Isnin, 5 Mei 2014

Trip 1/5 En.Amer

Ketika ini air besar selaju peluru, mengurangkan lokasi berpotensi untuk kami melontar umpan. Namun ada juga tangkapan yang berjaya dinaikkan.

Kerapu kecil di kawasan sangkar dengan umpan ikan potong.

Daun baru di kawasan Navy sebelum kami di halau keluar :)

Selewak di muara sungai kecil.

 Tangkapan keseluruhan sehingga senja menjelma.

Nampaknya kepelbagaian umpan yang dibawa memainkan peranan besar dalam menjayakan sesuatu trip. Kepada pemancing di luar sana, sedikit tips untuk anda. Perumpun sarang lebih efektif dari Perumpun Urat. Bezanya, ia lebih keras dan liat, tidak hancur apabila lama di dalam air. Kalau tidak percaya, anda boleh cuba.