Rabu, 26 Februari 2014

Trip Suka-Suka Bersama

Walaupun sudah biasa turun ke laut, kadangkala teringin pula untuk memancing sendiri. Sambil santai, sambil mencari lokasi baru. Kali ini Komando_sg, Acid, Eboi dan saya, turun sekadar memanaskan tangan. Mereka ni akan ke Pulau Jarak tak lama lagi, mencari pengalaman baru. Beginilah aktiviti kami sebagai kaki pancing tegar. Jika dahulu kami diperkecilkan, kini industri ini kian berkembang dan jauh berbeza. 

Pada kali ini kami bercadang mencari spesis mahal di kawasan sangkar, malang tiada tangkapan baik dinaikkan. Oleh kerana jam sudah menunjukkan hampir 3 petang, kami menyusuri sungai untuk kembali ke pengkalan. Dalam pada itu kami singgah di beberapa lokasi yang tidak pernah kami kunjungi sebelum ini. Hasilnya, beberapa tangkapan comel berjaya dinaikkan.

Lokasi sangkar nampaknya kali ini sangat menghampakan..

Tetanda dengan umpan Belanak Hidup, setelah 1/2 jam mengharungi agas.


Tetanda kecil yang banyak mendiami kawasan sungai juga kadangkala sukar diperolehi. Ketika ini air sudah mula bergerak surut dan jernih.

Sembilang yang comel..

Gelama Selewak yang rakus membaham umpan udang hidup..


Bukan di mulut tapi di perut..

Tetanda kecil lagi..

Di kawasan ini terdapat banyak pokok tumpang berada di dalam air.

Keseluruhan hasil tangkapan yang tak berapa nak banyak, tetapi boleh dibanggakan. Sekadar suka-suka di waktu kelapangan.

Isnin, 24 Februari 2014

Trip 24/2 En.Ghazali

Lautan yang luas kadangkala begitu sukar dijangka. Yang dapat dilihat hanyalah permukaan berombak kadangkala tenang. Namun isi nya langsung tidak dapat dijangka, walaupun ada teknologi yang mampu melihat hingga ke dasar. Terdapat beberapa trip yang langsung tidak mendatangkan hasil kebelakangan ini. Ada yang pulang hanya dengan beberapa ekor ikan kecil, sedangkan laut begitu luas jaraknya. 

Begitu juga dengan trip bersama En.Ghazali dari Subang yang turun berseorangan bersama saya. Walaupun lokasi dikunjungi sehingga ke Pulau Ketam, namun kebanyakakan hasil di perolehi hanya berhadapan dengan pengkalan saja. Inilah namanya rezki.

Hasil tangkapan, Sembilang, Senangin, Merah kecil dan Tetanda kecil.

Inilah sebahagian tangkapan yang diperolehi ketika masa-masa kecederaan sebelum berakhirnya trip. Bezanya, hampir semua tangkapan diperolehi sendiri oleh En.Ghazali. Untunglah tergerak hati untuk ke lokasi tersebut. Terima kasih kerana sudi memancing bersama kami. Kepada yang telah "kumpau" pada trip sebelum ini, jangan serik untuk memancing :)

Ahad, 16 Februari 2014

Trip 15/2 Bersama Rakan Radio PRADAS

Trip Sembilang yang dianggotai oleh rakan radio dari sekitar kawasan Selangor ini turun pada jam 9 malam menggunakan bot besar. Oleh kerana sasaran kali ini hanya Ikan Semilang, keadaan air besar hari ini, memang sangat sesuai. Lokasi kunjungan juga hanya di kawasan berdekatan. Antara yang turut serta dalam trip ini, Pak Megat(CO), PakDin Selayang(AND), Abg Emi(ALQ), dan En Din.


Semilang pertama setelah 10 minit berlabuh..

Ada juga Tetanda..

Antara yang diperolehi serentak..

Bergambar sebelum pulang..

Jumlah keseluruhan 14 ekor..

Umpan Perumpun Sarang dan Udang hidup yang digunakan memang sangat berkesan untuk memburu spesis ini. Namun pengetahuan tentang lokasi buruan juga sangat penting. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami.

Khamis, 13 Februari 2014

Keadaan Air Cantik Pada Bulan Mac 2014

Berikut keadaan air yang sesuai mengikut lokasi yang spesis yang disasarkan.

1         Air besar
2         Air besar
3         Air besar
4         Air besar
5         Air besar
6         Air besar
7         Air Mengurang
8         Air Kecil
9         Air Mati
10       Air Mati Tak Berarus
11       Air Mati
12       Air Menyorong Besar
13       Air menyorong Besar
14       Air besar
15       Air besar
16       Air besar
17       Air besar
18       Air besar
19       Air besar
20       Air besar
21       Air besar
22       Air Mengurang
23       Air Kecil
24       Air Mati
25       Air Mati Tak Berarus
26       Air Mati
27       Air Menyorong Besar
28       Air Menyorong Besar
29       Air Menyorong Besar
30       Air besar
31       Air besar

Semilang, Duri, Belukang, Pulutan (anak sungai)1-6, 13-21,28-31.
Tetanda, Gerut, Selewak, Pari (anak sungai/kawasan terbuka)7-9, 11-12, 23-24, 26-28.
Merah, Kerapu, Tetanda, Senangin (Kawasan Sangkar) 7-9, 11-12, 22-24, 26-27.
Cencaru, Selar, Tamban 1-6, 15-21, 30-31, 7/13/14/22-23/28-29 terbaik.

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Trip 13/2 En.Firdaus bersama Rakan

Kawasan Pulau Ketam dan sekitarnya hanya berfungsi baik untuk memancing sekiranya air jernih dan perlahan. Namun kadangkala ada juga tangkapan baik dinaikkan ketika air besar. Semuanya terletak pada rezeki yang diberi dan kemahiran tekong yang mengendalikan bot. Pada trip kali ini, air sudah mula laju dan keruh di sekitar kawasan sangkar. Hanya ikan Duri yang berjaya dinaikkan. Setelah mengubah arah ke dalam laluan sungai, barulah hasil berjaya diperolehi.


Semilang, Gelama dan Tetanda kecil yang berjaya diperolehi dengan udang hidup dan udang kupas. Manakala Sesirat, hampir di semua lokasi. Saiz Sesirat hampir sama dengan Ikan Semilang yang kami perolehi :)

Ahad, 9 Februari 2014

Bagaimana harga sewa bot ditentukan?

Terdapat banyak bot sewa untuk memancing di kawasan PortKlang. Dari sekecil 16 kaki hinggalah bot sebesar 26 kaki, manakala bot nelayan yang besar juga ada di sini. Namun kadar sewanya berlainan bergantung kepada pengendalinya. Bagaimana harga sewa bot ini ditentukan?

Semua harga bot sewa ditentukan berdasarkan saiz dan jenis bot. Harga sewaan merangkumi harga minyak, kos selenggara dan upah tekong yang digunakan. Lebih besar dan mewah bot, lebih mahal harganya. Berikut antara kos yang termasuk dalam harga tersebut. Contohnya seperti dibawah..

Harga bot 23 kaki Enjin 60hp                      Rm250
Minyak Petrol 2 tong/2T 3 botol                  Rm150
Upah Tekong                                                Rm100
Umpan                                                          Rm100

Harga bot termasuklah kos selenggara untuk sekali turun dan bukanlah ditentukan dengan masa. Harga ini juga melindungi bot sekiranya berlaku kerosakan yang biasa berlaku sebagai contoh, menukar minyak gear, palam pencucuh dan Boost kipas. Walaupun begitu kos ini tidak dapat menampung kerosakan lain yang lebih besar. Tuan punya bot hanya bergantung kepada kepakaran dan keperihatinan Tekong yang mengendalikan nya.

Harga minyak pula ditentukan berdasarkan jarak perjalanan bot pergi dan balik. Ini termasuk kos upah membeli dengan kenderaan. Pembelian minyak menggunakan kenderaan darat dan memerlukan kos.

Minyak bot 2 tong                                          Rm100
Minyak 2T  3 botol                                        Rm21
Upah membeli                                                Rm10
Kos kenderaan                                                Rm15

Kos minyak ini telah ditentukan oleh tekong dan pemilik bot. Lebih jauh perjalanan, lebih minyak terpaksa dibeli dan kos akan meningkat.

Kos umpan hanya akan disediakan jika mendapat permintaan dari penyewa. Namun kebanyakan tekong biasanya tidak menyediakan perkhidmatan ini. Antara faktor utamanya kesukaran mendapatkan umpan hidup dan kos terlalu tinggi dan berisiko. Walaupun dengan deposit atau tanpa deposit. Sebagai contoh, tekong sudah menempah umpan dan umpan tersebut mati sebelum sempat turun ke laut. Ada juga pembatalan trip saat akhir menyebabkan umpan rosak dan berlaku pembaziran. Antara kos yang diambil kira dalam penyediaan umpan..

Perumpun / 1 paket                                         Rm5
Upah membeli                                                 Rm10
Udang Hidup/ 1 ekor                                       Rm0.50
Bateri dan Mesin oksigen                                Rm10
Upah membeli                                                 Rm10
Sotong Kurita/1 ekor                                       Rm10
Upah membeli                                                 Rm10

Bagi penyediaan umpan mati dan sjuk beku, penyedia umpan terpaksa keluar awal pagi ke pasar borong untuk mendapatkan harga termurah. Upah bagi menyediakan udang hidup sangat tinggi kerana faktor masa, perjalanan, dan kos kenderaan. Dalam kes ini penyedia umpan terpaksa mengambil masa dan menanggung risiko jika umpan yang disediakan mati sebelum sempat sampai ke tangan pembeli. Jumlah umpan yang disediakan juga bergantung kepada harga umpan yang dijual. Jika murah, maka banyaklah yang dapat dibeli jika mahal, maka kurang lah jumlahnya.

Upah tekong pula bergantung kepada kepakaran yang dimiliki. Selain itu upah kerja yang perlu dilakukan ketika trip. Lebih banyak perkhidmatan yang di pinta, akan semakin tinggilah upahnya. Sebagai contoh, mengemudi bot, mengangkat sauh, menjala, membuka ikan, memasang umpan, memasak, memberi khidmat nasihat, menyediakan perambut dan peralatan sampingan dengan maksud memudahkan si penyewa untuk aktiviti memancing.

Setelah di kira dan dijumlahkan, kos sewa bot akan jadi begini..

Bot                                                                Rm250
Minyak                                                         Rm150
Tekong                                                          Rm100
Umpan                                                          Rm100

Jumlah                                                          Rm600

Bagi bot yang lebih kecil harganya lebih murah, namun kapasiti penumpang akan berkurangan. Makin kurang anggota trip, makin tinggi kos yang perlu ditanggung bagi sesuatu trip memancing. Namun jika difikirkan semula dengan memiliki bot sendiri, harga ini lebih kurang saja dengan kos menyewa. Jadi buatlah pilihan terbaik, sekadar informasi untuk anda semua....

Trip 8/2 En.Fauzi dan Rakan

Trip malam ini di anggotai 5 orang pemancing termasuk saya. Terasa banyak sangat barang yang kami bawa hingga nampak sempit bot kami. Saya sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Mungkin terdapat banyak barang yang tak perlu dibawa bersama tetapi terbawa sekali. Memang betul kata rakan saya, walaupun bot ni nampak besar tetapi hanya selesa untuk 4 orang sahaja. Pada malam tersebut juga kami ditegur oleh pihak berkuasa yang membuat rondaan di sekitar kawasan terbabit. Tak mengapalah, yang penting semuanya selamat.


Persinggahan di 4 lokasi berlainan hanya menghasilkan beberapa ekor Sembilang dan Gelama saja disamping Sesirat yang mengganggu umpan kami. Tak terkecuali juga ikan Duri yang wajib diperolehi di kawasan ini.

Merah anggaran 1.2 kg yang berjaya di bawa naik menggunakan umpan sotong.

Tangkapan keseluruhan pada trip kali ini..

Cuaca sejuk keterlaluan dengan angin bertiup lemah sepanjang malam, tidak mengganggu aktiviti memancing kami. Mereka ni dah biasa duduk di pejabat dengan penghawa dingin maksimum katanya. Setelah pagi, barulah kami bergerak ke kawasan sangkar dan cuba mencari spesis berharga di kawasan ini. Hasil berkat usaha mereka, 2 ekor Merah diselangi Tetanda bersaiz sederhana dapat dinaikkan. Trip pulang seawal jam 11 pagi kepengkalan. Terima kasih kepada mereka yang sudi menggunakan perkhidmatan kami.





Khamis, 6 Februari 2014

Trip 1/2 En.Irfan dan Ibu

Kerapkali kami mendapat tempahan di saat akhir kebelakangan ini. Untuk pengetahuan anda, tempahan "last-minute" seperti ini amat sukar kami penuhi. Begitu juga dengan Tekong lain yang biasanya mengambil tempahan dengan deposit. Pada hari ini, En.Irfan dan Ibunya dari Johor, melawat ke rumah saudara mereka di sini. Dikesempatan ini, mereka turun memancing. Antara tangkapan comel yang berjaya dinaikkan..

Gelama Pisang..

Gelama Pisang..

Gelama Selewak yang comel..

Tanda comel..

Tetuka..

Trip bertolak pada jam 8 pagi dan bergerak pulang pada jam 7 petang. Kebanyakan kawasan yang dikunjungi hanya kawasan terdekat saja. Keadaan air besar maksima ketika ini menyebabkan keladak air tersangkut di tali utama kami. Terima kasih kerana sudi memancing bersama kami.