Terdapat banyak artikel tentang Mikro Jig di dalam laman web memancing mahu pun di majalah, namun ini sekadar menambah apa yang telah anda ketahui. Tahukah anda, memancing Cencaru dengan set mikro jig ringan adalah menyeronokkan? Maklumat ini mungkin berguna kepada pemancing seperti kami, yang baru berjinak-jinak dengan teknik ini.
Antara peralatan yang di perlukan untuk kaedah pancingan ini ialah joran kecil dan ringan, mesin kecil, tali sulam dan Jig kecil. Berikut ukuran yang telah kami lihat sesuai untuk kaedah ini. Maklumat ini hanya di praktikkan di Kawasan Port Klang sahaja.
Joran 8lb-17lb
Mesin Spinning/Bait Caster 1000-3000
Tali Sulam 6lb-15lb
Jig 12grm-18grm
Warna jig yang sesuai Pink, Putih/Merah, Hijau
Spoon yang biasanya di sambar sang Todak..
Jenis jig yang biasanya berhasil setakat ini..
Jig kecil harus di sambung dengan tali perambut nylon sepanjang 1/2 depa kemudian disambung pada tali sulam yang menjadi tali utama. Ikatan ini mestilah sesuai dan kuat supaya tidak terlucut. Cara pancingan dilakukan adalah, dengan melontar jig jauh ke rantai kapal yang mempunyai gerombolan Ikan Cencaru ini. Lepaskan tali dengan laju sekitar 4 ke 5 meter dan gulung semula dengan laju. Sambil mengarau tali, henjut joran ke bawah dengan kerap supaya jig berenang seperti ikan kecil yang cedera. Sekiranya ikan menyambar jig, rentap segera dan pastikan renggangan tali pada gelendung sesuai. Anda harus ingat, bukan Cencaru saja yang berlegar di kawasan tersebut, kemungkinan ikan lain seperti, Talang, Tenggiri kecil, Todak juga kadangkala turut menyambar jig. Berdasarkan pengalaman kami di lapangan, Cencaru sekitar 3 ekor sekilo, Tenggiri dan Talang 1 kg ke bawah, Todak rata-rata hampir sedepa panjang.