Khamis, 30 September 2010

Trip 29/9(Akhirnya Patin Tertipu)

Org lain sibuk tidur dan berehat, dia sibuk nk pi mancing.. Inilah strategi terbaru untuk memancing patin dari Komando Sg. Akhirnya Patin seberat 3.8Kg berjaya dinaikkan setelah beberapa minit bermain tarik tali. Suka lah tu, dah dapat.. Nanti la tunggu dada aku dah ok, siap korang huhuhu...


Mungkin sebelah siang patin takut nak menjamah umpan, sebab bising dan nampak orang. Patin ni tertipu dengan umpan kelapa sawit yang di potong. Dah tau dah...

Rabu, 29 September 2010

Musim Udang Dah Datang Lagi!

Salam utk semua..

Selamat memancing kpd rakan pemancing lain, musim hujan dah pun sampai. Hati-hati kalau nak kelaut. Sentiasa peka dengan keadaan cuaca di padang pancing. Pada minggu yang sudah, kami turun untuk mencari si sepit biru yang dah lama tak nampak muka. Sejak kejadian udang mabuk berkali-kali sebelum ini, kehadiran sepit biru ini menggembirakan kami. Walaupun dapat tak sebanyak dulu, sekurangnya adalah juga pengubat hati..





Umpan kerang yang disaji tidak pernah mengecewakan. Berbanding umpan perut ayam dan ikan parang, yang lebih kepada gangguan ikan kecil. Rata-rata yang makan kerang semuanya udang. Dari sebesar lengan hingga lah sekecil ibu jari hehehe..




Umpan perut ayam cuma sesuai dengan ikan baung dan keli sahaja. Ada juga dapat udang, sebab udang ni semua di makan. Baik kelapa sawit atau roti, semua di sebat.







Tengah seronok melayan udang, sebatang pancing berumpan buah berembang utk menundukkan patin, terbang masuk ke sungai. Inilah yang sempat kami dengar dari komando sg," Hoi hoi hoi! Pancing jatuh woi!".. Haha kelakar sungguh! Aktiviti memancing udang di henti, disambung dengan aktiviti mencari pancing hehe.. Yg aneh nya, pancing tersebut dijumpai semula melawan arus dan tersangkut pada tali sauh. Malangnya, salah seorang dari kami tersilap menarik tali dan putus. Sepatutnya tali ke pancing yang di tarik, bukan tali ke ikan. Penantian 1 hari terlepas dengan satu kesilapan. Takda rezki, nak buat macam mana kan..

Dari pemerhatian kami, kebanyakan udang gemar bermain di kawasan cetek dan berarus. Ranting buruk dalam air juga menjadi tempat bermain udang ini. Pendek kata seronok juga memancing pada hari tersebut kerana hasil yang diperolehi boleh diterima hati masing masing :)

Khamis, 16 September 2010

Mancing di P.D raya kedua. Teruk betul!

Kemaruk sgt nk memancing, raya tak habis lg.. Pg juga lah.. Dari mlm sampai ke pagi, jadi bangau atas batu huhuhu.. Bebolos, Gelama dan ikan ape ntah kat bawah ni.

Besar tapak tangan, ikan ape ni? Kat Portklg masuk jala kecik je..



Suasana waktu pagi, air pasang besar tahap cipan! Memang sesuai mancing kat sini.


Ingat pandang camtu bleh dapat ke?






Mengambil peluang cuti hari raya, sempat juga kami memancing pantai. Lokasi, benteng batu berdekatan dengan hotel Regency. Dari mlm sampai lah pagi, adalah dlm 20 ekor yg ckup tuk mkn kucing kami hehe..Kawasan tu cuma sesuai utk kaki pancing yg baru nak belajar je..

Trip Sg Langat 16/9 Banting

Pada kali ini, kami telah turun semula ke sungai untuk memancing. Lokasi Sg.Langat Banting, Kg Olak Lempit, mgkin ramai yang tidak pernah mendengar nama pelik ni hehe. Matlamat utama ialah memburu baung bersaiz besar menggunakan peralatan ringan sahaja. Test power kata Jemik. Ntah lah, kami ni memang jenis yg suka pakai murah-murah. Bagi kami," kemahiran berburu lebih penting dari peralatan canggih" yang biasa di gunakan orang lain. Mungkin ada yang kata sikap kami meninggi diri, silap tu..


Cuba anda lihat tempat ni... Seram je hehe... Udang banyak tu, dalam air heeee...




Inilah beberapa aksi yang sempat di rakam..


video


video

Baung besar pertama



video




video video




Baung besar kedua


video



video
Keli terbesar

Kali ini tiada udang galah di naikkan sebab kami menggunakan mata kail besar. Tapi kata Jemik, udang banyak kat tempat tu sebab seringkali umpan habis licin. Pancing terhenjut-henjut tapi tak menyangkut. Petanda kehadiran udang galah dalam kawasan tersebut. Kami turun jam 10am dan pulang jam 4pm..


Kali ni semua yg besar,... Aku tak dapat haha!


Hasil trip kali ini.

Macam mana, ok tak? Kalau sesiapa berminat, boleh hubungi kami.. Tapi ingat, cuma air mati dan siang sahaja. Umpan dan Sampan di sediakan. cuma bawak diri ngan sewa sampan je. Tak sampai pun Rm80 untuk 4 org..

Rabu, 8 September 2010

Pembinaan Sampan Baru












Sukar memancing ketika ramai org berada sama di keliling anda. Dengan kata lain, sumber ikan yang lalu-lalang terpaksa dikongsi bersama. Bukan tamak, tetapi kecekapan dan kepandaian mencari padang pancing terbaik untuk kepuasan maksima. Bayangkanlah kalau melangut di tebing dari pagi sampai petang, hanya 2 ekor ikan sahaja yang dapat dinaikkan. Itupun sebesar jari kelingking..hehe.. Jadi bangau! Apa yg kami belajar dari pengalaman ialah, mencari ikan lebih baik dari menunggu ikan datang.

Menggunakan sampan atau bot ialah satu cara mencari ikan yang kami katakan tadi. Kos yang besar juga seringkali melenyapkan impian kita. Oleh kerana ini, saya(Si pari-pari) dan Jemik(komando sg) telah bersetuju untuk membina sebuah sampan ringan untuk digunakan di sg atau lombong.







Pembinaan lunas, susah sikit sebab tak pernah buat.





Dengan menggunakan bahan murah yang diperkuat dengan gam dan gentian kaca, hasil yang kami perolehi memang berbaloi. Murah, kuat dan ringan dapat disesuaikan dengan keadaan dan apa yang kami ada. Hasil usaha selama sebulan, akhirnya dapat disempurnakan.





Ini lah bentuk nya apabila hampir siap.

Semangat baru 2010

Percubaan pertama dengan hasil yang baik!

Tujuan utama trip ini adalah untuk menguji hasil ciptaan kami dan nampaknya berjaya. Masih banyak kelemahan tetapi banyak ilmu yang dapat ditimba hasil dari pengalaman yang lepas.






Hanya boleh memuatkan 2 penumpang, kolek dan terlalu ringan. Ukuran lebar kurang sesuai dengan panjang(12kaki x 2.5kaki x 1.2kaki). Namun dayungan melawan arus sangat baik kerana bentuk lunas terhasil.



Takde troli kereta pun boleh la..


Semua masuk dan angkat sekali. Pengsan yop!



Komando sg dengan spek hitam.