Ahad, 11 Mei 2014

Sekadar informasi, sauh dan kegunaan

Hampir semua bot dan kapal mempunyai alat ini. Berfungsi bagi menambat bot dan kapal ketika berhenti di permukaan air. Tahukah anda bentuk sauh mempengaruhi fungsinya? Terdapat beberapa jenis sauh yang biasa digunakan oleh nelayan dan pemilik bot seluruh dunia. Antaranya dibawah ini..


Sauh ini mempunyai satu mata saja dan diperbuat dari besi tahan karat. Sauh jenis ini perlu di turunkan ke dasar dengan betul supaya matanya dapat terbenam ke dasar. Tali anak perlu sesuai panjangnya supaya kedudukan mata sauh menghala ke bawah. Tidak boleh dilipat bagi memudahkan penyimpanan.


Sauh 2 mata ini mudah digunakan kerana bagaimana pun ia terjatuh, matanya tetap akan menghala ke bawah. Sukar di simpan kerana tidak boleh dilipat.




Sauh 4 mata ini biasanya ada dijual di kedai peralatan memancing yang menjual jaring. Boleh dilipat dan mempunyai gelang kunci sepaya tidak terbuka bagi memudahkan penyimpanan. Besi yang di gunakan tahan karat. Walau bagaimana pun, sauh ini kurang berkesan.


Sauh 2 mata. Mata boleh di laras untuk memudahkan penyimpanan. Mudah dugunakan kerana mata sauh akan tetap menhala ke bawah. Biasanya digunakan kapal besar. Tidak mempunyai tali anak. Berat dan sukat diangkat kembali.



Sauh 2 mata. Boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan. Mata sauh boleh di laras dan bergerak secara automatik. Biasanya mata sauh perlu ditajamkan terlebih dahulu selepas dibeli. Selepas di tajamkan, barulah ia dapat berfungsi dengan baik.


Sauh jenis ini mempunyai 2 mata dan tangkai di belakang. Tangkai tersebut mempunyai kunci selak untuk memudahkan penyimpanan. Biasanya ia tidak terlalu berat dan sesuai di kawasan berpasir.

Kesemua sauh ini mempunyai berat sekitar 5kg hingga 12 kg yang biasanya digunakan bagi bot-bot kecil. Lagi besar bot lagi besarlah sauhnya. Namun berat muatan yang dibawa juga boleh mempengaruhi keberkesanan sauh tersebut. Pastikan tali anak lebih kecil dari tali utama dan boleh putus sekiranya tersangkut di reba. Pastikan sauh anda disimpan ditempat selamat bagi mengelakkan kecurian berlaku. Maklumlah, jika besi Stainless Steel yang digunakan, pastinya ia sangat mahal.