Rabu, 28 Mei 2014

Sungai Lebuh Gurap, dicemari tumpahan minyak!

Pada trip 29/5 hari Rabu, kami dikejutkan dengan tumpahan minyak di sepanjang sungai Lebuh Gurap. Tumpahan minyak tersebut memenuhi permukaan sungai bermula dari simpang pertama sehingga ke hulu sungai. Setelah diperiksa, kami mendapati tumpahan tersebut adalah minyak masak bertapis berdasarkan warna dan bau yang melekat pada jala dan pakaian. 

 Minyak yang memenuhi sungai tersebut kelihatan bertompok-tompok dalam ukuran besar mencemari tebing dan permukaan ketika air mula surut. 


Sungguh pun terdapat minyak di permukaan air, udang masih kelihatan banyak. Ini terbukti apabila terdapat banyak udang melompat ketika bot lalu di kawasan tersebut. Kemungkinan besar, tumpahan ini berlaku pada malam atau pagi kerana ia tidak kelihatan pada pagi hari sebelumnya.