Ahad, 18 Mei 2014

Sekor je??

Sudah penat mentela'ah buku dan tugasan, berehat seketika untuk memancing. Anak buah kepada adik ipar saya, Akib yang sebelum ini kerap saya bawa untuk memancing ketika bercuti. Kali ini saya bawakan dia untuk memburu Sang Kerapu. Keadaan air besar selaju peluru, memberikan kelebihan kepada kami. Sekitar kawasan sangkar, arus tidaklah selaju mana jika tahu mencari lokasi sesuai.

Seekor Merah di sauh sangkar ketika air mula balas pasang..

Berbekalkan umpan Kembung dan sotong Rm10 rasanya sudah cukup untuk kami berdua. Udang hidup untuk mengendap Pari, kami jala ketika dalam perjalanan. Mencukupi sekadar ada khas untuk lubuk ketiga. Namun setelah menunggu, tiada tangkapan dinaikkan.

Sebahagian Kerapu yang berjaya dinaikkan..

Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit jika berdua, namun melebihi 30 minit jika muatan lebih.


Mengendap Sang Pari di satu lokasi beting pasir, tetapi tidak ada seekor pun yang berjaya dinaikkan. Hanya seekor Sesirat dan Yu cicak saja setelah 2 jam menanti.

Tangkapan keseluruhan 4 Kerapu, 2 Tetanda, 1 Merah sahaja.

Trip terpaksa menempuh angin kuat ketika di lokasi sangkar, namun hujan lebat hanya turun di kawasan luar. Penglihatan begitu gelap dan agak sukar mengemudi bot apabila angin kuat. Kami pulang pada jam 7 malam ke pengkalan.