Jumaat, 28 Ogos 2020

Trip Bottom bertukar Casting!

Ikan dasar yang kadangkala tidak mahu menjamah umpan, menjadikan trip memancing agak hambar dan kebarangkalian balik dengan tangan kosong adalah cukup tinggi. Kadangkala umpan ikan segar mahupun udang hidup yang disuakan, masih hidup ketika di karau keatas. Ini petanda bahawa ikan tiada ataupun keadaan air yang kurang baik ketika trip berlangsung.

Oleh kerana itu, kami terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan hasil baik. Sekurang-kurangnya, ada hasil yang boleh dibawa balik ke rumah. Salah satu caranya mencari ikan permukaan. Seperti biasa pencarian Tamok pun bermula!

Kami bernasib baik kerana ketika ini angin perlahan dan cuaca agak panas, memudahkan kami memburu spesis ini. Faktor cuaca adalah sangat penting kerana kami terpaksa menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat samada ia berada dilokasi atau pun tidak. Sekiranya dikesan pun, kami masih perlu melihat samada saiznya sesuai atau tidak untuk dipancing.

Keseluruhan hasil selepas jam 6 petang yang berjaya dikumpul sepanjang hari memancing.

Trip berhanyut bertukar sauh!

Trip kali ini, saya bersama 3 lagi ahli trip menghala ke arah Kelanang untuk mencari Jenahak, hasil nya hampa apabila kami terpaksa berpatah balik ke muara akibat angin kencang dan ombak kuat. Apa boleh buat, kuasa alam yang tidak dapat dibendung. Dengan umpan udang lipan dan belanak hidup, kami berpatah balik ke Pantai Acheh untuk bersauh.





Kami bernasib baik kerana walaupun angin agak kuat, ikan masih ingin menjamah umpan kami. Hasilnya, beberapa ekor Jenahak dan Sekor Kerapu besar berjaya diperolehi. Rezki di dalam air, tiada siapa yang mampu menjangka!

Khamis, 27 Ogos 2020

Tamok, spesis buruan kali ini!

Spesis Belanak bakau atau gelaran popularnya Tamok, kini menjadi buruan pada setiap trip kami. Ikan permukaan ini amat sukar diburu. Lantaran itu ia hanya biasa ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut. Spesis belanak ini tidak sama dengan saudara sejenisnya seperti Kedera dan jempol yang hanya bersaiz kecil. Tamok boleh membesar sehingga 1 kilogram dan biasanya terdapat dikawasan tertentu sahaja. Mempunyai mulut berbentu V dan kuat berlari jika terkena pancing.



Setelah sekian lama mengkaji, akhirnya kemahiran memancing Tamok ini berjaya kami perolehi. Berdasarkan pengalaman kami, ikan ini boleh dipancing hanya menggunakan pelampung dan hirisan ikan sardin saja. Namun kemahirannya tetap ada dan perlu dipelajari terlebih dahulu. Jika tidak, perburuan nya pasti akan gagal.


 
 Ikan ini sesuai dimasak berkuah dan mempunyai isi berwarna putih. Selain itu ia enak dipanggang dan tidak mempunyai duri yang banyak. Sekadar informasi, untu anda!