Jumaat, 16 September 2016

Sampan untuk dijual





Harga Rm2300
Lokasi sekarang Banting, Selangor
Ukuran Panjang 21.5 x Lebar 4.5 x tinggi 21 inci
Jenis Lunas sepenuhnya
Lantai kosong
Enjin sesuai 15-30hp

Khamis, 15 September 2016

Port Klang Jigger, Gerong Belang mangsa kali ini..

Cuaca tenang sepanjang trip memudahkan aktiviti jigging kami kali ini. Pada hari sebelumnya, kekuatan angin pada sebelah pagi langsung tidak menghasilkan apa-apa tangkapan. Hari ini penat penat semalam berbalas bila hasil besar berjaya dinaikkan.

 Minit pertama di tangan kedua masih tidak berjaya.

Hasil pertama seekor Jenahak Sekitar 1 kg berjaya dinaikkan setelah 4 kali berhanyut di spot sama. Namun tangkapan kedua mengejutkan kami dengan larian pantas hingga jauh tali ditarik keluar. Berlaku aksi kejar mengejar hinggalah hasil dibawa naik.

 Minit terakhir di tangan ketiga akhirnya ikan mengalah.

 Gerong Belang melebihi 6 kg setelah joran bertukar 3 tangan.

Hasil bertarung beberapa minit, akhirnya mangsa berjaya dibawa naik di tangan ketiga dan semua jangkaan pemancing salah belaka termasuklah saya sendiri. 

 Jenahak comel dengan jig comel.

 Kumpulan cencaru yang banyak pada hari trip berlangsung menambah keseronokkan menambah hhasil. Lenguh tangan mengayuh mesin kecil jika hasil memenuhi apollo yang diturunkan.

Mengumpul Cencaru ketika trip hampir ke penghujung.

Petukaran arah arus menyebabkan ikan sudah mula berkurangan, tidak aktif atau memang tiada di lokasi. Sesi mencari lauk bertukar teknik dan Cencaru berjaya memenuhi kotak yang kami bawa. Oleh kerana keletihan, kami pulang pada jam 5 petang ke pengkalan.

Pulau Ketam, UFO!

Kadangkala ada hasil, kadangkala tiada. Inilah pecarian rezki ghaib yang tidak kelihatan di mata kasar.

Kerapu comel..

Tetanda comel..

Berbeza dengan trip sehari selepasnya, masih ada tangkapan besar walaupun tidak banyak. Berbaloi menunggu lama bila UFO yang dicari berjaya dinaikkan dengan susah payah.

 Cik Bun yang kami naikkan berulang ulang kali..

 UFO pertama berjaya dinaikkan berhasil merosakkan mesin yang digunakan..

UFO kedua di akhir trip yang berjaya dinaikkan setelah bersusah payah mengelak tali sangkar.

Kebanyakan trip sangkar biasanya berhasil ketika air perlahan da jernih. Umpan tidak menentu berdasarkan situasi semasa dan biasanya lebih memihak kepada ikan kecil segar yang di kumpul ketika misi mencari umpan. Berdasarkan kepada pemerhatian, ikan Duri agak kurang aktif ketika air jernih begini menjadikan peluang ikan besar menjumpai umpan anda. Hatii hati meletakkan joran kerana sentapan kasar bakal berlaku tanpa anda sedari!

Selasa, 6 September 2016

Nak cari Kerapu ke Ufo?

Kawasan sangkar ikan Pulau Ketam memang terkenal dengan spesis ikan Kerapu Hybrid. Saiz biasa dari 300grm hingga mencecah 10kg ada di sini. Namun begitu kebanyakan yang dibawa naik sekitar bawah 2kg. Biarlah induknya berada di situ supaya bakanya sentiasa ada dan membiak di kawasan ini dan tak perlulah anda fikir di mana rumah nya..

Ops Cari Umpan..

  
Anak ikan yang bermain di sekitar sangkar ini memang pelbagai jenisnya. Kitang, Pecah Periuk, Telinga Gajah, Belanak dan spesis lain yang saya sendiri pun tak tau namanya. Sisa makanan yang jatuh dari sangkar menjadikan lokasi ini strategik untuk didiami. Namun awas! Tidak semua sangkar boleh dikunjungi. Ada yang mempunyai anjing dan ada yang tidak ada anjing tetapi bot tidak dibenarkan masuk. Mungkin pernah terjadi kecurian atau masalah lain sebelum ini. Kita sebagai pemancing perlu menghormati dan menjaga peluang yang diberikan.


 Ikan Kerapu di kawasan Port Klang ni memang sukar ditemui tidak seperti 10 ke 15 tahun dulu. Jika dulu kawasan reba di persisir pantai memang banyak dan mudah dipancing. Sekarang? Sesirat memenuhi lokasi.


Kalau anda nak cari spesis ini, sehari sebelum air mati, air mati dan sehari selepas air mati. Pastikan airnya jernih dengan arus perlahan dan udang hidup adalah umpan terbaik. Singgah la di mana-mana muara sungai, laluan bereba atau sauh sangkar yang cetek. Cangkuk di bahagian hujung ekor dan ukuran perambut sesuai digunakan. Jarang tak berhasil sekiranya ikan ada berhampiran..

 Sekor lagi berjaya dinaikkan..


Cuba anda lihat yang ni, ada dua perambut dalam satu mulut. Ikan ini telah makan 2 umpan sekaligus. Mungkin jarang berlaku di tempat lain tetapi di sini memang biasa. Ia juga kerap berlaku pada Ikan Kerapu yang memang gemar makan apa saja di laluannya. Ada juga kes dimana ikan yang terlepas putus makan semula selang beberapa minit kemudian.

 Ikan Merah sangkar yang biasa terdapat di sini biasanya cacat pada bahagian ekor dan mata.

Seharian memancing di kawasan ini memang kadangkala kurang memuaskan, namun jika terdapat hasil kasar seperti ini rasanya sudah cukup untuk melepaskan hajat memancing sepanjang minggu. Kadangkala banyak kadangkala tiada langsung. Sekiranya anda ingin berkunjung ke sini, pastikan bertanya kepada pemandu pancing anda terlebih dahulu untuk mengelakkan kesulitan. Selamat memancing!

Misi mencari bot baru..

 Mencari bot sesuai bukan lah semudah yang disangka. Artikel sama pernah kami siarkan dahulu ketika pencarian bot 24 kaki yang kami gunakan sekarang. Tahun ini kami bercadang menambah satu lagi bot untuk kegunaan trip jigging di kawasan laut terbuka. Pencarian bermula sekitar Selangor dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Ini adalah salah satu calon bot yang berjaya ditemui.

 Panjang bot 24 x 5.7 kaki

 Sedikit kebocoran pada bahagian bawah, kemungkinan di sebabkan oleh jentera pengangkat.

Berdasarkan pemerhatian pada bahagian dalam, bot ini telah tenggelam kerana terdapat lumpur di bahagian perut dalam.

 Set stering dan konsul

Kanopi 

Lokasi bot adalah di Peng Huat, Sekincan dan harga di letakkan adalah rm9,000. Kepada yang berminat dengan bot ini bolehlah menghubungi pihak di atas.

Senangin ke Kerapu?

Trip kali ini berlangsung di selitar sangkar ikan Pulau Ketam. Bersama saya 3 org pemancing tegar yang sudah biasa turun di kawasan ini. Jum lihat hasil yang berjaya dinaikkan hari ini..

 Kebanyakan Ikan Senangin di kawasan ini biasanya mengendap kumpulan anak ikan di sepanjang tali sauh sangkar terpilih. Sekiranya keadaan berangin di luar, spesis ini biasa masuk ke muara. Saya sendiri tidak pasti mengapa ini berlaku.

 Saiz biasa adalah sekitar 500grm hingga 1 kg dengan umpan potongan Beliak mata atau sardin.

 Ikan kerapu pertama yang berjaya dinaikkan dengan umpan Ikan Sardin potong di bawah bot.

 Kerapu kedua juga di lokasi yang sama dengan umpan Beliak mata separuh melawan arus cuba melintasi tali sangkar tetapi gagal melarikan diri.

 Tetanda dengan umpan Udang hidup di belakang sangkar..

Seekor lagi Senangin berjaya dibawa naik di lokasi tali sangkar masih dengan umpan ikan potong.

Sebelum balik seekor Ikan Pari berjaya dinaikan di lokasi sama setelah bersusah payah bermain tali dan mengelak tali sangkar. Trip berakhir sekitar jam 6.30 petang dan pulang ke pengkalan.

Port Klang Jigger, ikan makan besi

Lokasi jigging kali ini agak jauh ke tengah memandangkan lokasi biasa berdekatan telah diganggu dengan kapal pengorek pasir. Laluan kapal dagang yang silih berganti masuk dan keluar dari pelabuhan memang biasa di kawasan ini.

Ini lah hasil comel trip jigging hari ini..

 Hasil pertama setelah arus mula pasang..

 GT di satu spot misteri yang dipenuhi taman di bawahnya. Hati-hati jig boleh dicukai di sini..

 Kalau jumpa jig jenis ini, beli dan simpan. Sering berhasil di lokasi kami. Namun keberkesanannya diragui di kawasan lain. Perubahan warna air dan kedalaman mungkin..

 Merah yang membaham jig kami..

 Hasil keseluruhan sepanjang trip berlangsung boleh la dibanggakan walau pun tidak sehebat ZeeZone. 

Sekiranya anda turun di kawasan luar pesisir sila pastikan anda tidak makan terlalu banyak hingga boleh menyebabkan mabuk laut yang kronik. Makanan kurang berminyak seperti roti adalah lebih baik berbanding roti canai, nasik lemak dan sebagainya. Ini adalah langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan makan berlebihan yang menjadi punca mabuk di laut. Bagi yang sudah biasa, tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang tidak biasa, berhati-hatilah memilih makanan.

Trip En Jamal

Walaupun terpaksa turun lewat akibat hujan lebat yg turun sejak subuh lagi, trip masih diteruskan bagi menyampaikan hajat mereka ni. Tak banyak hasil baik berjaya dibawa naik berikutan keadaan air hujan sepanjang trip berlangsung manakala Udang hidup yang dibawa kesemuanya mati di dalam simpanan.

Nasib baiklah ada hasil umpan apollo yang kami perolehi sebelum di halau keluar dari kawasan pencarian! Kawasan pencarian adalah kawasan larangan jika mempunyai kapal berlabuh, namun oleh kerana keadaan mendesak terpaksalah buat juga.

 Oleh kerana terpaksa berhati-hati, hasil diperolehi tidak sebanyak diharapkan. Sekadar mencukupi saja buat waktu memancing yang singkat.

 Anak ikan Kembung, banyak pula harini. Saiz 2 jari yang memang sesuai untuk umpan Kerapu sangkar.

 Salah satu hasil yang berjaya dinaikan sepanjang trip berlangsung sejam pertama berlabuh di lokasi. Tiada tangkapan besar lain yang dapat dinaikkan namun hasil yang lebih kecil pula diperolehi.