Khamis, 30 September 2021

Membina sampan plywood yang baru.

 Membina sampan plywood bukan lah asing bagi saya. Ia murah dan mudah untuk diselenggara. Ini saja yang saya mampu pada waktu ini. Tujuan sampan ini dibina adalah untuk memancing udang galah dan ikan patin. 


Kerap sangat meminjam dari kawan-kawan, rasa segan pula. Ada lebih baik saya mempunyai sampan sendiri. Sampan yang saya bina kali ini akan ditarik dengan troley dan dibawa balik ke rumah. Maklumlah, sampan plywood ni mudah mereput, rasanya lebih baik simpan di rumah saja.


Pembinaannya mengambil masa sebulan, memandangkan kesihatan saya yang tak begitu baik. Macam biasalah, tenung ukur, tenung potong, sampai lah siap. Banyak kali juga tersilap, akibat dari ketidak puasan mata memandang. Lain bentuk yang difikirkan, lain pula bentuk yang jadi.


Setelah puas membentuk dan menyantum, akhirnya bentuk sampan terhasil dan fiberglass mula di tampal. Kali ini saya menggunakan 4 keping plywood, 20 batang kayu, 20kg resin dan 15 kg kain fiber. Kos kasar tidak sampai rm1000.


Sehingga waktu ini, projek baru mencapai 70% siap dan masih memerlukan pemasangan gading kayu yang lebih kukuh. Semoga ia akan siap seperti sampan lain sebelum ini.