Khamis, 29 Mac 2018

Keadaan sesuai memancing pada bulan April 2018

Berikut adalah tarikh dan waktu sesuai bagi trip jigging bersama kami:-

6,7,8,9,10,11,12,13
22,23,24,25,26

Hanya tarikh yang telah dinyatakan diatas sahaja boleh dipilih. Sila pastikan anda menempah awal untuk mengelakkan kesulitan. Kepada yang masih baru dan ingin mencuba, sila pastikan maklumat yang diperolehi lengkap dari Pemandu Pancing anda. Semua maklumat diatas sekadar pengetahuan kami sebagai pemandu pancing di kawasan ini dan tidak menjamin kejayaan trip anda.

Mikro/Light Jig Port Klang, Antara Gelama dan Jenahak

Trip pada hari kedua terdapat banyak ikan Gelama kecil yang membaham jig kecil kami. Walaupun kecil, ia sungguh menyeronokkan. Maklumlah, kebanyakan jig kecil yang kami beli sudah bertahun dalam simpanan tetapi tidak pernah digunakan. Lantaran kemahiran dan pengetahuan yang begitu kurang sebelum ini. Namun kini, ia sudah boleh diguna dan dipraktikkan di tempat sendiri.

 Misi cari lauk hari ini bersama Pilot pancingport.blogspot dan seorang rakan baru Eboi. Dia ni kerap turun bersama kami jika kelapangan. Sasaran kali ini seorang seekor tangkapan!

 Hasil pertama saya seekor Jenahak saiz 2 org makan..

 Triple strike antara Abul, Man dan Sharil di satu spot lubang yang penuh dengan sangkut di dasar.

 Man dengan Jenahak paling besar pernah didaratkan sebelum ini. 

 Jika anda lihat jig 35 gram ini masuk ke mulut ikan menandakan ia memang sedang mencari makanan.

Hasil harini dikongsi samarata untuk lauk di rumah. Walaupun turun agak lambat sekitar jam 10 pagi dan pulang sekitar 4 petang, kerja keras sudah berhasil. Semoga hasil seperti ini akan berulang pada trip yang akan datang. Anda bila lagi??

Rabu, 28 Mac 2018

Mikro/Light Jig Port Klang, Mama Tenggiri!

Trip hari ketiga di paloh 1 masih lagi berhasil dengan Jenahak dan Tenggiri Batang pada hari ini. Spesis yang jarang kami perolehi di kawasan ini membuktikan bahawa ada ikan baik selain Jenahak. Masa memancing yang berakhir pada jam 4 petang memang sudah dijangka. Angin yang mula menganas setelah jam 2 petang, menggagalkan usaha kami untuk terus berada di lokasi memancing.

 Hasil pertama dengan mesin Sharil yang saya beli. Maklumlah, nak beli yang mahal tak mampu, beli yang murah saja.

 Ketam ini berada di dalam mulut ikan..

 Kerapu juga terdapat di sini dengan syarat anda kena berani..

 Salah satu hasil yang dicukai di pertengahan air, sebelum sempat sampai di permukaan.

 Joran kecil dengan mesin kecil agak keterlaluan jika difikirkan semula, namun kemahiran kadangkala mengatasi semuanya.

 Biasanya, untuk orang baru, tangkapan pertama adalah pengajaran penting bagi tangkapan seterusnya.

Hasil keseluruhan tidak sehebat di Zee Zone, namun yang pasti kepuasan memancing memang terbaik!

Mikro/Light Jig Port Klang, Memburu Jenahak Paloh!

Hari pertama trip memperlihatkan kejayaan seorang ahli trip yang berjaya menaikan spesis Kerapu 4kg di satu laluan sangkut. Dua ketul jig milik Abul terpaksa di simpan didasar sebagai cukai hari ini. Namun hasil agak lumayan dengan cuaca baik sepanjang trip berlangsung.

Kami pun hairan dengan ikan yang makan jig di sini, kadangkala pelik pun ada.

 Hasil penat lelah seharian berusaha, hasil ini berjaya dikumpul.

Trip Faiz dan Rakan

Kawasan sangkar ikan Pulau Ketam memang byk spesis berharga tetapi tidak mudah membawanya naik ke bot. Jika ingin memancing di sini, anda perlukan umpan dan penelitian yang baik sepanjang trip berlangsung. Jika kumpau masih melanda, itu bermakna bukan rezeki untuk anda.

 Seekor Belukang yang disangka Kerapu besar..

 Umpan Ikan Sardin lebih berhasil kali ini..

 Hasil lebih banyak memihak pada org yang sama..

Kebanyakan ikan Kerapu yang kami perolehi gemarkan ikan sardin berbanding ikan Beliak mata yang kami cari. Manakala spot mencari umpan, dipenuhi spesis Cencaru kecil sepanjang pencarian berlangsung. Hasil tidak banyak tetapi cukup lah sekadar penghibur hati.

OverHoul Mercury 60hp, Piston Ring patah!

Kerosakan enjin bot adalah satu perkara yang amat berat kepada pemiliknya, lebih-lebih lagi kuasa kuda yang digunakan adalah besar. Secara logiknya, lagi besar enjin, lebih besar belanjanya. Hal ini telah berlaku kepada enjin kami dan proses baikpulih masih lagi berjalan.

 Proses pertama adalah membawa balik ke rumah, dan untuk lebih mudah, kesemua bahagian harus dipisahkan terlebih dahulu. Setelah dipisahkan kepada 3 bahagian, barulah ia mudah dibawa balik. Semua kerja dilakukan oleh saya dan Sharil di atas pelantar terapung di pengkalan.

 Bahagian tengah kami tinggalkan di bot, adalah lebih baik kesemua bahagian dibawa balik ke rumah kerana takut berjalan pula nanti. Oleh kerana masa yang terluang hanya waktu malam, semua kerja dibantu dengan sinaran lampu. 

 Sampai di rumah, bahagian flywheel perlu ditanggal terlebih dahulu dengan pembuka magnet khas. Anda boleh dapatkan maklumat di internet tentang peralatan tersebut. Kali ini pembuka magnet di pinjam dari seorang rakan yang dahulunya mempunyai alat ini. Untuk membuka ConRod, 2 lagi spanar khas perlu digunakan dan saiznya agak pelik. Sharil telah cuba membeli alat ini di kedai tetapi ia hanya dijual bersama 1 set spanar yang mahal harganya. Oleh yang demikian terpaksalah kami meminjam sekali lagi.

 Setelah dibuka, ternyata jangkaan kami jauh meleset. Bukan bearing yang rosak atau tanggal tetapi bahagian piston yang menjadi masalah. Bunyi yang terhasil di dalam enjin ini mungkin terhasil dari piston ring yang patah. Sharil mula mengesyaki hal ini apabila lubang plug yang disuluh mempunyai kesan pecah pada bahagian piston. Setelah dibuka, ia ternyata benar.

 Kerosakan pada piston dan ring ternyata tidak boleh digunakan lagi. Bahagian piston telah pecah dan masuk ke depan block. Piston ring juga patah juga masuk kebahagian depan. Untungnya tiada langsung kerosakan pada alur block seperti lubang atau garisan kasar pada laluan piston.

 Kerosakan lain termasuklah pada lubang piston ke 3 yang mana terdapat hakisan pada hujung block. Menurut kata Sharil ia dinamakan makan air. Besi pada bahagian tersebut seolah terhakis berkarat. Kami sendiri tidak pasti apakah punca sebenar ia berlaku.

 Setelah membuat pengiraan, ini adalah bahagian yang perlu diganti dan patut dibeli. Untuk pengetahuan, kebanyakan bahan ganti ini dari jenis yang murah, bukan yang asli. Bukan masalah wang ringgit yang dipersoalkan tetapi bahan gantian yang asli tidak ada dijual di satu tempat. Ada antara bahan gantian ini perlu dibeli di kedai berasingan dengan harga yang berlainan.



Semua barang gantian, menelan belanja rm1200 tidak termasuk kos sampingan. Kerja memasang di lakukan di rumah Sharil, itu pun jika semua kerja membaiki blok selesai dibuat. Perkembangan semasa enjin ini akan saya paparkan pada artikel akan datang datang.

Trip Ufo, mesin mahal beraksi..

Sasaran trip kali ini adalah Ikan Pari (ufo) sebagai hasil utama. Berdasarkan pada air dan umpan, kami hanya berusaha sebaik mungkin dan meletakkan hasil usaha sebagai rezeki yang ghaib. Abg Amer dan 2 org rakannya penumpang saya kali ini. Trip dimulakan dengan aktiviti menukar enjin dari bot B(Viva) ke bot A(mecedis). Gelaran Sharil kepada 2 bot ini. Hanya kami saja yang memahami maksud gelaran ini.

 Kerja dimulakan dengan membuka skru pengikat di kedua-dua bot. Tenaga 4 orang diperlukan bagi kerja mengangkat ke atas pelantar. Dua org di atas, seorang di tengkuk enjin dan satu lagi di kotak gear. Sedikit mudah berbanding dengan kerja bertiga. Memang berat! Kerja menukar terpaksa dilakukan kerana bot viva kurang selesa dan penuh dengan teritip. Manakala enjin mecedis masih dibaiki di darat.

 Pada trip air mati yang lepas, tiada satu pun ufo berjaya dinaikkan. Kebanyakannya putus di tengah jalan. Ikan di sini kadangkala bijak memilih perambut halus berbanding perambut kasar. Ini menjadi masalah kepada joran kecil yang kami gunakan. Namun kali ini set mahal milik Abg Amer berjaya membawa naik spesis ganas ini.

 Hasil kali ini hanya seekor sahaja yang berjaya dibawa naik sehingga ke petang. Sungguh pun cuma seekor, matlamat yang dicari telah tercapai. Kami pulang seawal jam 5 ptg ke pengkalan.

Rabu, 21 Mac 2018

Light and Micro jig Port Klang

Setiap pemancing mempunyai minat tersendiri kepada teknik memancing di kawasan mereka. Untuk teknik jigging di sekitar perairan Port Klang, kebiasaan nya slow jig sekitar 200-300 gram adalah yang biasa dipraktikkan di sini. Namun bagi kami, teknik ini seakan kurang sesuai dengan jiwa kami. Mengapa? Mungkin kerana tangan dan poket kami yang kecil tidak sesuai dengan jig berat. Yang ringan saja sudah mencukupi.


 Tebal Pipi yang biasa menyambar jig kami biasanya hanya di waktu air perlahan dan jernih sahaja. Namun biasanya kawasan tersebut pasti ada sangkut di dasarnya. Jika tidak berhati-hati ketika berhanyut di spot, ada kemungkinan besar jig anda akan di cukai!


 Kerajinan dan penggunaan peralatan yang tepat adalah kunci kejayaan trip ini. Adakalanya spot terpaksa di ulang lebih 2 pusingan bagi mendapatkan kedudukan tepat ikan berkumpul dan setiap spot akan diulang berulangkali sekiranya terdapat ragutan kasar dan penanda lain. Jika anda malas dan tidak mahu bertindak cepat, kemungkinan pulang dengan tangan kosong adalah tinggi. Tapi jangan pula anda hairan dengan rakan sebelah yang balik dengan hasil baik, dek kerana kerajinan mereka ketika trip berlangsung. Hasil mungkin tidak sebanyak mana tetapi kepuasan paling penting yang dicari.

 Hasil ini saya naikkan dengan jig 60gram pelangi dan adakalanya jig yang digunakan hanya seberat 35-45 gram saja. Ada cara dan tekniknya yang perlu dipelajari dan diikuti mengikut masa yang sesuai. 

 Hasil cuma 3 ekor, tetapi jika dilihat pada saiz, ia berbaloi. 


Hasil ini pula trip percubaan seorang rakan dari pengkalan lain yang baru belajar menggunakan peralatan jigging. Dapat juga kami salurkan ilmu yang sedikit ini kepada rakan lain yang berminat. Kepada yang berminat menempah trip Light dan mikro jig ini dengan kami, pastikan peralatan sesuai dibawa dan anda perlu ingat, setiap lokasi berbeza cara dan tekniknya. Selamat mencuba!