Sabtu, 12 Disember 2015

Sekadar Informasi, Perambut straw yg berguna

 Perambut tanduk straw adalah perambut terbaik buat kami. Ia mudah digunakan dan menjimatkan kos.. Tugas perambut ini ialah mengelakkan perambut kusut ketika arus laju, mudah menukar perambut dan menukar batu ladung dengan lebih pantas. Anda akan faham sekiranya sudah biasa menggunakan perambut jenis ini.

 Selain di gunakan sebagai perambut tanduk, ia juga boleh digunakan bagi menggantikan cincin joran yang rosak ketika berada di atas bot. Kejadian cincin joran pecah atau tercabut memang biasa berlaku akibat terjatuh dan biasanya joran akan disimpan tanpa digunakan. Lebih menyedihkan jika hanya 2 joran yang anda bawa.

Cara ini hanya boleh digunakan pada bahagian hujung dan tengah sahaja. Kedudukannya boleh disesuaikan mengikut keadaan cincin yang rosak. Anda boleh mengikat straw ini menggunakan tali atau getah sahaja dan pastikan ianya kuat. Rupanya agak buruk, namun sangat berguna. Sekadar informasi, untuk anda...

Trip 19/11 En.Said dan Rakan







Trip 15/11 Mancasting dan Rakan





Trip 5/12 En. Safrin dan Rakan



 

 



Selasa, 3 November 2015

Mengesan Keretakan, Tugasan 6 hari berakhir sudah..

Pada bulan ini, bot besar telah digunakan bagi membantu kerja-kerja mengesan kerosakan dermaga kapal di Liquid Bulk Terminal (LBT) WestPort. Kerja tersebut bermula pada 21/10/2015 dan tamat pada 31/10/2015. Banyak kemahiran baru yang dapat dipelajari ketika kerja dijalankan disamping menajamkan kemahiran memandu bot dalam keadaan yang berlainan.

Mengemudi bot di celah-celah tiang ketika arus deras memang memerlukan kemahiran. Pelanggaran memang tidak dapat dielakkan.

Ketika air mula surut, bot amat mudah dikemudi kerana arus tidak deras. Keadaan mula berubah sukar apabila arus deras mula mengganas. Berada di celah-celah tiang berteritip memang agak merbahaya ketika ini. Memulas minyak tanpa berhati-hati boleh mengundang musibah. Jika tidak berlaggar dengan tiang, bot boleh tersepit dan kipas boleh terkena pada tiang dermaga. Oleh yang demikian, pengemudi perlu peka dengan persekitaran bot setiap masa. Selain itu, pengemudi juga perlu peka dengan kehadiran ombak besar kapal yang lalu lalang hampir setiap masa.

Ketika tugasan berjalan, enjin harus sentiasa hidup bagi memudahkan pergerakan yang diperlukan. Mengesan kerosakan termasuklah pecahan, keretakkan, kakisan dan renggangan yang berlaku pada setiap sudut dermaga. Ada istilah tertentu yang digunakan bagi kerosakan tersebut dan hanya diketahui oleh petugas yang saya bawa. Ketika ini juga barulah saya tahu, tiang batu yang dipacak ke dasar laut masih boleh bergoyang ditolak arus air laut. Nampak seperti kukuh, rupanya tidak..

Antara hidupan di tiang ini termasuklah kupang, tiram, ketam dan teritip berbagai saiz. Saiznya berlainan di bahagian tertentu tiang. Kadangkala begitu mengasyikan saya sehingga terlupa dengan tugasan yang dibuat. Tiram jenis ini berada di bahagian zon pasang surut dan lembut sedikit berbanding tiram dibahagian atas. Sekiranya berlanggar dengan bahagian bot, ia akan pecah dan tidak mendatangkan kerosakan serius pada sisi bot.

Bunga karang yang hidup pada bahagian atas Tiram ini hanya berada di zon surut sahaja.


Tiram jenis ini pula hanya berada di bahagian atas tiang iaitu di bahagian zon air pasang sahaja. Tiram batu jenis ini biasanya amat digemari spesis Tebal Pipi sekiranya berada di dasar sungai.. Keadaan tiram yang keras dan tajam boleh memecahkan bahagian bot jika terlanggar atau bergesel.

Banyak kesan retakan pada bahagian tertentu di bawah dan keliling dermaga. Bot akan melalui kesemua bahagian ini secara berperingkat sehingga selesai. 

 Saiz terbesar yang sempat saya ambil..

Sambil melakukan tugasan, sempat juga saya mengumpul kupang yang saya sempat capai di kawasan tiang. Ada antaranya bersaiz besar dari yang biasa saya lihat. Kupang ini perlu dibersihkan dari teritip dan di rebus sebanyak 2 kali sebelum dipotong kecil dan dimasak. Semua tugasan selesai selepas 6 hari dan berakhir dengan selamat. Terima kasih kepada En.Hafiz yang sudi menggunakan perkhidmatan kami..

Belangkas, The Last Dinasor!

Belangkas adalah sejenis hidupan air yang tinggal di kawasan air masin sepeti ketam. Kehadiran spesis ini di kawasan pantai boleh dilihat ketika air pasang besar. Bagi pencari belangkas yang mahir, mereka hanya perlu melihat buih-buih kecil di pantai sebagai tanda kehadiran spesis ini. Jaring juga boleh digunakan untuk menangkapnya. Kebiasaannya terdapat 2 ekor Belangkas ketika ditangkap. Yang besar berada di hadapan adalah betina dan yang kecil berada di belakang adalah jantan.

Telur belangkas memang boleh dimakan dan bahagian badannya boleh dibuat tomyam ataupun masakan lain. namun anda perlu ada kemahiran menyiangnya supaya yang makan tidak mabuk..

Nelayan di kawasan ini memang biasa mengumpul Belangkas ini untuk dijual kepda peraih yang berminat. Ia akan dikumpul di dalam bekas besar dan dibela sehingga di dalam jumlah yang banyak. Kepada yang berminat boleh la datang membelinya di sini..

Trip 18/10 Akib dan Shah

Trip kali ini masih lagi jatuh pada air besar dan hanya berada di lokasi Labuhan Gurap sahaja. Memandangkan lokasi lain kurang sesuai ketika ini, kami hanya meniti anak sungai dan menjengah kawasan beting sahaja.

Seperti biasa, umpan wajib yang biasa..

Goreng pun sedap sebenarnya ikan ni..

Umpan perumpun dan udang hidup saiz jari kelingking kali ini nampaknya memang berhasil. Ada juga di waktu tertentu umpan amat sukar dicari. Untuk lebih mudah, anda dinasihatkan membeli umpan dari darat. Selain menjimatkan masa dan tenaga, masa memancing dapat dipanjangkan.

Tetanda saiz hidangan 2 pinggan..

Dalam diam-diam memancing, ada juga spesis Pari dinaikkan. Walaupun tak besar mana, namun seronok melayannya bila larian pecutnya menarik keluar tali..

Paling seronok bila melihat joran halus yang digunakan menggunakan mesin dan tali halus. Siap ada tulis pada mesin tersebut "Mesin Udang"!

Trip 17/10 En.Said Rembau

Air pasang besar biasanya laju dan keruh di kawasan selat. Bukan tidak boleh memancing tetapi kurang sesuai untuk memancing. Namun ada spesis tertentu yang boleh diperolehi ketika ini jika kita berada di  lokasi yang sesuai. Waktu yang sesuai adalah ketika air tinggi surut dan air mula naik.


Ikan Tetanda dan Merah biasanya memang ada dikawasan sauh sangkar tetapi umpan akan lebih cepat dijumpai oleh ikan Duri terlebih dahulu. Ketika ini air baru mula surut dan masih jernih.

Umpan terbaik di kawasan muara..

Sambil menunggu, kita makan kuaci dulu..

FishFinder adakalanya sangat berguna ketika diperlukan, namun kemahiran menggunakannya juga sama penting..

Hasil keseluruhan trip air besar kali ini..

Ketika air besar juga, ada antara spesis ikan ini berselindung di kawasan lubang tertentu sebelum masuk semula ke kawasan bakau untuk mencari makan. Bukti kehadiran ikan-ikan ini adalah, hasil jaring nelayan pantai yang menangkap ikan di kawasan yang sama. Ikan memang ada, cuma mungkin tidak mahu menjamah umpan kami..