Khamis, 17 Ogos 2023

Bot bocor terkena batu karang!

 Bekerja di bawah dermaga kapal, memang terdapat banyak bahaya. Antara yang biasa berlaku adalah ombak kapal dari bahagian luar. Sungguhpun terdapat kapal berlabuh, kadangkala ada juga ombak yang terlepas dan tanpa disedari memberi bahaya kepada kami. Pada hari ini, salah satu bot yang digunakan telah bocor akibat terkena batu karang di tiang dermaga.



Ombak besar yang datang secara tiba-tiba, menghempas bot kami ke arah tiang. Kebocoran hanya disedari apabila salah seorang pekerja menyedari hal tersebut. Kami bernasib baik kerana lubang tersebut berada di atas paras air. Bot terpaksa disengetkan ketika bergerak balik untuk mengelakkan air masuk ke dalam.



Oleh kerana perjalanan balik agak jauh, mahu atau tidak, lubang tersebut perlu ditampal segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Salah satu cara mudah adalah menggunakan campuran polisterin dan petrol.


Campuran polisterin dan petrol ini di biarkan sebati sehingga menjadi likat dan ditampal pada bahagian yang bocor tadi. Ia bertindak sebagai gam kalis air dan akan mengeras. Setelah ditampal, ia boleh dirapikan menggunakan jari atau kain basah.


Selain menggunakan gam ini, kain juga boleh digunakan untuk menutup bocor. Satu lagi cara adalah menggunakan plastik yang dibakar. Semua cara ini membantu dalam kecemasan dan perlu diketahui oleh semua jurumudi berpengalaman. Yang penting bot tidak tenggelam dan selamat untuk sampai ke pengkalan!

Selasa, 1 Ogos 2023

Projek Solar Rawang, latihan bot.

 Harini kami memberi sedikit tunjuk ajar kepada operator bertugas di tapak projek. Semua orang boleh memandu bot, namun kemahiran khas perlu ada jjika digunakan untuk situasi tertentu.

Bot akan digunakan untuk menarik platfom solar terapung. Jika mengikut perancangan awal, ada lagi peralatan lain yg akan digunakan bersama. 

Ada pulau di tengah lombong ini. Cantik pemandangannya.


Bot kecil akan digunakan untuk penyelia projek menyusun dan memerhati kerja dijalankan.


Banyak kawasan cetek tidak boleh dilalui, walaupun bot sekecil 14 kaki. Kawasan cetek berpasir menyebabkan kipas tersangkut dan boleh merosakkan kotak gear.

Tugasan selesai pada jam 12 tengahari dan menunggu untuk tugasan seterusnya pada hari pertama kerja bermula.

Projek Solar Rawang, penghantaran bot.

 Belum pun selesai projek di Westport, 2 lagi bot terpaksa dihantar ke Rawang untuk tugasan disana. Kali ini bot akan digunakan untuk membantu kerja- kerja pemasangan solar panel sama seperti di Dengkil dulu. Bezanya bot Abg Emi turut sama terlibat.

Bot dan enjin di angkut menggunakan lori kren pada petang hari dan penghantarn dibuat pada subuh esoknya. Turut sama di hantar adalah bot 13 kaki beserta enjin 6hp. 
Senang jika ada kren macam ni, jika guna tangan memang tak terangkat. Lori kren disewa pula adalah lori yang biasa kami gunakan sebelum ini. 


Semua kerja berjalan lancar dan selanat tiba di lokasi projek.

Tugasan Sg Langat

 Tugasan di Sungai Langat kali ini melibatkan jabatan Perikanan dan pihak berkuasa tempatan dalam program pelepasan ikan Baung. Terdapat 8 buah bot terlibat dalam tugasan ini. Ini termasuk 2 bot pengiring dan bot nelayan kampung berdekatan.


Hujan lebat disebelah pagi melambatkan pergerakan kami. Ditambah dengan sampah hanyut memenuhi kawasan sungai, bot terpaksa dipandu perlahan dan berhati-hati.

Harini saya ditemani Shahrol, nelayan kg kami. Perjalanan seperti ini memerlukan pembantu kerana ia agak bahaya. Jarak dengan laluan utama di darat memang jauh. Oleh itu elok lah berteman.

Program pelepasan ikan ini dilakukan di Kg Fatimah, Sg Manggis. Spesis ikan yang dilepaskan adalah Ikan Baung. Harap- harap ikan ini akan mendominasi kawasan Sungai Langat seperti dahulu.


Setelah program pelepasan bermula, tugasan kami adalah membawa mereka menyusuri sungai hingga ke Pulau Carey. Terdapat 2 bot pengiring turut sama membuat pergerakan hingga ke lokasi jeti.


Perjalanan kami berakhir sekitar jam 11 pagi dan kami pulang ke pengkalan.

Kerja memasang kabel di Westport

 Projek kecil ini berlangsung selama 2 bulan bermula dari Julai hingga Ogos. Tugasan kami hanya tertumpu pada bahagian bot sahaja.

Oleh kerana kabel yang dipasang berada di bawah dermaga, kebanyakan kerja dilakukan pada waktu air pasang sahaja.

Pening kepala jika dermaga kosong tanpa kapal berlabuh. Tiada lindungan, kerja menjadi sukar dan lebih bahaya.

Bermula dengan mengukur, menebuk lubang, semua dibuat diatas pelantar terapung khas. 
Skru dipasanag dan dilekatkan menggunakan silikon khas yang kuat dan dibiarkan keras sehari.


Setelah itu barulah braket besi dipasang. 

Merarik dan menunda platform terapung ini memang memerlukan kemahiran. Jika tidak pandai, habis semua dilanggar. Ada cara dan teknik kerja yang perlu digunakan.

Selesai memasang braket besi, paip plastik pula dipasang. Setelah semuanya siap, barulah kabel dimasukkan. 

Sehingga kini, kerja masih berjalan dan dijangka siap pada pertengahan bulan Ogos nanti. Jumlah bot yang digunakan hanya 2, bergantung pada permintaan. Semoga tugasan ini berakhir dengan sempurna.