Walaupun baru pertama kali turun ke laut menaiki bot, agak murah rezeki mereka ni. Maaf dipohon kepada mereka kerana saya terlambat sampai ke pengkalan dek kerana keletihan pada trip semalamnya. Kesukaran mendapatkan umpan terbaik juga melambatkan pergerakan. Namun begitu trip diteruskan tanpa ragu-ragu dan berharap semuanya berjalan lancar.
Kerapu pertama di salah satu lokasi sauh sangkar..
Merah pertama setelah 20 minit menunggu..
Tetanda comel pada tali sauh sangkar..
Jenahak menari :)
Seekor Pari di saat akhir mencuit hati kerana mata kail tersangkut pada perut ikan. Kalau sudah rezeki, tak kemana.
Hasil keseluruhan trip pada sebelah petang..
Terdapat beberapa tarikan kasar yang berjaya memutuskan perambut. Joran saya juga nyaris terjun ke laut gara-gara kecuaian meletak joran. Sedikit nasihat kapada mereka, kelengkapan yang lebih sempurna perlu di bawa pada trip yang kan datang. Terima kasih kerana sudi memancing bersama kami. Jumpa lagi lain kali.