Rabu, 23 Januari 2019

Isnin, 14 Januari 2019

Khamis, 10 Januari 2019

Dairi ladang sejengkal 9, hasil selepas musim hujan.







Dairi ladang sejengkal 8, cabut pokok sawit..

Di awal tahun 2019 ini, saya membuka tapak baru untuk menambah kawasan sedia ada. Sambil menunggu hasil kedua, kerja-kerja membersihkan kawasan mula dibuat. Jika dulu cuma pokok senduduk dan sisa batu, kali ini pokok sawit tumbuh menjadi penghalang. Ada banyak pokok sawit tumbuh yang sudah berbuah. Sayang pula nak ditebang kerana buahnya yang lebat dan banyak, mungkin boleh mendatangkan sesuatu di kemudian hari. Di hitung-hitung, ada lebih kurang 10 pokok yang sudah berbuah lebat. Cuma yang tak seronoknya, harga sawit kini agak murah sekitar rm0.25sen sekilo. 



Kesemua pokok ini tumbuh dari sisa sawit lama yang memang dari benih terpilih. Jadi tak hairanlah jika buah dan pokok nya berkualiti. Jadi saya cuma buang mana yang perlu saja. Seiring dengan cita-cita besar yang dirancang, mesin penggembur telah dibeli. Koyak poket bila rm1500 keluar macam air. Lepas ni kerja akan lebih mudah dan cepat. Bukan lah semudah yang disangka tetapi masa dapat akan dapat dijimatkan. Selain itu saya kini dibantu Rahman yang setuju untuk ikut serta dan bersama-sama menuai hasil.


 Anak pokok sawit ni akarnya tidak begitu dalam kerana ia hidup tumbuh tanpa ditanam. Namun begitu, akar serabutnya begitu kuat mencengkam tanah sungguh pun saiznya kecil. Tanpa peralatan dan cara yang betul, tak mungkin ia boleh dicabut. Salah satu cara terbaik dengan menggunakan tajak dan parang.

 Sorang menggali, sorang melibas akar. Jika penat, kami bertukar-tukar posisi. Memang letih lebih-lebih lagi dalam cuaca panas tengahari. Kata Rahman, dia boleh kurus kalau sebulan begitu. Apa boleh buat, beginilah cara terbaik yang mampu kami usahakan.

 Keliling pokok sawit di korek kemudian akar dilibas dengan parang panjang. Perkataan potong kurang sesuai rasanya. Kalau libas anda boleh bayangkan. Bila sekeliling bawah pokok sudah terpotong akarnya, kita perlu goyangkan pokok dan bila dah longgar cabut saja. Kalau kena caranya, mudah saja. Selepas tu semua sisa pokok dikumpul di satu lokasi supaya kering dan boleh dibakar kemudian hari.


Sisa pasu bekas susu getah yang kami harapkan berisi kepingan duit emas tak juga ditemui.

Tengok tu, macam kawah gunung berapi. Sambil menggali, ada saja cerita pembakar semangat yang biasanya mengarut supaya tak terasa penat. Ini termasuklah wang syiling emas yang mungkin berada di bawah akar pokok. Mana lah tau kot-kot ada sepasu, boleh la kami kaya cepat. Usahkan sepasu, sekeping pun tidak ditemui. Hasilnya, hampir 7 pokok sawit berjaya kami tumbangkan dalam masa setengah hari. 



Selesai saja kerja mencabut pokok, jam sudah hampir 1 tengahari. Walaupun penat, hati terasa puas bila melihat kerja yang dibuat berhasil dan kawasan nampak lapang. Kami merancang untuk meneruskan kerja pada waktu yang lain.

Selasa, 8 Januari 2019

Sekadar informasi, Piantan..

Apa itu Piantan? Piantan bermaksud waktu berlaku. Perkataan ini biasanya digunakan oleh nelayan tempatan dan pemancing yang biasa turun ke laut. Piantan bermaksud waktu berlaku, yang paling sesuai dan terbaik ketika ikan berada di lokasi.

Kebanyakan ikan di laut mempunyai masa makannya sendiri. Biasanya masa tersebut tepat dan tidak berubah. Piantan ini boleh dicatatkan dan direkod supaya mudah dijejaki pada masa lain. ia juga berbeza masa dari lokasi ke lokasi yang lain. Piantan boleh direkodkan begini..

Tarikh              : 1/5/2019
Lokasi              : Sangkar A
Jenis ikan         : Kurau
Jam                  :11.00am
Air bagaimana : Menyorong besar
Cuaca               : Panas
Umpan             : Udang Hidup Besar

Apabila ikan yang anda pancing berjaya dibawa naik, cuba catatkan butiran seperti diatas. Kemudian semak semula waktu dengan jadual air apabila anda ingin turun semula di lokasi tersebut pada masa akan datang. Kemahiran ini akan menjimatkan masa menunggu dan umpan yang dibawa.

 Jika dilihat semula pada jadual air pasang surut, waktu tersebut adalah sejam dari waktu air mula pasang (10.06am) pada tarikh tersebut. Ini lah waktu dan masa yang anda perlu kejar pada masa akan datang jika mahu memburu hasil tersebut. Masa yang lain boleh lah berada di lokasi lain, yang mempunyai piantan yang berbeza.

Rekod ini memang tepat dan sentiasa berguna kepada kami. Bukan itu saja, ia adalah rahsia kepada setiap kejayaan pemancing dan nelayan yang berpengalaman. Ia bukan satu jaminan hasil yang bakal diperolehi, tetapi usaha terbaik yang mampu kita buat. Sekadar informasi, untuk anda..

Rabu, 2 Januari 2019

Trip berlangsung..

Cencaru sesat di laluan ikan umpan..

Kerapu Hibrid penghuni setia sangkar ikan di sini..

Tangkap dan lepas, terima kasih rakan..

Siakap Merah yang kerap memutuskan perambut kami, tetapi kali ini tewas dengan perambut 80 paun dan set kukuh..

Kerapu yang berjaya dipujuk keluar dari reba dengan umpan hirisan Ikan Bebolos.

Tetanda comel..

Merah comel..

Sekali dua..

Kerapu comel dengan umpan udang hidup..

Hasil yang termampu diusahakan setakat ini..

Kawasan larangan yang boleh di kunjungi ketika air besar saja jika bernasib baik..

Hasil air besar yang tak seberapa..

Kerapu bintik bermata hijau yang sudah mula kerap di bawa naik..

Saiz joran dan tali yang besar tidak semestinya membuahkan hasil sungguh pun ikan sudah terlekat di hujung kail. Halangan yang terdapat di sini memang hanya untuk yang berani saja..

Siakap merah atau MJ di satu spot rahsia kerap dinaikkan kebelakangan ini..

Tebal pipi jeti larangan bersama Sharil dan rakan..

Hasil air menyorong besar di sekitar pengkalan..