Isnin, 6 Jun 2016

Mikro Jig, Umpan besi menipu si ikan

Trip terakhir sebelum bulan puasa ini berlangsung sekitar kawasan paloh satu saja berjaya menghasilkan 4 ekor Jenahak kecil. Laluan kapal yang sibuk ini telah mula diganggu dengan kapal pengorek pasir di sekitarnya. Aktiviti menyedut pasir ini akan memberi kesan kepada habitat asal ikan di kawasan ini. Hal ini pernah berlaku dulu di bahagian dalam selat, sehingga tiada lagi spesis berharga di kawasan tersebut.

Ikan Cicak yang membaham jig biru..

Salah satu Jenahak kecil yang berjaya dinaikkan Bro Siung hanya tersangkut pada salah satu mata jig.

Tapi kali ini mata kail masuk tepat pada mulutnya.

Hasil En.Jin, kecil tapi kuat tarikan nya.

Ikan terbesar hari ini milik En.Cupak yang disangka tersangkut karang.

 Hasil keseluruhan hanya 4 ekor pada harini ini. Trip yang berlangsung selepas trip ini langsung tidak berjaya menaikkan sebarang tangkapan baik selama 2 hari berikutnya. Sayangnya lokasi yang begitu baik ini akhirnya musnah dek kerana aktiviti menyedut pasir. Semoga lokasi ini tidak terganggu lagi pada masa depan.

Sekadar informasi, cat atau tidak?

 Teritip adalah masalah biasa pada bot samada kayu atau pun fiber di mana-mana saja kawasan air masin. Lebih lama bot berada di dalam air, lebih cepat teritip akan tumbuh dan membiak. Ia juga adalah punca bot lambat bergerak, tidak boleh laju dan kuat penggunaan minyaknya.

Cara terbaik mengatasi masalah ini, dengan menyapu cat anti teritip atau dipanggil AntiFouling. Penggunaan cat ini boleh mengurangkan pertumbuhan teritip dalam satu jangkamasa yang agak lama. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kerja selenggara bot dan menjimatkan masa anda. 

Kerja membuang teritip perlu dibuat diatas pelantar yang dibina khas. Kedudukan bot yang lebih tinggi memudahkan kerja menggosok dan mengecat. Sekiranya sampan kecil sekitar 16-21 kaki, lebih mudah jika di terbalikkan memandangkan ia kecil dan ringan. Masalah cuma timbul pada bot melebihi 21 kaki dan mempunyai banyak aksesori untuk ditanggalkan. Ini memakan masa dan kerja akan menjadi lebih rumit dan cara terbaik adalah membina pelantar seperti ini.

Kerja membersih harus bermula ketika air mula surut supaya memudahkan kerja mencuci. Sisa yang dimaksudkan adalah teritip, lumut dan lumpur. Semua kotoran ini perlu di bersihkan supaya cat yang disapu akan melekap kuat pada permukaan bot. Penggunaan peralatan lain seperti WaterJet dan High Presure WaterPump biasanya lebih mudah dan efektif. Namun peralatan ini biasanya di dapati di Marina mewah yang mempunyai dok khas di darat.

 Selesai mencuci, permukaan dibiarkan kering seketika dan cat boleh la disapu selepas itu. Cat jenis ini mempunyai campuran kimia dan biasanya digunakan pada kapal-kapal besar. Cat ini di beli daripada rakan di pengkalan yang biasa menjualnya. Terdapat juga di dalam tin yang dijual di kedai menjual cat terpilih yang menjualnya. Apa yang saya tahu, cat ini tidak perlu dicampur dengan pencair tetapi terus saja disapu pada permukaan bot.

Sebarang lumut dan kotoran pada permukaan, akan menyebabkan cat tanggal dan tidak melekat ketika disapu. Hal ini berlaku pada bahagian bawah bot yang tidak sempurna bersih dan hasilnya, saya terpaksa mengulang semula kerja mencuci. Setelah bersih, barulah cat tadi melekap sepenuhnya.Anda tahu bahagian mana yang paling sukar? Bahagian lunas adalah yang paling sukar. Baik ketika proses membersih atau ketika mengecat. Memandangkan pelantar yang dibuat tidak tinggi, kerja membersih dan mengecat terpaksa dilakukan dengan menunduk di atas lumpur! Ada masanya terpaksa menungging dan sebagainya.

Kerja selama sehari akhirnya selesai ketika air mula pasang semula. Walaupun keletihan bukan kepalang, hasil kerja ini pasti membuahkan hasil. Mengapa perlu cat? Cat ini akan membantu menambah kelajuan bot di samping mengurangkan penggunaan minyak selama beberapa bulan. Ini akan mengurangkan beban pada enjin dan poket anda. Sekadar informasi untuk anda..

Trip Wak misai

Kebanyakan laluan selat yang berlumpur akan lebih keruh ketika air besar. Laluan air keruh ini biasanya membawa lumpur dan keladak bersama arus deras yang bergerak masuk atau keluar. Ini lah yang biasanya digelar air besar dan spesis yang biasa muncul adalah spesis bermisai seperti duri dan Semilang. Penghuni air keruh yang popular ini sinonim dengan masakan Asam Pedas dan Kari..

Trip kali ini meninjau lokasi dimana terdapatnya Ikan semilang bersaiz besar. Lokasi dimaksudkan ialah Navy Hidrografi Pelabuhan Klang. Setakat ini umpan terbaik untuk menjerat ikan ini ialah Udang Hidup dan Udang Pasar. Perumpun?? Agak kurang sesuai memandangkan ikan kecil yang kerap kali menemuinya dahulu sebelum ikan sasaran...

 Kebanyakan sasaran yang mengena adalah berdekatan dengan tiang jambatan sahaja. Manakala umpan udang adalah saiz besar. Selain udang hidup, udang pasar yang dibuang kulit juga ternyata berkesan di sini. 

 Saiz biasa adalah sekitar 800 hingga 1.4kg seekor..

Waktu sesuai untuk memburu di sini adalah ketika air surut deras menghala keluar ke Pulau Angsa. Anda kan paham sekiranya biasa turun di kawasan ini. Lokasi ini juga kurang berhasil ketika air pasang dan biasanya hanya terdapat spesis bersisik mengikut arus masuk.