Sabtu, 28 Jun 2014

Keadaan air sesuai untuk memancing bulan Julai 2014

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.

1         Air Besar
2         Air Besar
3         Air Mengurang
4         Air Kecil
5         Air Mati
6         Air MatiTak Berarus
7         Air Mati
8         Air Menyorong Besar
9         Air Menyorong Besar
10       Air Besar
11       Air Besar
12       Air Besar
13       Air Besar
14       Air Besar
15       Air Besar
16       Air Besar
17       Air Besar
18       Air Mengurang
19       Air Kecil
20       Air Mati
21       AirMati Tak Berarus
22       Air Mati
23       Air Mati 
24       Air Menyorong Besar
25       Air Menyorong Besar
26       Air Besar
27       Air Menyorong Besar
28       Air Besar
29       Air Besar
30       Air Besar
31       Air Besar

Tarikh paling sesuai untuk memancing adalah sekitar 3-5, 7-9, 18-20, 22-25.

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Harga sewa

Rm350
4+1 Tekong, Maksima dan agak sempit.
3+1 Tekong, Selesa
Umpan sendiri/Rm100 untuk tempahan
Lokasi Pulau Ketam atau Selat. Sila pilih satu laluan saja.

Rm250
2+1 Tekong
Umpan sendiri/Rm100 untuk tempahan
Lokasi Pulau Ketam atau Selat. Sila Pilih satu laluan saja.

Rm180
1+1 Tekong
Umpan Sendiri/ Rm100 untuk Tempahan
Lokasi Pulau Ketam Atau Selat. Sila pilih satu laluan saja.

Rm450
Untuk trip 24 jam
Contoh Malam Sabtu hingga Petang Ahad
Umpan sendiri/Tiada pembelian
Makan dan minum sendiri
Laluan Selat dan Pulau Ketam bergantung pada cuaca semasa.

Tempahan pada hari biasa juga diterima. Tempahan dengan deposit akan diutamakan. Sekiranya ahli tidak cukup, anda boleh menukar pakej dengan syarat deposit telah dibayar dan pada tarikh yang sama. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya trip dibatalkan, namun boleh diubah kepada tarikh lain.

Ramadhan Tiba lagi!

Selamat berpuasa kepada semua umat islam dan rakan-rakan pemancing diluar sana. Kehadiran bulan Ramadhan setiap tahun adalah perkara biasa yang dinantikan umat islam. Puasa pada tahun ini mungkin lebih mencabar disebabkan fenomena cuaca panas dan jerebu yang melanda negara kita. Kepada rakan-rakan pemancing, elakkan pembakaran terbuka, gunakan sumber air dan tenaga dengan bijak bagi mengelakkan pembaziran. 

Sebagai pemancing tegar dan mencari sumber pendapatan di laut, puasa bukanlah penghalang. Aktiviti dijalankan seperti biasa tetapi dikurangkan kepada yang perlu saja. Kepada rakan-rakan pemancing di luar sana, janganlah menjadikan aktiviti memancing sebagai satu sebab anda tidak berpuasa. Jika tidak tahan, hentikan aktiviti memancing anda sementara waktu. Jika tidak, pergilah ke kolam berbayar atau mana-mana lokasi yang sesuai.

Ketika berbuka pastikan anda makan makanan yang sesuai dengan diet bulan puasa. Jangan makan berlebihan dan elakkan pembaziran. Jadikan bulan puasa sebagai bulan penyembuh dan bukan mengundang penyakit. Anda tentu faham dengan ayat di atas tadi.

Semoga bulan Ramadhan kali ini memberikan keberkatan kepada kita semua. Selamat berpuasa!

Khamis, 26 Jun 2014

Sampan Dan Enjin Untuk Dijual

Terdapat sebuah bot bersama enjin yang ingin dijual.

Lokasi Sabak Bernam Selangor
Panjang 26 kaki
60 Hp Yamaha
Set stering dan Kanopi
Harga Rm35,000 boleh runding.



Sebuah lagi bot berukuran 22 kaki dan Enjin 15Hp juga ingin dijual. Kepada anda yang berminat, sila datang melihat sendiri dan pandu uji terlebih dahulu untuk mengelakkan penipuan. Untuk pertanyaan dan urusan pembelian sila hubungi Encik Zahari 0126221403.

Trip sepanjang bulan ini..

Kebanyakan trip pada bulan ini tidak begitu berjaya. Namun ada juga hasil baik walaupun kecil dan tidak banyak. Kadangkala tidak dapat saya terangkan dan jelaskan kepada anda mengapa ini semua berlaku. Mungkin ini saja rezeki memancing ketika itu.

Trip seorang sahaja yang hanya berjaya menaikkan seekor Kerapu dan Merah.

Trip yang melintasi 10 lokasi berpotensi tetapi hanya ini saja yang dapat dinaikkan. Cuba anda lihat saiz Kurita yang kami beli di pasar :)

Seekor Merah dengan umpan sotong yang berjaya dinaikkan di salah satu spot sauh sangkar.

Kerapu yang beratnya hampir 3 kg dengan Umpan potongan Sardin yang disangka ikan kecil nyaris terlepas kerana mata kail hanya melekat sedikit saja di mulutnya.

Membawa pulang sampan kecil

Sampan komando_sg yang dulunya digunakan ke laut, kini telah dibawa balik ke sungai bagi tujuan mengendap Sang Patin. Sampan kecil yang sedia ada agak kurang sesuai dan merbahaya digunakan. Sebuah lori 3 tan telah digunakan bagi menjayakan penghantarannya.


Saiz sampan 16 kaki ini berjaya dimuatkan di dalam lori tersebut dari hujung ke hujung. 3 hari sebelumnya, sampan telah di letakkan di darat bagi memudahkan kerja pemindahan tersebut.

Sekadar informasi, Arah arus

Pergerakan arus pasang dan surut amat penting bagi seorang pemancing. Keadaan ini mempengaruhi kejayaan dan kegagalan ketika memancing. Pergerakan ini juga mempengaruhi sifat penghuni dasarnya. Kebanyakan pemancing berpengalaman akan cuba mengejar waktu terbaik bagi menjejak spesis sasaran mengikut pergerakan arus ini dan adakalanya cara tersebut agak tidak munasabah kepada pemancing yang masih baru.

Kami berikan contoh kepada anda. Anda telah sampai dulu di lokasi 1 dan mula memancing. Sebuah bot juga meninjau lokasi anda tetapi tidak berhenti di lokasi tersebut. Setelah sejam menunggu, tiada tangkapan berjaya dinaikkan dan anda mula beralih. Namun ketika anda mula mengangkat sauh, bot yang tadinya hanya melihat anda, datang semula dan berlabuh berdekatan dengan lokasi anda tadi. Tidak sampai 5 minit, 1 tangkapan baik berjaya dinaikkan.

Pergerakan arus surut di kawasan Sarang Lang, Labohan Gurap, Navy, Sg Klang, Pulau Tonggok, Tanjung Balai, Tjg Harapan.

Pergerakan arus pasang di lokasi sama.

Ada juga kes di mana bot akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang jauh hanya semata-mata mengejar arus yang sesuai untuk memancing. Kadangkala pula berada di lokasi yang sama ketika mula-mula tadi. Jika difikirkan secara logik, perlakuan ini dilihat sebagai satu pembaziran minyak dan masa. Tetapi bagi pemancing berpengalaman, ini semua adalah kemahiran paling berharga yang dapat membantu ketika memancing.

Bersambung...

Ahad, 15 Jun 2014

Sampan Kayu akhirnya berjaya disiapkan.

Setelah 4 hari bertungkus-lumus berusaha, akhirnya sampan kayu replika siap dibina sepenuhnya. Setelah Haluan di bentuk, syelek di sapu bagi memberikan warna kayu yang sesuai. Setelah kering, kayu digosok semula dengan kertas pasir supaya lebih rata.



 Setelah di gosok semula, barulah warna kayu kelihatan lebih cantik dan seolah-olah sudah lama digunakan. Walaupun agak sukar, semua kerja berjaya disiapkan selama 5 hari. Sampan replika ini akan di pemerkan di Kuala Lumpur.

Rabu, 11 Jun 2014

Membina Sampan kayu Hiasan

Ketika ini saya sedang menyiapkan sebuah sampan kayu berukuran 10 kaki untuk tujuan replika. Walaupun hanya replika, bentuk dan cara pembuatannya sama seperti sampan kayu yang sebenar. Membina sampan kayu bukanlah kemahiran kami, namun ia boleh diusahakan.

Proses membuat sampan ini bermula pada Selasa lalu dan dijangka siap selama 7 hari. Berbanding dengan sampan sebenar yang mengambil masa 3 bulan atau lebih. Jika mengikut cerita orang-orang lama dan ayah saya, pembuat sampan perlu mempunyai kemahiran pertukangan dan ketenangan bagi memudahkan kerjanya. Tidak hairanlah jika ada yang perlu berpuasa bagi mendapatkan ketenangan dan keberkatan dalam menghasilkan kerja tangan yang cukup bermutu tinggi.

 Memilih kayu yang sesuai  memang agak sukar. Apalagi jika ukuran yang diperlukan tiada di jual. Saya memerlukan 10-13 kaki panjang tetapi hanya ukuran 10 kaki saja yang diperolehi. Oleh kerana ia perlu 7 hari untuk disiapkan, papan lembut dan kecil terpaksa digunakan bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja.

 Pelantar terpaksa dibuat dahulu bagi memudahkan kerja melentur papan dan pengukuran dengan cara yang lebih mudah. Untuk masa secepat ini, rasanya tiada cara mudah yang lebih cepat dari cara ini. Mana pernah seorang tukang kayu membina sampan hanya 7 hari. Untuk replika mungkin boleh.

 Setelah kerja melentur, tulang di ukur terus pada papan dan potongan, cantuman di buat. Jika mengikut pengalaman saya, setelah tulang paling belakang di pasang, barulah tulang yang lain mennyusul dengan mudah.

 Susunan papan yang telah di ukur mengikut saiz papan pada tulang. Paku perlu di pasang separuh saja supaya pergerakan boleh berlaku apabila dilentur dan mudah dicabut semula apabila berlaku kesilapan. Paku ini cuma akan di pasak terus hanya apabila semua tulang siap di pasang dan yakin ia di pasang dengan betul.

 
 Lunas di perbaiki sebangak 2 kali mengikut turutan supaya sudut haluan boleh di pasang dengan betul. Sekiranya sukar melentur, tambah sudut lunas sehingga berjaya.

 
 Bahagian bawah...


 Beginilah bentuk kasar selepas siap fasa pertama dan kedua. Kerja seterusnya adalah membentuk haluan dengan ukuran yang tepat. Semua kerja di bantu dengan peralatan pemotong kayu elektrik bagi mempercepatkan kerja. Pembaris, pisau, pensil sebagai alat pengukur. Semua kerja diatas dibuat dalam tempoh 2 hari.

Jumaat, 6 Jun 2014

Trip 5/6 Yu langat

Pada trip kali ini, tangkapan agak kurang kerana keadaan arus yang sangat perlahan. Sungguh pun begitu, hanya beberapa ekor Kerapu dan Tetanda saja berjaya dinaikkan. Kebanyakan ikan aktif ketika air pasang dan mula surut.Selepas air surut, kebanyakan masa kami hanya termenung memerhati joran.

 Kebanyakan tangkapan menggunakan umpan ikan Kembung yang di potong kecil. Mungkin ikan-ikan disini malas mengunyah umpan besar. Umpan kecil menjadi pilihan kali ini namun masih terdapat gangguan Obor-obor.

Tangkapan hari ini, 3 Tetanda dan 5 Kerapu. Trip pulang awal pada jam 6.30 petang ke pengkalan.

Trip 4/6 En Ghazali

Banyak betul obor-obor mengganggu umpan kami ketika ini. Hampir di semua lokasi terdapat gangguan ini. Buktinya seperti di bawah, sesungut bewarna kuning coklat melekat pada umpan dan kail kami.

 Inilah fenomena biasa sekiranya masuk ke bulan 6 setiap tahun, menandakan musim ikan tertentu masuk ke selat. Jika mengikut maklumat dari orang lama, inilah musim ikan bawal dan siakap setiap tahun.

Sungguh pun banyak obor-obor, tangkapan berjaya juga dinaikkan. Antaranya, 3 Merah, 2 Tetanda dan 5 Kerapu. Ada tarikan kasar yang tidak berjaya dinaikkan, namun tidak berjaya dinaikkan. Apa boleh buat, bukan rezki kami. Trip pulang pada jam 8 malam ke pengkalan.

Isnin, 2 Jun 2014

Keadaan air sesuai untuk memancing bulan Jun dan Harga Sewa

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.

1         Air Besar
2         Air Besar
3         Air Mengurang
4         Air Kecil
5         Air Mati
6         Air MatiTak Berarus
7         Air Mati
8         Air Mati
9         Air Menyorong Besar
10       Air Menyorong Besar
11       Air Besar
12       Air Besar
13       Air Besar
14       Air Besar
15       Air Besar
16       Air Besar
17       Air Besar
18       Air Mengurang
19       Air Kecil
20       Air Mati
21       AirMati Tak Berarus
22       Air Mati
23       Air Mati 
24       Air Menyorong Besar
25       Air Menyorong Besar
26       Air Besar
27       Air Menyorong Besar
28       Air Besar
29       Air Besar
30       Air Besar


Tarikh paling sesuai untuk memancing adalah sekitar 3-5, 7-10, 18-20, 22-25.

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Harga sewa

Rm350
4+1 Tekong, Maksima dan agak sempit.
3+1 Tekong, Selesa
Umpan sendiri/Rm50 untuk tempahan
Lokasi Pulau Ketam atau Selat. Sila pilih satu laluan saja.

Rm250
2+1 Tekong
Umpan sendiri/Rm50 untuk tempahan
Lokasi Pulau Ketam atau Selat. Sila Pilih satu laluan saja.

Rm180
1+1 Tekong
Umpan Sendiri/ Rm20 untuk Tempahan
Lokasi Pulau Ketam Atau Selat. Sila pilih satu laluan saja.

Rm450
Untuk trip 24 jam
Contoh Malam Sabtu hingga Petang Ahad
Umpan sendiri/Tiada pembelian
Makan dan minum sendiri
Laluan Selat dan Pulau Ketam bergantung pada cuaca semasa.

Tempahan pada hari biasa juga diterima. Tempahan dengan deposit akan diutamakan. Sekiranya ahli tidak cukup, anda boleh menukar pakej dengan syarat deposit telah dibayar dan pada tarikh yang sama. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya trip dibatalkan, namun boleh diubah kepada tarikh lain.

Trip 1/6 En.Ibrahim

Jika sebelum ini turun bersama tekong bantuan, kali ini saya sendiri yang membawanya. Alhamdulillah, berkat rezeki darinya, beberapa tangkapan baik berjaya dinaikkan. Ketika ini air besar selaju peluru memang agak menggerunkan. Namun air pasang tinggi sekitar jam 12 tengahari, memang cukup saya nantikan. Pada ketika ini, kebanyakan ikan cantik menghuni kawasan beting yang cetek.

Kedudukan pada sauh sangkar memang strategik dengan arus yang mula laju.

Ikan Merah terbesar berjaya dinaikkan sekitar jam 12 tengahari.

Antara tangkapan menarik pada hari ini, 5 Merah, 5 Kerapu kecil dan seekor Bebolos :). Trip pulang pada jam 5 petang selepas solat Asar.