tiada tangkapan menarik berjaya dinaikkan. Hanya seekor Tetanda sebesar tapak tangan yang di perolehi oleh En.Otc. Terdapat pokok mati di sekitar kawasan ini tenggelam di dasar sungai. Beberapa kali kail tersangkut, setelah umpan di ragut.

 
 Abang Otc rasa boleh kembang tak? Dah lama tak menjala ni..

 
 Bulan sabit pun boleh lah Mat, janji ada udang kat dalam..

Oleh kerana air baru mula surut, kami berubah ke lokasi muara sungai keluar ke Pulau Ketam. Ketika ini kami berjaya mengesan kedudukan reba di dasar sungai. Berdasarkan kepada maklumat dari tuan Otc, dulunya kerap mendapat Gelama bintik di lokasi ini. Di bawah adalah hasil di lokasi ini.

 Belukang 2.1 kg.

Rezki bagi yang rajin dan sabar menunggu, Gelama Belang 4.2 kg. Tak jadi nak pergi Mersing kan??


Selain itu, Sekor Gelama Belang kecil, Tetuka, Semilang dan Merah kecil baki kepada hasil tangkapan kami. Trip bertolak pulang pada jam 9 malam ke pengkalan. Terima kasih kepada En.Otc dari pancing,net kerana sudi menggunakan khidmat kami.