Sabtu, 6 Mei 2023

Memasang stering hydrolik

 Sesudah enjin berjaya dipindahkan, system kemudi adalah yg terakhir sekali dipasang. System kemudi bot ini menggunakan system hydrolik yg agak rumit kerjanya.

Oleh kerana nak beli peralatan yg betul agak mahal, saya gunakan kreativiti untuk mengurangkan kos. Guna benda murah tapi dengan fungsi yg sama.
Penutup minyak mudah dibuka dan diketatkan dengan tangan saja.

Muncung plastik untuk gam silikon saya gam bersama gam tembak, yg cair apabila dibakar.

Kemudian disambung dengan penutup botol.


Saya belajar cara bleeding di internet. Nak upah pakar, mahal upahnya.



Penyambung 3 arah dari dari tembaga yang saya gunakan untuk mengalirkan minyak yg keluar, kembali kepada tabung minyak di stering.
Ada injab perlu di longgarkan supaya minyak dapat dialirkan keluar untuk membuang sisa udara di dalam salur minyak.

Semuanya berjaya disiapkan dalam masa sehari. Setiap 1 proses kerja dibuat dalam 1 hari. Takda lah terkejar - kejar dibuatnya. Proses terakhir adalah memasang 2 skru tambahan di transom. Bot dijangka beroperasi dalam bulan julai 2023.

Jumaat, 5 Mei 2023

Enjin baru ke bot lama

 Bot 27 kaki yg terbengkalai sepi hampir 3 tahun, kini berwajah baru dengan enjin 115 hp. Pada mulanya enjin ini dibeli bersama bot lengkap, namun setelah didapati ia tidak sesuai, maka enjin sahaja akan diambil dan badan fiber akan dijual semula.


Untuk itu, kerja pemindahan enjin mula dilaksanakan pada awal bulan puasa. Banyak proses yg terpaksa dibuat dan kerjanya amat remeh. Walaupun agak sukar.



Oleh kerana enjin ini cukup berat, ia terpaksa diangkat menggunakan chain blok berantai diatas pelantar. Semua sambungan seperti kabel minyak, kabel kuasa, hydrolik terpaksa dicabut terlebih dahulu. Setelah itu barulah enjin digantung pada pelantar.
Masalah mula timbul pada proses mengalih enjin. Apabila enjin sudah tergantung, lubang skru pula tidak sama. Oleh kerana kerja dilakukan pada waktu malam, hanya satu lubang berjaya ditebuk. Nyaris-nyaris bot tersangkut di pelantar kerana terlepas waktu air surut. 
Oleh kerana masalah tersebut, enjin terpaksa digantung selama 2 malam. Nasib baik tiada hujan yg turun. Pada malam kedua, aras air tinggi terakhir, baru lah enjin dapat dipasang danbot berjaya keluar dari pelantar. 

Setelah enjin dipindahkan, proses memasang peralatan lain dibuat berperingkat. Setelah siap dipasang, wayar bateri pula tidak cukup panjang. Manakala yang lain semuanya cukup ukuran.
Peralatan terakhir yg dipasang adalah stering hydrolik. Sekadar pasang saja. Stering hyrdolik perlu diselenggara semula dengan proses yg agak rumit. Mungkin selepas raya barulah dapat disiapkan.

Proses menggantung enjin menggunakan chainblok agak menyeramkan. Tapi cuma dengan cara ini saja yg murah. Jika menggunakan khidmat kren, kosnya agak mahal.

Selama 2 hari 1 malam, enjin terpaksa digantung dek kerana menunggu paras air tertinggi.

Syukur kerana semuanya berjaya diselesaikan walaupun kerjanya agak rumit.