Isnin, 29 Disember 2014

Bantuan Bot Untuk Mangsa Banjir

Bot kami 21 kaki/30hp telah di hantar ke Kuala Kerai bagi membantu proses penghantaran bantuan ke kawasan yang telah terputus hubungan. Penghantaran ini dilakukan oleh sebuah syarikat bumiputra yang beroperasi di Kota Kemuning. Permintaan mengejut kurang dari 4 jam ini akhirnya berjaya dilaksanakan dan semua urusan berjaya diselesaikan atas bantuan ayah dan rakan. Oleh kerana saya berada di laut ketika itu, Tekong Sahril telah membantu mengubah bot ke lokasi sesuai sebelum berjaya di angkat ke dalam lori. 

 Ketika bencana banjir ini ramai juga yang meminta bantuan untuk mengunakan sampan dan enjin bagi penghantaran bantuan. Selain itu ada juga permintaan kecemasan untuk meminta bantuan menyelamat sekitar Temerloh di Pahang. Semua informasi ini kadangkala mengejutkan saya. Apalagi bila nada yang memanggil kedengaran begitu terdesak dan tertekan. Oleh kerana saya adalah rakan radio dan sentiasa memantau di frekuensi, beberapa maklumat penting ini berjaya disampaikan. Untuk pengetahuan anda, semua perhubungan terputus ketika itu. Hanya internet dan radio amatur saja yang berfungsi. Tidak semua maklumat ini adalah benar, namun sedaya upaya ditapis terlebih dahulu. Kepada rakan-rakan yang ingin memberi maklumat, sila pastikan ianya bukan copy paste.

 Oleh kerana air telah mula surut, bot telah berada di atas lumpur dan terpaksa di tarik menggunakan lori.

Bot berjaya juga di naikkan untuk penghantaran.

Buat masa ini kebanyakan bot yang digunakan adalah jenis ringan sekitar 17 hingga 13 kaki memandangkan ia lebih sesuai di kawasan cetek. Ia tidak sesuai di kawasan air laju, dalam dan merbahaya bagi muatan besar. Enjin kaki pendek dengan hidrolik Jek lebih sesuai di waktu ini. Manakala kuasa enjin sekitar 10 hingga 40 hp sesuai mengikut kawasan dan saiz bot. Kepada rakan yang ingin membantu, sila pastikan hal ini diperhalusi terlebih dahulu. Satu lagi peringatan, terdapat pihak tertentu yang menangguk di air keruh ketika ini mengambil kesempatan di dalam kesusahan. Rakan-rakan, inilah waktunya kita membuat amal dan bantulah sedaya mungkin untuk mereka yang memerlukan. Semoga bantuan kita dapat meringankan bebanan rakan kita yang memerlukan di sana..

Isnin, 22 Disember 2014

Memburu Sembilang Selat

Salah satu kegemaran saya adalah memburu Ikan Sembilang sekitar pulau berhampiran pengkalan. Banyak rupanya ikan Sembilang di sini. Tetapi perlu sedikit kemahiran mengesan kedudukan di mana ikan ini berehat dan menyorok. Nampak seperti mudah, rupanya saya sendiri masih perlu menambah ilmu.
Laluan sekitar pulau di Telok Gong sehingga ke jambatan adalah kawasan termudah untuk saya jejaki spesis ini. Salah satu yang saya belajar adalah, jika terdapat reba di alur selat, pasti spesis ini boleh di perolehi. Anda boleh meneliti kawasan yang sesuai dengan melihat riak atau olak air yang terjadi di kawasan tersebut. Alur yang mempunyai reba ini biasanya menjadi tempat perlindungan ikan ini bersama dengan ikan Gelama kecil.

Antara umpan terbaik, Perumpun Sarang dan Udang hidup. Kerapkali saiz udang hidup yang besar menghasilkan Ikan Sembilang sekitar 1 hingga 2 kg. Manakala Perumpun kepada saiz yang lebih kecil. Tiang jambatan juga kerap dihuni spesis ini. Waktu paling ideal, ketika air tinggi mula surut, 1 jam sebelum surut habis dan 1 jam ketika air mula naik pasang.

Trip 17/12 En.Said Badri dan Rakan

Oleh kerana kebanyakan trip ke Pulau Ketam tidak berapa berhasil kebelakangan ini, saya mencadangkan kami beralih ke muara saja. Lokasi sekitar Jambatan Pulau ke Simpang 3 Telok Segan Pulau Carey menjadi pilihan. Ketika air mati, lokasi ini lebih menyerlah dan Gelama Pisang adalah penghuni tetap yang kerap dinaikkan.

Umpan Udang hidup dan Udang pasar lebih berhasil di sini. Manakala set kecil lebih sesuai untuk lebih aksi. Namun terdapat banyak Sesirat di sekitar kawasan ini. Elakkan berada dekat dengan tebing dan sediakan banyak perambut ganti sebagai pemudah.


Antara tangkapan baik di celah-celah Gelama, Senangin, Daun baru dan Sembilang. Kotak ikan yang kami bawa penuh berisi dengan Gelama Pisang bersaiz besar dan kecil.

Trip 13/12 En.Izwandi dan Rakan

Trip berlangsung sekitar laluan utama hingga ke Pulau Ketam. Tak banyak tangkapan dapat dibawa naik. Macam biasa, resmi memancing, kadang ada kadang tiada.

Mengendap Tetanda besar tapi Daun baru pula yang naik.

Sagai kot, di muara sungai Pulau Ketam. Kecil tapi larian laju.

Selewak dalam sungai Terusan Bagan.

Waktu petang yang agak panas walaupun mendung.

Tarpoon atau Ikan Susu, yang tak sempat ditangguk melompat ke dalam bot.

Hasil tangkapan keseluruhan setelah sehari di laut.

Khamis, 11 Disember 2014

Tapak Kanopi Stainles Steel

Kepada yang berminat membeli tapak kanopi bot boleh lipat seperti di bawah..

Harga bagi 1 unit Rm45 
Terdapat 3 jenis ukuran
Termasuk lapisan cat tahan panas berwarna hitam

Sabtu, 6 Disember 2014

Penggunaan umpan sesuai mengikut keadaan air dan arus.

Kesukaran mendapatkan umpan sesuai ketika turun memancing ketika ini sering berlaku. Apa lagi jika umpan yang telah disediakan tidak menepati waktu sesuai digunakan. Hal ini sering terjadi kepada saya sendiri. Sebagai langkah berjaga-jaga, umpan sesuai perlu disediakan dari pelbagai jenis yang sesuai. Ini mengundang kesukaran dan lebih kerja kepada pemandu pancing seperti kami mahupun pemancing yang lain.

Hasil trip bersama En.Ghazali Subang

Menyediakan umpan satu masalah, selepas itu masalah lain pula timbul. Biasanya berkait dengan kos dan wang ringgit. Almaklumlah, umpan seperti Belanak Hidup, kurita, Udang hidup memang sukar diperolehi di kebanyakan tempat. Paling sukar, Belanak Hidup dan Kurita. Kami sendiri terpaksa menjala untuk mendapatkan umpan ini.

 Kerapu kecil yang membaham umpan Belanak hidup kami, dilepaskan semula ke laut.

Jika di kawasan sangkar ikan Pulau Ketam, umpan Belanak hidup biasanya sering berhasil. Saiz umpan biasanya mempengaruhi saiz tangkapan yang bakal di bawa naik. Hanya yang berani dan berpengetahuan saja akan menggunakan teknik ini. Percayalah, teknik ini tidak akan berhasil kepada yang hanya mendengar dari mulut orang lain dan sekadar mencuba-cuba. Anda perlukan kesabaran, keyakinan dan usaha untuk menggunakan teknik ini. Teknik ini juga sering terjadi kepada umpan Ikan Gelama. Hanya yang tahu saja dimana waktu dan lokasi sesuai yang akan berhasil.


Sekiranya anda ingin memburu spesis di atas ini, umpan Belanak hidup adalah yang terbaik.

Sekiranya bernasib baik, lebih dari seekor dapat dinaikkan dengan cara ini.
 
Apollo mata kasar berumpan hirisan sotong juga kerap menghasilkan Ikan seperti Tetanda dan Gelama. Walaupun lebih kerap disambar Duri, ini lebih baik dari sekadar termenung menantikan hasil baik dihujung kail anda. Adakalanya, Ikan Duri yang bersaiz besar boleh juga dibawa balik untuk Asam Pedas atau Lemak Cili Api.
                                         
Ikan Belanak yang biasanya menghasilkan tangkapan baik, bersaiz 3 inci ke bawah. Tidak kiralah ianya yang panjang atau yang pendek asal putih sisik dan kuat renangannya. Mata kail dan perambut digunakan harus halus dan kecil dari umpan. Ini kesilapan biasa yang saya lihat dan sering saya tegur ketika trip. Kemalasan dan sikap sambil lewa anda akan menyebabkan kerugian pada diri sendiri.

Biasanya ketika air perlahan atau tidak berarus, umpan ini sangat efektif. Anda pasangkan perambut 2 1/2 kaki, mata kecil sesuai dengan Belanak hidup, gantung sekaki dari dasar dan letak joran anda ditempat selamat. Pergerakan ombak akan membuai bot dan umpan anda di bawah. Teknik ini sering berhasil dan kami praktikkan dari masa ke semasa. Senangin, Tetanda dan Kerapu biasanya mudah ditipu dengan cara ini.

Hasil Trip bersama En.Shah yang mana Belanak Hidup menghasilkan sesuatu ketika air tidak berarus.

Teori yang kami gunakan di atas, bukanlah tepat sepanjang masa. Ia berdasarkan pengalaman sepanjang masa di laut. Kadang kala ada juga kes-kes dimana ikan besar tidak menjamah umpan kerana saiz yang digunakan tidak sesuai di lokasi tersebut. Anda boleh lihat sendiri di artikel kami sebelum ini. Senang cerita, kadangkala umpan yang kita tidak sangka, menjadi pada hari tersebut, tidak menjadi pula di trip lain. Tak perlu lah anda marah atau kecewa kerana setiap rezki sudah pun di tuliskan untuk anda. Kita hanya sekadar berusaha..

Isnin, 24 November 2014

Sekadar Informasi, Masakan mudah, ringkas, tapi sedap..

Kepada yang sudah berumah tangga, memasak bukanlah satu masalah. Namun kebanyakan lelaki sekarang sudah pandai memasak untuk diri sendiri dan keluarga. Pemancing yang profesional harus mempunyai kelebihan ini.

Ikan Goreng Berlada

Semua jenis ikan boleh digunakan. Cencaru, Mabong, Sardin, Kembung, Jenahak, Merah, Duri dan sebagainya.

Sediakan ikan di potong kecil
6 ulas bawang putih
20 biji cili padi/hijau
1 ulas bawang merah kecil
1 batang serai
1/2 Kiub Pati Ikan Bilis
Kunyit serbuk
Minyak
Garam

  1. Potong ikan dan cuci bersih dengan air. Pastikan isi perut dan insang dibuang bersih. Sekiranya saiz ikan adalah kecil, tidak perlu di potong lagi. Lumurkan semua ikan dengan kunyit dan garam. Goreng semua ikan tadi. Sambil menggoreng, bolehlah anda menyediakan bumbu atau rempah untuk tumisan.
  2. Kupas kulit Bawang Putih. Cara paling mudah, anda ketuk atau kemikkan bawang tadi dengan pisau. Manakala Bawang Merah anda potong 2 dahulu, supaya mudah dikupas.
  3. Buang lapisan serai yang pertama dan cuci hingga bersih. Kamudian ketuk serai tersebut separuh hancur. 
  4. Buang tangkai cili dan cuci bersih. Cili biasanya kerap disembur racun serangga ketika di ladang. Oleh yang demikian, pastikan ia dicuci bersih.
  5. Tumbuk Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Padi menggunakan lesung batu. Jika tiada, pengisar boleh digunakan.
  6. Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk tadi ke dalam kuali termasuk Serai dan kiub Pati Ikan Bilis. Minyak perlu seimbang dengan bahan yang ditumis. Kecilkan api dan tumis hingga biji cili mengecut. Tumisan cili yang tidak cukup masak boleh menyebabkan anda sakit perut.
  7. Setelah masak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga rata. Tidak perlu masukkan garam kerana ikan tadi telah pun masin.
Ayam Goreng Bawang Putih

Sediakan 1 kg ayam yang siap dibersihkan
6 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
Minyak
Garam

  1. Cuci ayam hingga bersih, buang sisa bulu, lemak berlebihan dan darah pada tulang rangka.
  2. Kupas kulit bawang putih. Cara paling mudah, anda ketuk atau kemikkan bawang tadi dengan pisau.
  3. Tumbuk Bawang Putih dan Halia menggunakan lesung batu. Jika tiada, pengisar boleh digunakan.
  4. Masukkan ayam, garam dan bahan ditumbuk tadi ke bekas dan lumurkan minyak masak. Gaul dengan tangan hingga bahan rata.
  5. Tutup bekas dan perap, biarkan 15 hingga 20 minit. Tujuannya ialah supaya daging ayam menyerap semua rasa bawang putih tadi.
  6. Setelah diperap, goreng ayam seperti biasa.

Ayam Ungkep Serai

Sediakan 1 kg ayam yang siap dibersihkan
6 ulas bawang putih
20 biji cili padi/hijau
2 batang serai
Minyak masak
Garam

  1. Cuci ayam hingga bersih, buang sisa bulu, lemak berlebihan dan darah pada tulang rangka.
  2. Kupas kulit bawang putih. Cara paling mudah, anda ketuk atau kemikkan bawang tadi dengan pisau. 
  3. Buang lapisan serai yang pertama dan cuci hingga bersih. Kamudian ketuk serai tersebut separuh hancur. 
  4. Buang tangkai cili dan cuci bersih. Cili biasanya kerap disembur racun serangga ketika di ladang. Oleh yang demikian, pastikan ia dicuci bersih.
  5. Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung batu. Jika tiada, pengisar boleh digunakan atau pun anda cincang dengan pisau sahaja.
  6. Masukkan ayam, serai, garam dan bahan ditumbuk tadi ke dalam kuali. 
  7. Lumurkan minyak masak dan gaul dengan tangan hingga bahan rata. Jangan terlalu banyak kerana minyak pada
  8. Tutup kuali, perap, biarkan 15 minit. Tujuannya ialah supaya daging ayam menyerap semua rasa cili dan bawang putih tadi. Anda malas menunggu?? Boleh terus hidupkan api.
  9. Pastikan serai berada paling bawah sekali supaya bau dan rasanya menyerap masuk ke dalam daging.
  10. Hidupkan api sekecil yang mungkin dan tutup kuali. Tunggu hingga bau naik anggaran dalam 10-15 minit. Ayam akan bertukar menjadi pucat kekuningan.
Sekiranya rumah anda mempunyai aliran udara yang baik atau penghawa dingin, bau masakan pasti akan dihidu oleh anak-anak dan isteri anda. Jangan terkejut jika anak atau isteri anda menjenguk ke dapur melihat apa yang sedang anda masak. Bau serai akan membangkitkan selera makan :)

Ingat, masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Insyaallah, hasil masakan akan lebih sedap. Kepada yang tidak pandai, belajarlah memasak. Selain menjimatkan kos, ia lebih berkah dan lebih baik sumbernya dari yang anda beli diluar. Sekadar informasi terbaik, untuk anda...

Promosi Trip Bulan Disember 2014

Berikut adalah senarai harga trip bersama kami.

Rm250
Bot 24 kaki/Kanopi/60Hp
4+1 tekong
Selat Sahaja/Air besar sahaja
Tidak termasuk umpan
8 pagi - 7 malam

Rm250
Bot 21 Kaki/Tiada kanopi/30Hp
3 Bawa sendiri
Minyak 1 tong
8 pagi-&malam/7 malam-8 pagi

Rm350
Bot 24 kaki/Kanopi/60Hp
3+1 tekong
Sangkar Pulau Ketam/Selat
Tidak termasuk umpan
8 pagi - 7 malam

Rm250
Bot 24 kaki/Kanopi/60Hp
2+1 tekong
Sangkar Pulau Ketam/Selat
Tidak termasuk Umpan
8 pagi-7 malam

Rm180
Bot 21 kaki/Kanopi/30Hp
1+1 tekong
Sangkar Pulau ketam/Selat
Tidak termasuk Umpan
8 pagi-7 malam

Rm350
Bot 24 kaki/Kanopi/60Hp
4+1 tekong
Trip Tirusan/Simpang 3 Pulau Carey/Selat
Termasuk Umpan
8 pagi-7 malam / 8 malam-7 pagi

Rm350
Bot 21 kaki/Kanopi/40Hp
3+1 tekong
Sangkar Pulau Ketam/Selat
Tidak termasuk Umpan
Trip siang atau malam
Hanya Cuti Am dan hujung minggu sahaja.

Tempahan melebihi 2 bot serentak juga boleh diuruskan. Khidmat Pemandu Pancing sepenuh masa.

Bagi kerja-kerja air yang lain seperti mengukur air, mengambil contoh tanah dan pokok bakau, sila hubungi kami terus bagi rundingan harga. Kami juga menyediakan sewa bot kosong atau beserta enjin bagi kerja-kerja berkaitan di luar kawasan. Sila hubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sekadar Informasi, Set Mesin dan Joran untuk dijual

 Set joran dan Mesin untuk dijual.

 Set Pertama Mesin dan Joran


Set Kedua hanya joran saja.

Kepada yang berminat dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En.Shahril di no 0123102787

Trip 23/11 En.Azmi dan Rakan

Kadangkala apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi, begitulah yang terjadi kepada mereka ini apabila trip yang dirancang awal akhirnya terpaksa dibatalkan. Namun trip diteruskan bersama kami setelah bot ditempah pada saat akhir. Jika ada kosong dan tiada halangan, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.

 
 Trip di mulakan dengan menjala umpan udang hidup di sekitar pulau berdekatan pengkalan dan pada kali kedua setelah umpan mula berkurangan. Inilah untungnya jika anda pandai menjala kerana kos umpan akan dapat dikurangkan.

 Tetanda pertama dengan umpan udang halus.

Oleh kerana air masih besar dan trip hanya berlangsung di kawasan terdekat, bot hanya berlegar di kawasan Navy dan Labuhan Gurap saja. Masih terdapat tangkapan baik walaupun arus begitu laju. Air besar pada ketika ini memang laju dan keruh di kawasan muara. Namun masih terdapat lokasi tertentu yang boleh dikunjungi.

 Tetanda kedua di satu spot dalam, kawasan kapal berlabuh.

Umpan yang digunakan kali ini hanya udang kecil sekitar 2 inci yang biasa digunakan untuk memancing ikan Gelama. Biasanya, umpan ini memang berkesan untuk ikan muara sekitar bawah sekilogram. Mata kail kecil lebih berkesan untuk umpan seperti ini kerana ikan akan menelan umpan tanpa ragu-ragu.

 Lokasi memancing kemudian sentiasa bertukar lokasi dari tepi hinggalah ke tengah beting. Gelama, Gerut, Sembilang dan Tetuka adalah penghuni tetap di kawasan beting ini. Umpan perumpun sarang yang dibawa kali ini lebih kerap mendapat sambutan berbanding udang hidup.

 Sebuah lagi bot berhampiran kami tidak henti-henti menaikkan spesis Tetuka. Keadaan ini berterusan sehingga arus pasang mula menyongsang arus ke sungai. Setelah air mula pasang, Ikan Duri mula bertambah banyak dan lokasi ini sudah tidak sesuai dikunjungi.

 Setelah beberapa kali menukar lokasi, akhirnya kami kembali semula ke Pulau Babi berhampiran kawasan pengkalan. Hasil seperti Gelama, Duri dan Sembilang ada juga dinaikkan berselang seli dengan ikan kecil.

Hasil keseluruhan trip kali ini.

Cuaca baik sepanjang trip hanya berubah apabila petang dan kami pulang sekitar jam 7 malam.

Trip 22/11 En.Ijam

 Seperti biasa sekiranya air besar, masih terdapat lokasi memancing sekitar muara dan selat. Tidak semestinya hanya kawasan sangkar Pulau Ketam saja yang mempunyai hasil baik. Kadangkala, spesis seperti Tetanda bersaiz besar lebih mudah di perolehi di kawasan seperti ini. Jika anda bernasib baik dan berada tepat di lokasi pada masa yang sesuai.

 Umpan yang digunakan kali ini hanya udang kecil dan belanak yang dijala sebelum mula memancing. Seperti biasa, udang kecil lebih diminati berbanding udang saiz besar mungkin kerana ia mudah ditelan atau sememangnya diet utama ikan di sini. Ini berjaya dibuktikan apabila umpan udang besar langsung tidak diusik berbanding udang kecil yang sentiasa kerap disentuh ikan. Jika difikirkan dari segi logik, saiz ikan seperti di atas, lebih gemar menjamah udang besar di kawasan lain.

 
 Antara hot spot terbaik yang kami kunjungi.

 Tetanda saiz besar hanya di bawah bot.

 Saiz tangkapan ini hampir sama semuanya.

 Tetanda ke lima dalam masa 20 minit.

 Hanya satu lokasi saja yang berjaya menghasilkan tangkapan baik, namun tangkapan lain seperti Tetuka dan Gelama juga kerap dinaikkan di setiap lokasi.

Hasil keseluruhan trip sepanjang hari ini.

Walaupun lokasi ini sudah jarang kami kunjungi, namun hasil terbaik masih ada. Cuma bot harus kerap menukar lokasi pada waktu yang sesuai. Sekiranya anda berminat memancing di lokasi seperti ini, pastikan peralatan dan cara sesuai digunakan sepanjang masa. Trip pulang ke pengkalan pada jam 7 malam ke pengkalan.

Trip 19/11 En.Akmal Rembau

Trip ini dikendalikan oleh Pemandu Pancing kedua iaitu Tekong Shahril. Sebuah lagi bot langsung tidak berjaya menaikkan tangkapan sepanjang trip kali ini. Hanya tarikan kasar yang berjaya memutuskan tali utama. Memancing di kawasan sangkar memang agak mencabar lebih-lebih lagi dengan tali sauh yang bersilang di keliling sampan.

Bergambar bersama hasil tangkapan sebelum pulang

 Hasil keseluruhan trip kali ini.

Trip 18/11 En.Ghazali

Trip yang diringi hujan sepanjang hari ini hanya menghasilkan seekor Senangin da Baji sahaja. Sebuah lagi bot juga mengalami nasib yang sama. Inilah di namakan memancing, rezeki di dalam air yang tak nampak dan tak mampu dijangka.


Khamis, 20 November 2014

Trip 15/11 En.Izwandi Dan Rakan

Trip yang turun dengan 2 bot ini kurang membuahkan hasil. Hanya bot kedua sahaja yang berjaya menaikkan hasil kasar.

 Bot kedua dengan 4 orang ahli dan Bot pertama 5 orang ahli.

 Kerapu kecil dan sekumpulan Gelama melalui kawasan kami.

 Tetanda dengan umpan Belanak hidup.

 Tetanda kecil dengan umpan sotong pasar.

 Tetanda hidangan 2 pinggan.

 Keseluruhan hasil di bot pertama agak kurang pada trip kali ini manakala ikan baik berjaya dinaikkan bot kedua.

Dua ekor Senangin berpihak kepada bot kedua.

 Hasil keseluruhan bot kedua

Cuaca baik sekitar lokasi memancing agak berangin dan air perlahan memudahkan kami memancing. Namun rezeki tidak memihak kepada kami. Walaupun begitu trip memancing berjalan lancar hingga ke petang.