Rabu, 26 Jun 2019

Trip 25/6 Harul gmk dan rakan

Cuaca kali ini agak mencabar dengan mendung dan angin kencang pada sebelah pagi hingga jam 2 petang. Tiada apa yang kami boleh buat selain berlindung di sebalik sangkar dan sungai berdekatan. Namun segalanya berubah pada sebelah petang apabila angin mula bergerak perlahan mengikut arus ketika air surut. Lokasi sasaran adalah hot spot wajib singgah!

Udang hidup 160 ekor bersaiz besar memang agak menyeramkan. Rasanya lebih sesuai untuk sambal udang atau goreng tepung. Saiznya yang besar menyebabkan ia sukar ditelan ikan kecil dan biasanya kaki saja yang hilang.

Namun berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil dan ini antara yang berjaya dinaikkan. Sungguh pun angin telah reda sedikit, namun perubahan arah angin mnyebabkan bot sentiasa bergerak dan menyebabkan perambut tersangkut di karang. Malah dari sebelum kami sampai pun, ada 2 bot berhampiran melarikan diri ke lokasi lain akibat angin ini.

Lokasi ini digelar "spot berani mati" oleh saya dan Sharil kerana risiko sangkut adalah 80% dan dijamin sangkut. Silap-silap dengan sauh pun terkubur sama. Bukan itu saja, hanya yang sabar dan kental sahaja boleh dibawa ke sini.

Hasil keseluruhan pada jam 6.30 petang sebelum balik ke pengkalan. Terima kasih kepada mereka ni yang sanggup menunggu dengan sabar.

Trip cari lauk bersama Ibu dan Ebg emi

Oleh kerana tiada trip pada hari tersebut, kami turun untuk mencari lauk sedap selepas raya. Tak banyak yang kami perolehi, hanya Tetanda, Seekor kerapu dan pari lalat berjaya dinaikkan.
Awal dengan ikan tetanda..

Langit yang mula mendung dengan membawa angin kencang..

Tetanda kecil yang kami naikkan..

Masih terdapat saki baki merah pecah pada bulan puasa lepas.

Walaupun bersaiz kecil, tarikannya menghilangkan serabut di hati. Sebenarnya tujuan harini adalah mencuba bot baru dan menilai penggunaan minyak. Sebagai persediaan trip yang bakal berlangsung.

Sekadar informasi, menukar cincin joran ketika trip.

Cincin joran yang rosak biasanya sering berlaku ketika trip. Baru sedia nak memancing, anda perasan salah satu cincin pada joran anda pecah atau tercabut. Jangan risau, tak perlu ke kedai, atas bot pun boleh buat.

Yang pertama anda perlu ada cincin gantian. Beli saja di kedai pancing dan tak kisah lah sama ada yang mahal atau yang murah. Seeloknya satu set dari atas ke bawah. Kalau nak jimat, sekiranya anda terjumpa joran patah atau rosak, cabut dan simpan cincin yang masih elok dan ia boleh digunakan nanti.

Cincin yang rosak dicabut dan tapak dibersihkan benggunakan pisau. Bila dah bersih, letakkan cincin baru dan susun semula supaya teratur dengan cincin yang ada. Gunakan tali pancing jenis sulam yang halus dan lilit semula seperti di atas. Tujuan benang ini adalah pengikat supaya ia lebih kuat setelah diletak gam nanti.

Sentiasa bawa gam ini didalam toolbox anda sebagai gam serbaguna. Boleh beli di hardware. Gam ini mempunyai 2 bahagian yang perlu dicampur dengan nisbah 1:1 dan ia kering dalam masa kurang setengah jam. Bila kering saja keras macam batu.

Guna pisau atau kayu untuk mengadun gam tadi. Jika guna pisau pastikan anda lap dan hilangkan gam tersebut selepas kerja selesai.

Kemudian sapukan gam tadi pada ikatan ring yang baru. Basahkan jari anda dengan air dan picit gam tersebut guna jari supaya kelihatan rata dan halus. Air tersebut mengelakkan gam melekat pada jari dan memudahkan kerja. Bila dah siap, biarkan kering dan keras. Ringkas, mudah dan cepat. Sekadar informasi untuk anda!

Trip 22/6 En Hasrul dan Rakan

Setelah sebulan lebih bercuti, trip bermula kembali. Kali ini En Hasrul dan rakan-rakannya cuba menuai hasil di sekitar sangkar pulau ketam. Ikan selepas raya mungkin lapar agaknya. Berikut hasil yang berjaya dinaikkan..

Jenahak kecil dengan umpan udang hidup.

Merah di lokasi sama juga dengan umpan hidup.

Kurau kecil berumpankan ikan gelama hiris.

Pari bersaiz sederhana juga dengan umpan udang hidup.


Tiada Tebal pipi dan Kerapu berjaya dinaikkan pada hari ini.

Bebolos bersaiz besar juga berjaya dinaikkan sementara menunggu air balas.