Isnin, 21 Mac 2016

Trip Ikan Gelama

Kekurangan umpan segar ketika trip, memang sering berlaku. Umpan yang dibawa pula kadangkala tidak berhasil. Sebagai jalan terakhir, gunakan hasil sebagai umpan.



Hasil menggunakan ikan gelama sebagai umpan alternatif mendatangkan hasil. Namun, nak cari Gelama pun sekarang agak sukar. Jadi pandai pandai lah ye..

Teluk Kemang, pengalaman jigging terbaik!

Kali ini saya berkesempatan merasai pengalaman jigging bersama rakan lain di Teluk Kemang bagi mempelajari kemahiran baru dan merasai pengalaman di kawasan lain. Jika selalunya sebagai Pilot, kali ini saya menjadi anak kapal sepenuhnya. 

Hari ini saya bersama pelanggan tetap pancingport.blogspot En. Syed, Faiz dan krew blog Hazrol, menaiki bot milik Pilot terkenal di sini. Panggilan popular Apek Kecil lebih dikenali pemancing seluruh Malaysia. Oleh kerana Eboi telah menempah keseluruhan trip yang kosong, dapat lah saya menyelitkan diri bersama mereka ini.

 Mata kail yang biasa digunakan bersama mikro jig..

 Salah satu cara memasang mata kali bersama jig yang sesuai.

Sampai saja di pengkalan, bot belum berada di air. Di sini, bot akan ditunda dengan troley ke dalam air dengan jentera dan akan dinaikkan semula selepas digunakan. Cara ini mengurangkan kos baikpulih dan selenggara bot dalam jangkamasa panjang. Bot akan bersih dari teritip kerana berada di darat. Masalah kecurian juga boleh dikurangkan dengan cara ini.

 
 Set Mikro yang saya gunakan lebih kecil berbanding dengan yang lain.

Setelah turun ke air, bot menuju terus ke lokasi memancing yang berada di kawasan laluan kapal. Teknik slow jig di dasar tidak banyak membuahkan hasil. Setelah beberapa kali menukar lokasi, akhirnya ada tangkapan dibawa naik.

 Tangkapan pertama dengan teknik jig dasar. Saiz jig yang digunakan sekitar 40-50 gram

Teknik Jig Cast dengan set mikro dan jig 40 grm lebih sesuai di sini. Talang Raya dan Tenggiri banyak menyambar dipermukaan air. Anda cuma perlu tahu bagaimana menggayakan jig supaya pergerakkannya menarik perhatian ikan. Apa yang dapat saya belajar, setiap jenis jig mempunyai pergerakan berbeza. Setiap jig perlu di cuba terlebih dahulu untuk melihat bagaimana pergerakkannya di dalam air.

 Ikan talang yang banyak menyambar dipermukaan air akhirnya tewas dengan jig Hazrol

 Bersama salah satu Talang Raya yang berjaya saya naikkan dengan set kecil di atas tadi.

Setelah diperhatikan, jig bewarna silver dan pink lebih menyerlah berbanding dengan warna yang lain. Kemungkinan besar ia menyerupai ikan bilis dan ikan terbang yang berada di kawasan pemakanannya. Saiz jig terbesar adalah 150gram dan terkecil sekitar 40 ke 28 gram. Pemasangan mata kail harus bersesuaian dengan bentuk dan berat jig supaya ia tidak berpintal dan ikan tidak terlepas.
 
 Seronok rupanya jigging ni..Set kecil tetapi memang kuat..

 Ikan Kunyit yang diperolehi En.Faiz bersama En Syed

Setelah penat, kami bercadang mencari ikan Selar dengan teknik Apollo. Teknik yang digunakan di sini tidak sama dengan yang biasa saya gunakan di PortKlang. Ikan Selar di sini hanya berada di kawasan karang dan lubang di dasar. Apollo perlu diturunkan secara berperingkat dan akan melintasi lubang di dasar. Sekiranya ada, ia perlu ditarik secepat mungkin bagi mengelakkan kusut antara joran yang lain. Selain Selar, terdapat juga kembung dan Sardin di lokasi ini.
 
 Apollo Selar ketika waktu petang, dengan cara dan teknik yg berbeza.

 Tangkapan terakhir sebelum trip berakhir.

 Hasil tangkapan kami sepanjang hari trip..

Trip berakhir sekitar jam 5 petang dan disusuli dengan pembahagian hasil sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Ahad, 20 Mac 2016

Trip Faizal dan Rakan

Hampir sepanjang minggu sebelum trip ini berlangsung, tiada langsung tangkapan berjaya dibawa naik. Sebanyak 4 trip sebelumnya pulang dengan tangan kosong tanpa ada tangkapan baik. Namun kali ini ikan sudah mula ada di lokasi memancing.

 Ikan Kerapu dengan umpan Sardin

 Gatal-gatal tangan memasang jig

 Senangin Taiwan

Semua hasil kali ini tewas dengan menggunakan set kecil saja. Penggunaan Baitcaster kali ini berjaya menewaskan Pari di bawah.

 Satu-satunya Ikan Pari yang berjaya dibawa naik..

Hasil keseluruhan trip boleh dikatakan baik namun pengggunaan set kecil nampaknya agak kurang sesuai. Trip pulang pada jam 6.30 ke pengkalan.

Trip UL

Hasil tangkapan yang kurang memuaskan biasanya berlaku di mana-mana tempat sekalipun. Oleh kerana saiz hasil tangkapan sudah bertambah kecil, apa kata kita kecilkan set memancing supaya sesuai dengan hasil yang bakal dinaikkan. 

 Cari umpan dulu..

 Anda bayangkan senangin sebesar ini dengan tali hanya 8 paun saja..

 Set UL adalah set pancingan kecil untuk pemancing yang inginkan kelainan. Tali utama sekitar 20 ke 8 paun, Joran halus dan mesin kecil adalah sesuatu yang tidak munasabah jika memancing di laut. Nampak macam pelik tapi sebenarnya memerlukan kemahiran khusus.

 Kita memancing untuk berseronok saja, jika set yang digunakan tidak sesuai sudah tentu keseronokan memancing akan hilang sepenuhnya. 

Walaupun set kecil seperti ini, saiz tangkapan yang berjaya dinaikkan sama saja dengan penggunaan set besar yang normal. Cuma akan ada banyak kes ikan melepaskan diri bila perambut atau tali utama putus. Jadi kepada yang sudah bosan dengan set besar yang kurang berhasil, boleh la mencuba teknik yang ini..

Sekadar informasi, Udang Lipan makanan Senangin?

Tahukah anda Udang Lipan boleh digunakan untuk memancing Ikan Senangin besar? Hal ini baru saja saya sedari ketika menyiang ikan selepas pulang dari menjaring. Ikan ini bersama 4 yang lain tersangkut pada jaring hanya 3 kaki dari aras pelampung. Ini menunjukkan bahawa ia berada hampir dipermukaan ketika tersangkut di jaring.

Ikan Senangin seberat 3.8kg 

Udang Lipan ini berada di dalam perut dan masih belum dihadam..

Hasil kajian seperti ini kadangkala amat berguna kepada pemancing seperti saya. Selain udang Lipan, isi ikan Sardin, Beliak Mata, Tamban, Kembung, Udang hidup atau mati boleh juga digunakan bagi menjerat spesis ini berdasarkan lokasi kawasan yang sesuai. Apa yang pasti, ikan ini bermain dikawasan pantai berpasir ketika ia di jaring. Sekadar informasi berguna untuk anda dari kami...