Sekiranya anda terdesak mencari umpan, mungkin di sini ada jawapannya..
Kawasan ini adalah laluan utama feri dan teksi air ke Pulau Ketam. Pantainya yang berlumpur keras, mempunyai banyai alur air dan sungai-sungai kecil. Sekiranya air mati, bergerak pasang atau pun surut, lokasi ini boleh menghasilkan stok udang dengan saiz sesuai untuk memancing. Awas! Ombak bot yang lalu lalang sangat merbahaya bagi pemandu yang masih baru, lebih-lebih lagi jika menggunakan bot kecil. Alur air yang banyak terdapat di tebing pantainya mempunyai stok udang bersaiz kasar ketika air mati pada hari siang. Selagi tebing pantai masih dapat dilihat, aktiviti menjala masih boleh di teruskan.