Ahad, 27 November 2016

Ops Suluh hujung tahun..

Lokasi memancing berpotensi pada waktu ini memang agak berkurangan. Lebih-lebih lagi jika banyak bot yang berlabuh dalam satu kawasan kecil. Ini akan mengurangkan hasil yang dibawa naik dan berlaku perlumbaan yang biasanya berakhir dengan kekecewaan. Oleh kerana itu, ulangkaji perlu sentiasa dibuat jika mahu lebih pandai dan berjaya.



Minggu ini saya turun bersendirian menyuluh lokasi lama yang berpotensi bagi mencari laluan baru di mana letaknya ikan. Hasil menyuluh ini dapatlah disimpan sebagai bahan rujukan berguna untuk digunakan pada trip akan datang.



Kebanyakan lokasi ini kurang dari 12 meter dan mempunyai tanah keras berpasir. Sangkaan saya kawasan ini dataran tandus adalah tidak benar sama sekali. Jika diperhatikan di skrin sonar, masih terdapat bunga karang dan reba yang masih tidak terjejas. Tidak hairanlah jika lokasi ini sentiasa berpenghuni ketika trip berlangsung.

Sekadar informasi, membaikpulih kipas bengkok..

Pernahkah anda menghadapi masalah bilah kipas enjin bot bengkok? Hal ini berlaku disebabkan pelanggaran sampah hanyut samada di permukaan atau pun di kawasan cetek. Sampah seperti kayu biasanya akan merosakkan bilah kipas ketika berlaku perlanggaran. Walaupun sistem keselamatan kipas ini ada disetiap kipas, namun ia cuma menyelamatkan kotak gear saja. Akibatnya, bilah kipas yang bengkok akan menyebabkan pusingan yang tidak seimbang sekaligus merosakkan shaft gear dalam jangkamasa panjang. Ketidakseimbangan ini juga menyebabkan enjin bergegar sekaligus mengurangkan kelajuan bot anda.


 Bilah kipas yang bengkok biasanya boleh diperbaiki dengan menggunakan teknik ketuk dan bentuk. Namun amat jarang sekali hasil yang diharapkan sama seperti bentuk asal. Ini berlaku apabila ketukan yang dibuat tidak dapat membentuk sama seperti bentuk asal bilah kipas tersebut. Hanya dengan pandangan mata kasar saja memang tidak mencukupi. Acuan tepat perlu dibuat sebelum ia di bentuk semula.


 Acuan ini diperbuat dan dibentuk menggunakan simen dari salah satu bilah yang masih elok sebagai penanda. Setelah mengeras, ia boleh dijadikan rujukan ketika kerja membentuk dijalankan. Ketukan dibuat bukan pada acuan batu tersebut, tetapi di atas kayu keras dengan tukul besi secara perlahan dan berhati-hati.


 Tidak semua kipas ini boleh dibaikpulih menjadi seperti asal. Ada yang akan retak atau patah ketika kerja membentuk dibuat semula. Ini berlaku apabila bilah kipas terlalu bengkok dan memudahkan keretakan berlaku. Apabila patah, tiada apa yang boleh dibuat melainkan menggantikan dengan yang baru.

 Selain menggunakan cara ini, satu lagi cara adalah dengan menggunakan api. Bilah kipas dipanaskan terlebih dahulu menggunakan api sebelum diketuk semula. Cara ini agak rumit, memerlukan kepakaran khas dan banyak peralatan diperlukan. Cara di atas adalah yang termurah dan efektif lebih-lebih lagi apabila berlaku pada saat ia diperlukan. Ingat, kebijaksanaan kadangkala menyelamatkan wang anda. Sekadar informasi berguna, untuk anda!

Khamis, 17 November 2016

Sekadar informasi, tolak sampan sorang-sorang?

Kerja mengalih barang besar dan berat biasanya menggunakan tenaga yang banyak dan memerlukan  lebih dari seorang yang bekerja. Sekiranya anda berseorangan, bolehkah ia dilakukan? Jawapannya boleh, jika anda menggunakan cara dan peralatan yang betul..

Contohnya, sampan 21 kaki ini..

 Letakkan pelapik kayu atau dahan kayu di bahagian bawah di sepanjang lunas..

 Begitu juga di sepanjang laluan yg menghala ke lokasi baru..

 Gunakan sebatang kayu yg kuat untuk menggerakkan beban..

Masukkan kayu di bahagian bawah ke dalam sedikit dan sungkit kayu ke atas..

Cara ini dapat memindahkan beban dalam cara lebih mudah dan kurang tenaga. Bukanlah bermaksud tiada tenaga langsung digunakan, masih berpeluh dan letih tetapi tidak sesukar dengan cara yg biasa. Walaupun memakan sedikit masa, matlamat masih dapat dicapai. Sekadar informasi untuk anda..

Trip sekitar bulan ini..

Cuaca yang tidak menentu berikutan kedatangan monsun pada bulan ini banyak memberi kesan pada aktiviti memancing di sini. Hampir kebanyakan trip tidak menjadi dan hanya pulang dengan tangkapan kecil atau langsung tiada tangkapan..



























Sekadar informasi, penyelamat nyawa..

Pemadam api adalah salah satu alat melawan kebakaran yang perlu ada di setiap kenderaan dan rumah anda setiap masa. Alat ini boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda anda ketika waktu kecemasan. Jika bukan anda, mungkin orang lain yang boleh anda selamatkan. Terdapat banyak pemadam api di pasaran mengikut saiz dan kesesuaian yang boleh anda dapatkan.

 

Ini adalah salah satu dari jenis yang ringan dan mudah dibawa. Saiz sebegini boleh disimpan di dalam beg, kereta, bot dan motorsikal anda. Pemadam api ini dari jenis ABC serbuk kering yang boleh digunakan untuk semua jenis kebakaran dan boleh dibeli dengan harga di bawah rm20 di mana cawangan D.I.Y di seluruh malaysia. Bukan mempromosi, tapi usaha ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda atau org lain di sekeliling anda. Sekadar informasi berguna, untuk anda!