Jumaat, 29 November 2013

Trip 28/11 En Umar dan Rakan

Keadaan air mati yang kurang berarus menyebabkan ikan kurang aktif. Lebih lagi jika terdapat hujan yang turun di sekitar perairan. Cuaca cerah menyambut kami ketika bot di halakan ke lokasi tetapi mula berubah ketika waktu petang. Beberapa spot berpotensi telah dikunjungi, tetapi tiada tangkapan baik berjaya dinaikkan. Banyak tangkapan rabut walaupun ada antaranya sudah dapat dilihat di depan mata. Nampaknya kali ini bukan rezki kami.

Antara tangkapan terbaik pada hari tersebut, Kerapu pertama yang comel ini..

Kerapu kedua di lokasi sama.. Banyak yang rabut di lokasi ini termasuklah seekor Senangin yang juga berjaya melepaskan diri dari dibawa naik ke dalam bot :)

Terdapat beberapa ekor Tetanda yang berjaya dinaikkan ketika hujan renyai-renyai turun di Lokasi memancing kami. Trip pulang ke pengkalan pada jam 7 malam. Terima kasih kerana sudi turun bersama kami.
















Selasa, 26 November 2013

Operasi Menjejak "Pemburu Malam"

Menjadikan hobi memancing sebagai satu kerjaya sepenuh masa bukanlah satu kerja yang mudah. Maklumlah, hasil laut tidak dapat kami jangka dengan mata kasar. Kami terpaksa bekerja keras menimba ilmu dan memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada sepanjang masa. Perkataan "nasib baik" bukanlah perkataan utama kami, tetapi usaha, kerja keras dan tawakkal menjadi pegangan kami. Banyak tenaga, masa dan wang ringgit di gunakan bagi mencapai matlamat ini. Terdapat ramai tekong tersohor di PortKlang, tetapi yang pasti kami bukanlah salah satu darinya. Masih banyak yang perlu kami pelajari jika mahu menjadi yang terbaik.

Operasi kali ini bergerak pada waktu malam bermula jam 9 malam Isnin dan dijangka berakhir pada 5 petang Selasa. Bersama saya, Komando_sg turun mengunakan sampan kecil. Keadaan enjin semput-semput walaupun baru diperbaiki, misi tetap diteruskan. Lokasi kawasan sangkar Pulau Ketam menjadi sasaran utama kami. Misi kami pada malam ini, memburu Ikan Jenahak dan Merah. 

Kawasan sangkar di kawasan ini adalah larangan pada waktu malam. Kami hanya berlabuh di beberapa lokasi sesuai sebelum ribut melanda.Tangkapan sasaran berjaya dinaikkan walaupun kecil. Umpan Beliak Mata yang kami jala nampaknya memang mendapat sambutan. 

Merah kedua ini berjaya dinaikkan di lokasi sama juga dengan umpan yang sama. Umpan perlu digantung di bawah sampan memandangkan arus mati ketika ini. Selepas tangkapan ini satu tarikan kasar tidak berjaya dibawa naik, terlucut ketika tarik menarik berlaku. 

Selang beberapa lama, angin kencang dan hujan membadai bot kami. Kami terpaksa berlindung di kawasan sungai sehingga awal pagi. Selebihnya kami berehat di bawah kanopi dengan baju hujan sebagai pelindung tambahan. Walaupun tempoh memancing tidak lama dan hanya 2 ekor berjaya dinaikkan, persoalan telah terjawap. Ikan merah di sini, memang makan pada waktu malam. Sebelum waktu pagi, kami menukar haluan keluar semula dan hujan masih mengekori kami. Ketika hari mula terang, barulah aktiviti memancing diteruskan. Setelah bertukar ke lokasi baru, kami mula menunggu dan matahari mula menunjukkan sinar hangatnya. Setelah 3 jam menunggu di lokasi, barulah ikan mula menjamah umpan.


Si pencuri yang pandai mengikis umpan kami sehingga tulang saja yang tinggal.

 
 Setelah 3 jam menunggu di lokasi baru, barulah ikan mula mengganas. Ikan pertama dinaikkan ketika kami cuba menukar kedudukan. Ikan yang hanya mendiamkan diri cuma disedari ketika tali digulung. Serentak dengan itu 6 ekor berjaya dinaikkan komando_sg. Kami terpaksa bekerja keras mengelakkan ikan masuk ke kawasan reba. Walaupun begitu, ada juga yang sempat masuk tetapi berjaya di pujuk keluar semula. Hanya satu perambut putus itupun koyan yang saya letakkan di bawah sampan tidak saya sedari telah dilarikan ikan ke reba. Selepas putus, tiada langsung ikan menjamah umpan kami.







Setelah menunggu seketika, kami mengubah bot ke lokasi yang lain. Ketika ini air sudah mula tidak berarus dan bot amat sukar untuk berada di kedudukan yang sesuai. Angin kencang juga menyukarkan kami untuk memancing. Ketika air sudah mula bergerak semula, barulah ikan mula aktif menjamah umpan kami. Gerut-Gerut, Tetanda dan Kerapu kecil dinaikkan berselang-seli. Kehadiran ikan Duri yang menjadi penghuni tetap di sini juga ada dinaikkan bersama. Terdapat 2 bot di hadapan kami juga kerap menaikkan spesis yang sama. Bezanya, umpan udang hidup yang mereka gunakan lebih efektif berbanding dengan udang kupas dan hirisan kembung yang kami gunakan.


Setelah air mula kuat, kami bergerak ke lokasi terakhir dalam mengakhiri misi hari ini. Memandangkan umpan telah mula kurang, ikan Gerut yang kami perolehi, kami hiris untuk dijadikan umpan. Menunggu hampir sejam dan diganggu ikan Duri, akhirnya tangkapan pertama dinaikkan. 

Terdapat 4 ekor berjaya dinaikkan di lokasi ini semuanya giliran saya menuai hasil. 

Hasil seperti ini tidaklah sehebat mana, tetapi cara makan dan daya tarikan memang begitu kuat sekali. Anda bayangkan joran melentur dengan tali keluar seolah plastik besar yang tersangkut. Jika terleka, kemungkinan joran jatuh memang ada. Kebanyakan cara makan ikan disini, umpan akan diganggu Ikan Duri terlebih dulu sebelum Ikan besar menjamah umpan. Setelah umpan habis, kami bergerak ke kawasan dalam dan hanya Duri berjaya dinaikkan. Kami pulang kepengkalan selepas itu. Walaupun letih, operasi kali ini berjaya. Banyak yang dapat kami pelajari disini. Trip yang begitu menguji kesabaran ini akhirnya sampai di pengkalan pada jam 5 petang.

Hasil keseluruhan setelah 24 jam di laut.

Terbesar 1.5 kg.

Merah 600gram.

Kerapu kecil 2.9 kg keseluruhan.

Singgah makan di restoran ketika perjalanan pulang. Makan berdua memang tak habis macam ni.

Ahad, 24 November 2013

Trip 23/11 En.Nizam

Walaupun hanya turun berdua, aktiviti memancing kami teruskan. Lokasi Pulau Ketam menjadi tujuan utama. Namun trip ini tidak berjaya menghasilkan ikan yang diharapkan. Keadaan air yang masih belum perlahan dan jernih tidak seperti yang dijangkakan.




Ikan Merah di satu spot karang terdapat pokok mati.


Ebek di muara sungai yang cetek.

Keadaan yang tidak mengizinkan memaksa kami pulang awal kepengkalan dengan hasil yang tidak seberapa. Beginilah adat turun ke laut, kadangkala ada kadangkala tidak. Semuanya bergantung kepada rezki masing-masing.




24/11 Menjejak Monster

Cuaca pada hari ini memang cukup baik. Saya, Mancasting75 dan Copytiam dari warga pancing.net menuju ke pulau ketam dalam misi mencari Monster. Namun tiada tangkapan besar dinaikkan cuma beberapa ekor Gelama Belang :) berjaya dinaikkan. Antara aksi-aksi ketika trip yang sempat saya rakamkan untuk tatapan anda...


Tankapan pertama setelah 3x mengubah lokasi. Tangkapan terberat pada trip ini yang saya naikkan menggunakan umpan kembung. 


Tangkapan kedua juga di lokasi sama, menggunakan umpan yang sama. Walaupun sekecil ini, joran akan terjun ke laut jika anda terleka. 

Aksi ketika tarik-menarik berlaku..


 
Tangkapan ketiga oleh saudara Mancasting, juga di lokasi dan umpan yang sama.

Senangin menggunakan umpan udang hidup..

Bangkai ikan Merah yang hanyut ditepi sampan, sisa buangan dari sangkar berdekatan. Kebanyakan ikan Merah di sini berasal dari baka ikan yang terlepas dari sangkar. Begitu juga dengan spesis Kerapu Hibrid yang banyak mendiami kawasan ini.


Hasil keseluruhan trip pada kali ini, tiada spesis Monster yang berjaya dibawa naik. Keadaan air yang masih belum bergerak pasang semula, memaksa kami pulang ke pengkalan.

Isnin, 18 November 2013

Keadaan Air Cantik Pada Bulan November/Disember

Berikut di adalah tarikh dan waktu sesuai untuk memancing pada bulan ini dan bulan hadapan mengikut trip yang sesuai..

November 2013

19- Air besar 
20- Air Besar
21- Air Besar
22- Air Besar
23- Air Mengurang (Trip Confirm/P.Ketam)
24- Air Kecil
25- Air Kecil
26- Air Mati
27- Air Mati tak berarus
28- Air Mati (Trip Confirm//P.Ketam)
29- Air Menyorong besar
30- Air Menyorong Besar

Disember 2013

1- Menyorong Besar
2- Air Besar
3- Air Besar
4- Air Besar
5-
6-
7- Air Mengurang
8- Menyorong kecil
9- Air Mati
10-
11- Air Mati tak berarus
12- Air mati
13-
14- Menyorong besar(Trip Confirm/P.Ketam)
15- Menyorong Besar
16- Air Besar
17-
18-
19- Air Besar
20-
21-
22- Air menyorong kecil
23- Air Kecil 
24- Air mati
25- 
26- Air mati tak berarus
27- Air Mati
28- Air Menyorong Besar
29- Air Menyorong besar
30-
31- Air Besar
  • Kepada yang telah menempah trip, sila pastikan anda membawa peralatan yang sesuai seperti yang telah diberitahu.
  • Setiap perubahan perlu diberitahu selewatnya 2 hari sebelum trip, samada pertukaran tarikh atau pembatalan.
  • Semua trip bergantung kepada keadaan cuaca semasa, sebarang perubahan akan diberitahu kepada ketua trip.
  • Trip yang ditempah pada hari biasa lebih baik kerana kurangnya bot yang berada di laut berbanding pada hujung minggu.
  • Sila rujuk pada artikal di blog ini untuk hari sesuai memburu spesis yang disasarkan.
Berikut Pakej yg ditawarkan untuk November dan Disember

Rm400
Pulau Ketam/Sekitar Laluan
Bot 24/60hp
1 tekong + 4 Pemancing
Termasuk myk dan Umpan
 Sekiranya umpan sendiri, Rm100 akan ditolak.

Rm250
Pulau Ketam/Sekitar Laluan
Bot 19/30hp
1 Tekong+ 2 pemancing
Termasuk myk dan Umpan

Rm300
Labuhan Gurap/Navy/Sekitar laluan
Bot 24/60hp
1 Tekong+4 Pemancing
Termasuk myk dan Umpan

Rm1800
One Fanthom Bank
Bot 26/ 90hp x2
Pergi dan Balik

Rm650
Bot 26/ 90hp x2
Pulau Ketam dan Sekitar laluan
6+1 Tekong
Umpan sendiri

Membawa Ibu dan Ayah Memancing

Turun pada jam 10 pagi...






Lokasi : Navy/Starcruise
Umpan : Perumpun Sarang
Tarikh : 19/11 Air Besar/Pasang

Khamis, 14 November 2013

Rekod Eboi dan Ibu tahun ini..

Agak lama juga saya tidak membawa ibu turun memancing, jadi saya aturkan satu trip untuknya. Bersama kami, Eboi yang sudah lama kumpau sepanjang trip lepas. Kebanyakannya terlepas apabila ikan sudah tersangkut di hujung kail. Keadaan air menyorong besar dan hampir pasang ketika itu amat sesuai untuk menduga satu lokasi yang telah lama kami simpan.

Bekalan udang hidup Rm30 dan 2 kg ikan Kembung dan Selar, kami bertolak ke lokasi dengan bot kecil saja. Sampai di lokasi pertama, sauh dilabuh dan aktiviti memancing dimulakan. Hanya ikan Duri dan Tetanda yang berjaya dinaikkan.

Tetanda di lokasi pertama..

Comel nya Tetanda ni, habis separuh hirisan Kembung ditelan.

Setelah puas di ganggu Ikan Duri, kami mengubah bot ke satu lokasi yang kami namakan Tapak 2. Ketika ini, air pasang sudah mula mengubah arus. Cuma 5 minit berlabuh, 2 tarikan kasar mengejutkan kami bertiga. 2 ekor Gelama Belang hehehe berjaya di bawa naik. Bermula dari waktu tersebut, ibu pula berjaya menaikkan 1 tangkapan besar, Senangin Taiwan. Ikan ini biasanya ditemui di kolam pancing berbayar. Kehadirannya di sini amat memelikkan kami. Setelah bersusah payah bermain tali, tangguk pula tidak cukup besar. Kesemua tangkapan terpaksa menggunakan gancu untuk dinaikkan ke sampan.

Double Hook!

Senangin Taiwan, rekod peribadi Ibu tahun ini..

Sekor lagi Gelama Belang milik Eboi..

Saya juga tidak terlepas peluang menaikkan tangkapan yang sama.


Bayangan ikan di bawah sinar cahaya mentari.

Ketika ini, kebanyakan tangkapan adalah hasil tangan Eboi. 

Sangkut pada karang tapi berjaya saya naikkan setelah beberapa ketika menunggu ia keluar.

Ibu juga menuai hasil yang sama.

Kedudukan lokasi yang tepat adalah kunci kejayaan trip kali ini, disamping keadaan ikan yang aktif dan berkumpul di satu spot. Banyak juga ilmu baru yang kami perolehi kali ini. Antaranya cara umpan dilabuh, saiz umpan, mata kail dan penggunaan alatan sesuai. Penggunaan joran aksi keras dan tali utama kukuh lebih memudahkan kerja kali ini. Selepas umpan dibawa lari, rentapan padu dapat dibuat tanpa ragu-ragu. Rata-rata tarikan nya amat kasar hingga letih kami dibuatnya.

Separuh adalah lebih baik dari hirisan kerana dengan cara ini gangguan ikan kecil dapat dikurangkan. Jika terdapat gangguan ikan kecil sekalipun, ikan besar masih sempat melihat umpan sebelum dihabiskan ikan kecil.

Tangkapan yang nyaris menerbangkan pancing kami ketika sibuk melepaskan mata kail pada ikan. Ibu yang sentiasa peka dengan keadaan ini menyelamatkan keadaan. Rata-rata kekuatan tarikan ikan di sini amat menyeronokkan. Joran aksi keras yang kami gunakan kebanyakkannya melentur habis walaupun penjajar gelung kami ketatkan.

Hasil keseluruhan trip kali ini..

Senangin Taiwan 3kg.

Kerapu terbesar 1.8kg.

Oleh kerana umpan telah habis, kami bergerak pulang seawal 4 petang walaupun masih terdapat udang yang belum habis digunakan. Berehat seketika di laluan sungai sebelum pulang ke pengkalan dan mengambil gambar. Baki udang yang ada kami berikan kepada pemancing di rumah rakit dalam perjalanan pulang. Trip kali ini menjanjikan kepuasan setelah sekian lama tidak berhasil, lebih-lebih lagi buat Eboi yang sudah lama menanti. Dengan kata lain, impian telah tercapai dan satu lagi trip penutup hujung tahun yang cukup berjaya.