Cuaca pada hari ini memang begitu baik sekali. Apalagi setelah 3 hari hujan berturut-turut pada sebelah petang. Kebiasaannya, setelah 3 hari hujan, hari kekempat akan cerah. Namun ini cuma sekadar teori. Dengan berbekal umpan yang di beli dipasar pagi, udang tidak disertakan memandangkan tiada stok di perolehi.
Kami membawa 3 batang joran seorang memandangkan trip hanya berdua saja.
Semilang dengan umpan kaki Kurita, 1.3kg.
Spot pertama tidak mendatangkan hasil. Kami bergerak ke spot muara sungai dan 2 ekor tangkapan berjaya dinaikkan dengan umpan sotong. Setelah 2x mengubah lokasi, tiada lagi tangkapan selepas itu. Kami hanya menunggu air surut semula sebelum masuk ke kawasan sangkar semula. Sasaran kali ini, Merah dan Kerapu.
Tetanda sebesar ini memang kuat lariannya lebih lagi di kawasan air cetek..
Hasil di sekitar sangkar bolehlah dibanggakan, jika trip bernasib baik.
Hasil keseluruhan, 2 Kerapu, 3 Merah, 1 Tetanda, 1 Semilang. Tiada tangkapan baik selepas jam 5.30 dan kami bergerak pulang ke Telok Gong.