Ahad, 30 September 2012

Bot dan Enjin Untuk Di jual(Telah Di Jual)

Jika anda masih mencari bot idaman dan masih belum jumpa, kat sini ada member nak jual bot nya. Berikut adalah spesifikasi bot tersebut..





Fiberglass Peng Huat
Lokasi Pulau indah. PortKlang
26 panjang x 6.5 lebar
Mercury 90Hp
Stering & Jack Auto
Steel Canopy
4 Box (Steel Lock)

Harga RM25,000 nego
Telah di Jual!




Fiber YP
Lokasi Pulau indah PortKlang
21panjang x 5.5 lebar
Mercury 60Hp
Manual Handle
Wooden Canopy

Harga RM13,000 nego
Telah di jual!

Kepada yang berkenan dan ingin mengujipandu, boleh la menghubungi

En.Abul Ash 013-2997899

Kepada anda yang ingin memancing, pemilik bot ini juga membuat trip memancing di sekitar perairan PortKlang. Pun boleh terus sms atau menghubungi nombor di atas..


Selasa, 25 September 2012

Trip 22/9 Sekadar Informasi..

Senangin Buih ni dinaikkan Oleh Eboi dengan umpan Belanak Hidup. Ni pertama kali kami dapat menggunakan umpan ikan. Sebelum ni hanya Beliak Mata dan Udang hidup saja, tapi nampaknya ini pun dia makan gak.


Jadi lepas ni ada 2 kemungkinan hasil yang boleh diperolehi dengan ikan Belanak hidup, Senangin atau Kerapu :)

13/9 Turun Tanpa Tekong..

Memandangkan saya tidak dapat turun pada minggu tersebut, mereka ni turun tanpa saya. Kedatangan pak menteri di tempat bertugas menyebabkan saya sibuk sepanjang 2 minggu. Majlis 3 jam, persediaan 2 minggu. Hebat betul.. Jom kita sama-sama tengok apa yang diorang dapat dari ilmu yang telah dipelajari..
Dengar cerita sampai ke Pulau Ketam diorang jalan ni, hebaaaaaaaat...

 Ikan Duri...

 Ikan Heli :) Ikan karang ni baiasa kacau umpan kat kawasan cetek berpasir. Geng dia ketam, Ikan Daun Baru dan Bebolos.

 Ketam Renjung di Labuhan Gurap, lokasi strategik yang tak pernah menghampakan.. Agak kerap ketam ni dinaikkan pada musim ini..

 Samat dapat 2 ekor sekaligus. Kemungkinan sudah musim ketam mengawan..Nanti lain kali kita cuba mancing ketam aje yer..

 Mencari sudut terbaik bagi photografi..Susun jangan tak susun..

 Buleh tahan juga tanpa tekong yer..

 Gelama Pisang di lokasi mempunyai reba pokok di bawah. Acid berjaya menaikkan sisa tersebut.. Jumpa pot baik di lokasi Labuhan Gurap, bagus bagus bagus.. Teknik sama yang saya guna..

 Boleh tahan tangkapan korang ni, hampir menguasai keseluruhan pengalaman.. 

Kesimpulan nya, ilmu dah hampir lengkap, tapi belum boleh khatam lagi huhuhuhu.. Tetanda takda pun, sekurangnya sekor buat pelaris :) Lain kali cuba lagi. Tapi keseluruhan trip adalah berjaya memandangkan tangkapan begitu banyak dan ada Sembilang.. Bukan senang nak dapatkan hasil macam ni tau.. Sedikit pesanan buat kamu semua,

"Lebih baik Gelama dan Duri, dari pulang Tangan kosong. ikan besar, bonus!"
"Jangan pergi tanpa pengalaman, hampa nanti.. Contoh Pulau ketam :) Kita tak expert kawasan tu, jangan pergi."

Tambahkan ilmu dan pengalaman, lepas ni insyaallah dah boleh bawak trip ni..

Isnin, 24 September 2012

Trip Sewa 23/9

Trip kali ini masih membawa penyewa dari Sentul, En Ali dan En. Jenal. Bertolak dari jam 7pagi dan pulang jam 8 malam. Memandangkan udang ketika ini sukar dicari, saya mencadangkan supaya mereka membeli udang di kolam sebagai insuran sehingga air surut. Walau bagaimanapun, seperti biasa udang jala masih diperlukan ketika bekalan yang ada berkurangan.

Lokasi pertama kami Labuhan Gurap menghasilkan beberapa ekor ikan Gelama Pisang dan seekor Tetanda hasil kerja tangan En.Jenal. Sirat-sirat juga agak banyak di mana saja kami berhenti. Begitu juga Cikbun yang beberapa kali memutuskan perambut kami. Fenomena biasa ketika air mati dan jernih, namun berkat kesabaran ada juga hasil yang baik.

 Tetanda pertama sejak turun bersama saya, sebelum ni En.Ali yang dapat. Tapi kali ini kebanyakan Gelama Pisang yang dinaikkan berpihak kepada nya. Paling kelakar, berumpankan daging Ikan Malung yang berjaya di pancing nya sebelum itu. Jadi lain kali kalau dapat Ikan Malung ni, bolehlah cuba untuk dijadikan umpan. Senjata rahsia ni :)

 Setelah menunggu dengan sabar, akhirnya Pari yang tak seberapa besar ni, berjaya dinaikkan oleh En.Ali. Lokasi nya di laluan kapal antara DryBulk Terminal dan Pulau dengan menggunakan umpan udang hidup. Agak kelakar kerana disangka tersangkut, dan nyaris di tarik dengan kayu lantai oleh En.Ali. Sikit punya siksa nak dibawa naik kerana keadaan arus laju dan ikan menyongsang arus menyebabkan tarik menarik berlaku. Mujur ada tangguk di bawa bersama.

Kesimpulan trip ini, jangan putus asa dan sentiasa bersabar, insyaallah ada hasilnya nanti. Kepada En.Ali dan En.Jenal, terima kasih kerana masih bersama kami. Siap bagi duit lebih lagi, upah menjala katanya :) lain kali ada rezki kita pergi lokasi lubuk lain pula yer...

Isnin, 17 September 2012

Trip 16/9 Cari Gelama dapat Senangin!

Diorang ni tak serik-serik nak turun memancing lagi.. Dari dulu dah cakap jangan cuba nanti ketagih, tengok apa sudah jadi.. Jam 8 pagi seperti yang dijanjikan saya pada malam Sabtunya, Acid sudah sampai di rumah saya ketika saya sedang nyenyak tidur di tilam. Cuaca pula hujan sejak subuh lagi, menyebabkan agak lemau untuk bangkit dari tidur. Jemik pun serupa sehinggalah dikejutkan untuk bangun. Eboi pulak sedang sibuk mengemas ayam untuk dijual, pun terkena racunan kami hehehe.. Bergerak agak lambat dan sempat "medang/minum" di kedai mamak sambil menyusun strategi dan mengeluh kerana tak cukup tidur. Kalau dah kaki pancing, segalanya pun jadi..

Sampai agak lambat, sebab saya sempat masak dulu. Bekalan ni berguna nanti, tak percaya tanya Jemik. Dialah yang pertama makan hahaha.. Setelah semuanya selesai, kami menolak sampan kerana air telah pun surut habis. Jika mengikut jadual, air mula pasang pada jam 1215 tengahari. Cuba menjala di laluan keluar tetapi hampa. Perjalanan di teruskan ke sungai Labuhan Gurap kerana biasanya udang memang banyak waktu air nak pasang ni. Sampai di sana kelihatan banyak bot memancing di muara. Setelah mencukupkan bekalan udang, kami berhenti di lokasi pertama, muara sungai. Masing-masing keletihan dan tak bermaya. Rupanya lapar..Patut lah lembik je semuanya..Setelah selesai makan, barulah keadaan mula berubah ceria.. Kesiaaaaaan....

 Banyak nya..Nak g trolling ke encik??


 Lambat sangat lah korang tinggal yer..

 Belukang pertama di Sg Tiram..



 
 Terdapat pokok di belakang ni, tempat di mana Senangin yang saya dapat! hahaha!
Dapat je Senangin, habis tunggang langgang kami dibuatnya. Maklumlah dah lama tak nampak Senangin besar. Udang hidup yang telah hilang kepala, saya kupas. Tak sangka pula dia yang makan. Alhamdulillah, kalau dah rezeki, tak kemana kan..

 Jemik dengan Sembilang pertamanya, tapi dapat 2 ekor..

 Eboi dengan Tetanda pertama..

 Tetanda kedua di lokasi sama Muara Labuhan Gurap. Bawah ni ada batang kayu yang asik sangkut dan Sesirat banyak mengganggu. Tapi berkat kesabaran mereka, ada juga tangkapan baik. Memang biasa kami dapat Sesirat ni, di pot ni saja 3 ekor saya dapat..Termasuklah yang lain juga..Biasanya siapa yang paling banyak dapat, pasti kena gelak. Begitulah kami sebagai Pemancing Rekreasi..Tangkapan bukanlah segalanya tetapi untuk santai dan gembira..

 Susunan joran yang berjumlah 10 batang semuanya.. Bersusun rapat bersilang silang, tiada masalah buat kami. Bersilang adalah perkara biasa..

 Besar ni pun dapat juga?? Lepaskan lah semula biar dia besar..

 Kesemua tangkapan yang berjaya dinaikkan, tak banyak tapi kasar-kasar juga lah..

 Senangin ni jadi hidangan kami pada malam tersebut di pangkalan. Masak Tiga Rasa memang sedap, sampai tinggal tulang diorang makan. Ikan Sembilang 2 ekor masak Asam Pedas, hmmmm berbaloi..


Trip kali ini memang berjaya, 1 lubuk baru diteroka dan berisi. Walaupun agak lewat sampai di lokasi, segalanya dapat diatasi dengan baik dan tenang. Minggu depan dah booking dah diorang ni, tapi nanti dulu. Ada orang lebih dulu dari kamu hehehe sabar yer..

Trip Sewa 15/9

Minggu ini membawa penyewa pertama untuk sampan baru Samat. Penyewa En.Ali dan En Jenal dari Sentul, baru pertama kali turun di kawasan ini dan menyampan. Amat jarang saya bawa penyewa memancing jika tidak kenal tetapi demi mencapai matlamat yang telah dirancang, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Macam biasalah, jika baru pertama kali turun, kebanyakan penyewa membayangkan bahawa kawasan memancing mudah, lapang, banyak ikan baik dan seperti di laut lepas. Namun semuanya berubah setelah naik ke bot dan mula memancing.

Setelah semuanya selesai, kami turun memancing di lokasi pertama Muara Labuhan Gurap. Umpan yang digunakan ialah udang hidup, perumpun dan udang pasar. Namun udang pasar yang digunakan kurang sesuai. Berikut adalah tangkapan yang berjaya dinaikkan.

 Membuat pesiapan sementara menunggu kunci bot sampai..sabar ye sabar...

 Bot yang sedang menunggu untuk belayar..ceeewah!

 Tangkapan Duri pertama di StarCruise/Navy

 Gelama En Jenal..susah nak dapat Gelama ni kat tebing katanya..

 Gelama Pisang yang ditunggu akhirnya muncul juga setelah melihat orang depan saje yang dapat..sabar sabar..

 Dari mula sampai lah atas air, sibuk tanya mana nak dapat Sembilang. Haaa kan dah dapat tu.. 

 En Ali dengan Gelama Pisang yang di tunggu..Asyik dia je dapat, member panas mata.. Dah rezki dia katanya, biarlah..

 Pertama kali dapat Tetanda, bukan main suka lagi. Senyum je meleret..Joran aksi sederhana yang digunakan memang sesuai untuk ikan sebesar ni..Lokasi ni di Muara Sungai Labuhan Gurap..

 Saya pun dapat,tapi besar ni je lah..Lepaskan balik, biar besar lagi...

 Ketam pun makan pancing juga...Nasib kau lah ketam..

 Saya dapat, huhuhuhu....Ketam ni kerap dapat sebelum ni, dah musim agaknya..

 Gemang yang ditunggu muncul akhirnya, setelah sesirat saja yang kena.. Biasalah, memancing di reba dan sungai perlu banyak bersabar..Dapat 3 ekor, saya dapat sekor tapi gambar tak ambik. En Ali dapat 2 ekor, tapi sekor lagi lucut ketika hari dah gelap dan tak sempat nak digancu. Tangguk pun tak bawak.. Jangan guna perambut nipis lain kali, rugi..

Inilah semua hasilnya..Tak begitu banyak tapi cukup memuaskan hati. Kebanyakan umpan yang berhasil cuma udang fresh yang mati di kupas kulit. Trip pulang pada jam 8 malam, memandangkan tiada lampu. Terima kasih kepada En Ali dan En Jenal sebab memilih blog ni untuk memancing. Jangan serik untuk mencuba. Sedikit nasihat dari saya, memancing bukan sekadar nasib tetapi dengan kesabaran, ilmu dan kemahiran. Insyaallah ada rezkinya..

Isnin, 10 September 2012

Trip 1/9 Masih Gelama Pisang...


Trip kali ini disertai Acid, Komando_sg, Saya dan Samat. Tak banyak gambar berjaya ditangkap kerana memasing macam takda mood nak tangkap gambar. Iye ke ni? Berikut tangkapan yang berjaya di naikkan pada trip tersebut..








Trip kali ini banyak terdapat Gelama pisang bersaiz besar dan Gemang. Pari muncung juga masih terdapat di lubuk lama kami. Hairan sungguh kerana masih tiada Tirusan di pot terbabit. Mana pergi nya pun tak tau lah..