Rabu, 28 Mei 2014

Menimba ilmu bersama Komando_sg

Sungguh pun air laju..

Daun baru..

Lokasi terakhir sebelum trip tamat..

Serentak dua joran, ketika mengelamun..


Tetanda saiz hidangan sepinggan..

Baji..

Comel je kerapu ni, hampir-hampir joran terjatuh..

Kerapu comel.. Jenis yang saya tak pasti..

Peraturan asas, di mana ada pokok tumbang, di situ pasti ada ikan. Yang penting, masa dan umpan yang tepat.

Selewak di satu lokasi pokok tumbang..

Hasil keseluruhan trip sepanjang hari, kebanyakannya hasil kerja tangan Komando_sg. Tak menang tangan dibuatnya.

Ini pula hasil sehari selepasnya, di lokasi berlainan..

Rezki Tetuka yang paling banyak, tak mengapalah.. Yang penting ada tangkapan.

Rezki memang ada di mana-mana, cuma perlu usaha lebih untuk mencarinya. Kesemua hasil di atas menggunakan umpan udang hidup yang dijala ketika air surut.

Sungai Lebuh Gurap, dicemari tumpahan minyak!

Pada trip 29/5 hari Rabu, kami dikejutkan dengan tumpahan minyak di sepanjang sungai Lebuh Gurap. Tumpahan minyak tersebut memenuhi permukaan sungai bermula dari simpang pertama sehingga ke hulu sungai. Setelah diperiksa, kami mendapati tumpahan tersebut adalah minyak masak bertapis berdasarkan warna dan bau yang melekat pada jala dan pakaian. 

 Minyak yang memenuhi sungai tersebut kelihatan bertompok-tompok dalam ukuran besar mencemari tebing dan permukaan ketika air mula surut. 


Sungguh pun terdapat minyak di permukaan air, udang masih kelihatan banyak. Ini terbukti apabila terdapat banyak udang melompat ketika bot lalu di kawasan tersebut. Kemungkinan besar, tumpahan ini berlaku pada malam atau pagi kerana ia tidak kelihatan pada pagi hari sebelumnya.

Ahad, 25 Mei 2014

Sekadar Informasi, Solat di atas bot, bagaimana??

Tatacara solat duduk di atas bot dan sampan kecil..








Paparan lengkap boleh dilihat di mforum.com.my.

Mengapa duduk lebih sesuai? Di atas sampan atau bot kecil, ruang yang ada biasanya kecil dan terhad. Untuk duduk di atas kerusi kemungkinan jatuh ketika di lambung ombak adalah tinggi. Oleh yang demikian, solat duduk/bersila adalah lebih selamat dan sesuai.

Trip 24/5 En.Bunyamin dan Rakan

Pada ketika ini, air mati sudah pun mula berarus. Walaupun cucaca pada mulanya cerah, angin kencang mula bertiup sekitar jam 2 petang. Tidak banyak lokasi yang dapat dikunjungi, kami sekadar berlindung di belakang sangkar bagi mengelakkan tiupan angin kencang.

Antara tangkapan yang menjadi mangsa kami hari ini, Tetanda ini. Umpan sotong di sauh sangkar.

Kebiasaanya di lokasi ini memang jarang kosong. Anda cuma perlu tahu kedudukan sauh sangkar dan umpan yang tepat biasa menjadi santapannya. Ketika ini, udang hidup langsung tidak mendapat sambutan walaupun dengan saiz yang terbaik jika di kawasan lain. Mungkin diet ikan-ikan di sini berbeza dengan lokasi yang lain.

 Setelah lama menunggu, akhirnya Kerapu yang ditunggu muncul juga. Cuma saiznya agak kecil sekadar saiz sepinggan hidangan nasik saja. Terdapat banyak spesis Kerapu kecil ini yang mendiami kawasan sangkar. Cuma anda perlu tahu, di mana dan masa bila ia aktif meragut umpan.

 
Kerapu saiz biasa yang kami naikkan.

 Kerapu terbesar yang kami naikkan pada trip ini.

 
 Tetanda kecil dengan umpan sotong.

 Seekor lagi Tetanda bersaiz hidangan sepinggan nasik berjaya dinaikkan.

 Sedang kami sibuk berborak dan memerhati joran, salah satu joran kecil milik rakan diragut ikan besar. Agak menyeramkan bila memikirkan jikalau ikan tersebut menjunam masuk ke bawah tali sangkar. Tarik punya tarik, seekor Kurau yang tak berapa besar ini berjaya dinaikkan dengan umpan Sardin separuh. Kadangkala hairan juga dengan tabiat ikan di sini. Umpan ini tak menjadi, umpan ini menjadi, esoknya umpan lain pula yang menjadi.


Hasil keseluruhan, 4 Kerapu, 5 Tetanda 2 Tetuka dan 1 Kurau. Hajat Menjerat sang Merah tidak kesampaian memandangkan hari telah mula gelap. Kami bertolak pulang pada jam 6.30 petang ke pengkalan.

Jumaat, 23 Mei 2014

Membantu menarik bot rakan

Pada trip lepas, seorang dari rakan kami telah mengalami kerosakan enjin berdekatan Selat Mahang. Berita di sampaikan melalui sms kepada kami sekitar jam 2 petang. Sarat dengan 4 penumpang, mereka hanya mendapat pertolongan dari sebuah bot kecil yang baik hati. Ada banyak bot lalu lalang namun tiada pertolongan diberikan. Mungkin disebabkan muatan dibawa, ramai yang tidak sanggup membantu.

 Memandangkan sudah jam 4.30 petang dan tiada bantuan diperolehi. Setelah berbincang dengan ahli trip, kami mengambil keputusan untuk membantu mereka. Jarak kami yang jauh dan bekalan minyak yang tidak mencukupi menjadi penghalang utama. Namun semuanya berjalan lancar walaupun dengan muatan berlebihan, akhirnya bot berjaya ditunda ke pengkalan.

 Ahli trip yang tidak kesampaian menaikkan ikan baik. Ada rezki nanti kita turun lagi.

Manunda bot dengan muatan berlebihan amat merbahaya lebih-lebih lagi melintasi kawasan laluan kapal. Untunglah semua nya selamat. Teringat pula ketika dulu, saya sering mendapat pertolongan dari orang yang tidak saya kenali ketika bot yang saya naiki rosak di laut. Pernah di suatu ketika, bot yang kami sewa telah mengalami kerosakan tali starter. Sebuah bot Pilot dari Pelabuhan Utara menarik bot kami ke boya berdekatan dan memberikan peralatan untuk membaikpulih kerosakan tersebut. Hidup ibarat roda berputar, pada kali ini, giliran saya pula untuk membantu. Kepada rakan-rakan pemancing yang lain, bantu lah rakan kita di laut semampu yang boleh walaupun kita tidak mengenali mereka. Mana tahu, mungkin esok lusa anda pula yang akan menerima pertolongan.

Khamis, 22 Mei 2014

Trip 21/5 En Ghazali

Cuaca pada hari ini memang begitu baik sekali. Apalagi setelah 3 hari hujan berturut-turut pada sebelah petang. Kebiasaannya, setelah 3 hari hujan, hari kekempat akan cerah. Namun ini cuma sekadar teori. Dengan berbekal umpan yang di beli dipasar pagi, udang tidak disertakan memandangkan tiada stok di perolehi.

 Kami membawa 3 batang joran seorang memandangkan trip hanya berdua saja.

Semilang dengan umpan kaki Kurita, 1.3kg.

Spot pertama tidak mendatangkan hasil. Kami bergerak ke spot muara sungai dan 2 ekor tangkapan berjaya dinaikkan dengan umpan sotong. Setelah 2x mengubah lokasi, tiada lagi tangkapan selepas itu. Kami hanya menunggu air surut semula sebelum masuk ke kawasan sangkar semula. Sasaran kali ini, Merah dan Kerapu.

 Tetanda sebesar ini memang kuat lariannya lebih lagi di kawasan air cetek..

 Hasil di sekitar sangkar bolehlah dibanggakan, jika trip bernasib baik.


Hasil keseluruhan, 2 Kerapu, 3 Merah, 1 Tetanda, 1 Semilang. Tiada tangkapan baik selepas jam 5.30 dan kami bergerak pulang ke Telok Gong.

Trip 17/5 Pelajar UPM, Mengambil contoh air dan tanah

Trip kali ini di sertai pelajar dari UPM untuk mengambil contoh air dan tanah. Kawasan tugasan meliputi dari Tanjung Harapan ke Sungai Kembung Pulau Indah. 2 buah bot telah digunakan bagi menyelesaikan tugasan ini dibantu dengan seorang rakan lama. Walaupun begitu, tugasan ini tidak sempat diselesaikan dengan kerosakan enjin rakan dan kekurangan maklumat.

 Nasib baik si Amat ni ada enjin sendir, walaupun bermasalah, enjin pertama yang berjaya dimiliki.

 Salah satu ChekPoint di Bagan Hailam, muara sungai Kelang.

 Sampai bilakah sungai dan laut kita mampu menampung sampah begini?? 

Sungai Aur, antara lokasi terpanas yang dikunjungi kami. Dengan air yang hitam berbau busuk, sudah jelas bagaimana tahap pencemarannya. Kebanyakan pelajar ini agak terkejut melihat keadaan ini.

Walaupun trip ini tidak dapat diselesaikan, kami pulang pada jam 8 malam ke pengkalan dengan muatan lebih. Walaupun agak perlahan, akhirnya selamat sampai ke pengkalan.

Ahad, 18 Mei 2014

Kolam, pengubat sakit..

Eboi dan Komando_sg telah ditimpa kemalangan ketika perjalanan trip memancing. Alhamdulillah, mereka berdua selamat dan hanya mengalami kecederaan kecil. Eboi mengalami luka di tangan dan Komando_sg cedera pada mata kanan akibat terkena joran yang patah. Berikutan itu, satu artikel tentang pembungkus joran dan kegunaannya telah saya keluarkan tempoh hari. Oleh kerana masih belum sembuh, kami hanya ke kolam untuk memancing.

 Mata tak nampak pun nak memancing juga, inilah kaki pancing tegar..

 Oleh kerana sampai lambat, kebanyakan ruang telah pun penuh.

 Kami menggunakan ikan Lampam sebagai umpan dan udang di beli di kaunter. 

 Setelah 3 jam menanti, cuma seekor saja yang dapat dinaikkan. Kemungkinan besar ikan telah mula kurang kerana kebanyakan yang baru keluar semuanya memikul sekurangnya 2 ekor tangkapan.

 
 Jenahak yang berjaya dinaikkan Eboi dengan umpan Lampam..

Antara tangkapan pemancing lain yang memang memuaskan hati setelah 3 jam memancing..

Kolam ini terletak di Bandar, Jugra. Tempoh masa minima 3 jam memancing adakalanya berbaloi juga jika mengena. Lebih baik jika datang ke sini selepas hari kolam bercuti. Walaupun hanya seekor, ikan ini kami masak di kedai dan makan bersama sehingga tinggal tulang saja!

Sekor je??

Sudah penat mentela'ah buku dan tugasan, berehat seketika untuk memancing. Anak buah kepada adik ipar saya, Akib yang sebelum ini kerap saya bawa untuk memancing ketika bercuti. Kali ini saya bawakan dia untuk memburu Sang Kerapu. Keadaan air besar selaju peluru, memberikan kelebihan kepada kami. Sekitar kawasan sangkar, arus tidaklah selaju mana jika tahu mencari lokasi sesuai.

Seekor Merah di sauh sangkar ketika air mula balas pasang..

Berbekalkan umpan Kembung dan sotong Rm10 rasanya sudah cukup untuk kami berdua. Udang hidup untuk mengendap Pari, kami jala ketika dalam perjalanan. Mencukupi sekadar ada khas untuk lubuk ketiga. Namun setelah menunggu, tiada tangkapan dinaikkan.

Sebahagian Kerapu yang berjaya dinaikkan..

Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit jika berdua, namun melebihi 30 minit jika muatan lebih.


Mengendap Sang Pari di satu lokasi beting pasir, tetapi tidak ada seekor pun yang berjaya dinaikkan. Hanya seekor Sesirat dan Yu cicak saja setelah 2 jam menanti.

Tangkapan keseluruhan 4 Kerapu, 2 Tetanda, 1 Merah sahaja.

Trip terpaksa menempuh angin kuat ketika di lokasi sangkar, namun hujan lebat hanya turun di kawasan luar. Penglihatan begitu gelap dan agak sukar mengemudi bot apabila angin kuat. Kami pulang pada jam 7 malam ke pengkalan.