Selasa, 12 Disember 2017

Jadual air pasang surut 2018




Krew blog ke tukun, ufo lah pulak..

Pada masa sekarang, amat jarang kami dapat bersama turun memancing. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Harini kami bersama krew blog turun mencari spesis Pari. Tak sangka pula ia berhasil.
Saya, Eboi, Abg Amer dan Kakak ni..

Umpan Udang Hidup saiz besar yang kami bawa kurang mendatangkan hasil sehinggalah air surut semula. Beliak mata potong lebih mendapat perhatian.

Ikan Pari Rimau yang menjadi idaman akhirnya naik ke bot. Rezki Kakak ni..

Eboi pula berjaya menaikkan Ikan Senangin di 2 lokasi berlainan.

Penutup juga masih memihak pada Kakak ni. Kecewa dengan ikan Kurau besar yang putus di lokasi pertama akibat gelendung terlalu ketat, diganti pula dengan 2 ekor Pari yang sama. Kalau sudah rezeki, sambil tidur pun boleh dapat ikan!

Menambah Tukun dan mencari lauk

Masih terdapat sisa longkang batu yang belum berjaya di labuh untuk projek tukun kami. Harini, trip ditunda lagi. Di kesempatan ini, kami turun melabuh tukun sambil memancing. Cuaca hujan pada sebelah malam, tidak memberikan harapan tinggi kepada kami, namun matlamat utama adalah membuat tukun.

Ada masanya seronok juga jika ada yang memandu di belakang. Dapat lah saya berehat sementara kerja diselesaikan.

Sebelum memulakan kerja melabuh tukun, kami mencari ikan umpan untuk memancing. Dalam celah-celah anak ikan, Eboi berjaya menaikkan seekor Talang Rempit saiz yang boleh dihidang untuk 3 orang pemancing.
Dua unit longkang batu yang akan di labuhkan di satu kawasan lama sebagai tambahan kepada tukun sedia ada.

Kerja dimulakan dengan memotong pokok bakau tumbang di kawasan tebing terlebih dahulu. Pokok ini akan dicantum sebagai penarik teritip.

Setelah itu, pokok diikat bersama longkang dan dibuang  ke laut.


Selesai kerja, kami terus ke lokasi memancing di Pulau Ketam. Mangsa kali ini, berjaya dinaikkan ibu. Ikan Merah seberat 2 kg menjadi lauk makan malam selepas sampai di rumah.


Eboi juga tidak ketinggalan menaikkan spesis Tetanda di kawasan sangkar.


Hasil keseluruhan memancing sambil bekerja..

Trip Izwandi dan rakan..

Cuaca ketika trip berlangsung amat baik sekali, dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan terik matahari. Namun rezeki sekadar mencukupi buat mereka. Seperti biasa tidak sah jika tiada ikan Beliak Mata dibawa bersama, jadi aktiviti mengumpul berada di kawasan larangan. Udang Hidup yang kami bawa pula hanya sebesar jari kelingking yang sesuai untuk ikan Gelama.

Satu-satunya Ikan Semilang yang kami perolehi di atas Tukun Batu..

Tetanda di laluan feri Pulau Ketam..

Merah juga di lokasi sama..

Kebanyakan Ikan Kerapu yang kami bawa naik lebih kepada umpan ikan Gelama yang yang kami kumpul ketika berada di lokasi lain. Banyak ikan kecil mengganggu umpan lain di semua lokasi yang kami singgahi. Trip pulang dengan hasil di atas sekitar 7.30 malam..

Trip Tunda, menjengah lokasi menebing di Tanjung Harapan..

Banyak trip pada bulan ini ditunda kepada tarikh lain yang lebih sesuai. Kesempatan ini saya gunakan untuk berjalan di darat meninjau lokasi menebing sekitar kawasan. Antara lokasi yang saya singgahi, Tanjung Harapan North Port..

Mentaliti masyarakat kita masih di tahap kurang prihatin, baik di laut atau di darat. Lihat saja sampah di situ yang bertaburan di atas batu, tiada siapa yang ambil peduli. 

Tinjauan berhampiran Medan Muara Ikan Bakar, terdapat bot usang berada di tebing yang saya rasa mungkin berisi ketika air pasang. Sisa bot tunda yang terbakar ini berada hampir dengan tebing.


 Beberapa pemancing yang saya temui, kebanyakannya tidak mendapat sebarang hasil ketika air surut. Kesilapan memilih umpan juga kadangkala dilihat sebagai punca utama joran tidak berusik sepanjang hari.



Kawasan ini saya perhatikan terdapat bunga karang yang masih kecil di atas batu. Namun tidak semua kawasan ini dihuni bunga karang ini. Sesuatu yang saya perasan, tiada tiram batu yang banyak seperti dulu. Batuan ini dilitupi lumut hitam yang licin.

Kemungkinan besar, salah satu punca lumut hitam ini. Namun ketika air pasang, lokasi kunci air ini kerap menghasilkan spesis baik kepada pemancing yang tau selok belok kawasan ini.

Di satu sudut pantai ini terdapat satu tiang Peken penanda. Di sini terdapat seorang pemancing yang berjaya menaikkan Tetanda bersaiz besar dengan umpan Perumpun. Ketika itu air pasang tinggi mula surut. Tiada lagi hasil lain setelah air mula surut sehingga petang.

Pohon Mengkudu ini sudah jarang ditemui. Ubat tradisional yang tidak ramai tahu khasiatnya..

Di hujung kawasan ini juga terdapat banyak kolam pancing berbayar. Antaranya boleh dilihat hanya di tepi jalan, di atas motor. Hampir sejam saya memerhati pemancing di kolam ini. Selama setengah jam, 4 ekor Siakap berjaya dinaikkan. Seorang lagi rakannya, berjaya mendapat 3 ekor ikan yang sama. Apa yang saya perhatikan, perambut yang digunakan adalah sepanjang 1 meter menggunakan pelampung.
Umpan Udang hidup yang dicangkuk pada bahagian ekor kelihatan menyapu dasar dan berada pada aliran kincir air di hujung sudut. Pelampung yang hanyut mengikut arus kincir tersebut mendatangkan hasil kepada mereka berbanding dengan pemancing lain yang berada berdekatan. Seronok juga saya perhatikan walau bukan saya yang memancing!

Mencari lauk

Kadangkala seronok juga bila memancing sendiri apabila tiada trip. Biasanya dengan ibu atau krew blog yang berkesempatan. Saja-saja mencari lauk sambil menjengah spot yang jarang dikunjungi. Bukan tidak mahu singgah ketika trip, cuma lokasi ini tidak banyak membuahkan hasil. Kebanyakan spot yang disinggahi ketika trip adalah spot berisi yang jarang tidak berhasil. Kiranya saya simpan spot tersebut hanya untuk pelanggan saja.

Kerapu Hibrid..

Merah Sangkar..

Hujan mula turun di darat..

Ikan tukun yang hanya gemarkan Beliak Mata saja..

Lama tak jumpa Spesis Gerut yang besar ni..

Kerapu Bintik yang kerap bersembunyi di kawasan reba..

Umpan udang yang kurang mendapat sambutan..

Penghuni tukun pokok..

Saiz udang begini sepatutnya lebih berhasil, namun tak semua lokasi boleh digunakan..

Hasil terakhir seekor Gemang di atas tukun batu, itu pun setelah udang mati dikupas kulitnya..

Kebanyakan hasil kali ini lebih kepada umpan ikan potong yang cari pada awal trip. Kadangkala berbaloi menunggu dengan umpan ini berbanding umpan lain yang kerap diganggu ikan-ikan kecil. Namun hanya untuk pemancing yang sabar dan yakin..