Ahad, 11 Mei 2014

Beg Joran, bergaya bukan sekadar aksesori!

Setiap kali kita membeli joran, biasanya beg atau pembungkus joran akan di beri bersama. Ada juga jenis beg joran yang agak bergaya di jual berasingan. Tahukah anda fungsi beg joran ini?

Beg joran sebenarnya berfungsi melindungi joran dan pembawa joran tersebut. Ia melindungi anda dari kecederaan sirius sekiranya berlaku sesuatu kemalangan. Ramai kaki pancing tidak menyedari hal ini, malah hanya melihat ianya sekadar aksesori.


Anda lihat gambar di atas ini, apakah yang mungkin akan berlaku sekiranya dia terjatuh dan hujung joran tertusuk di bahagian badan? Bahagian terdekat adalah kepala. Adalah lebih baik bungkusan ini meliputi keseluruhan bahagian joran bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya terjatuh atau berlaku kemalangan.

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTw6y_0ZQxEeFphSRwYmcf3ol-b0kmGVXi5d4vXjo1j4zUQ-V6J

Lebih baik sekiranya joran diasingkan dari mesin dan diikat sebelum diletakkan di dalam beg joran supaya mudah dibawa. Jika memandu motosikal, beg joran ini boleh melindungi bahagian badan pemandu sekiranya terjatuh. Begitu juga jika di dalam kereta, letakkan semua joran yang di bungkus rapi di satu sudut selamat. Sekiranya berlaku kemalangan beg joran dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya anda terjatuh di atasnya atau ketika ditimpa joran tersebut. Joran selamat, anda pun selamat. Sedikit maklumat kecil tetapi berharga, untuk anda. Selamat memancing!