Khamis, 9 Mac 2023

Sekadar informasi, kemahiran membaca air..

 Pernahkah anda terfikir dan mendengar ayat seperti ini?

" Kita kena kejar air, kalau terlambat habis lah"..

Apakah yang dimaksudkan dengan kejar air? Kebanyakan pemandu pancing berpengalaman tahu akan keadaan ini. Kemahiran membaca air ini akan menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu trip. Jadi bagaimana caranya? 

Untuk kemahiran ini, anda perlu tahu cara membaca jadual air terlebih dahulu. Didalam jadual air, terdapat semua maklumat berkaitan, termasuklah waktu tepat air pasang surut dan ketinggian air pada jam yang tepat. Ketinggian air pasang akan menentukan keadaan arus samada laju atau perlahan.


Contoh, pada 19/3 paras ketinggian air pasang yang pertama adalah 4.2 meter pada jam 4.18 pagi (0418)  manakala paras ketinggian air pasang kedua adalah 4.6 meter pada jam 4.53 petang (1653). Jika dilihat pada air surut pertama adalah pada jam 10.47 pagi dengan ketinggian 1.2 meter dan surut kedua adalah pada jam 11.11 malam (2311). 

Untuk pengetahuan anda, sekiranya air surut kurang dari 1.5 hingga 0.5, ia dikategorikan sebagai laju dan keruh. Manakala air pasang pula sekiranya melebihi 4.5 hingga 5.5, ini juga dikategorikan sebagai laju dan keruh. 

Bulatan merah diatas terdapat 1 hari yang hanya mempunyai 2 air pasang dan 1 air surut sahaja iaitu pada tarikh 20/3. Ini menunjukkan bahawa air pasang besar bakal berakhir dengan ketinggian maksima 5.0 dan air mula perlahan semula pada hari selepasnya iaitu pada tarikh 21/3. Arus akan mula perlahan berperingkat pada hari-hari berikutnya dan ketinggian paras air pasang akan berkurangan.

Dalam waktu pasang surut ini, akan ada satu waktu dimana arus akan berhenti seketika sebelum berubah dan ia dipanggil Air Balas. Samada air pasang ke surut, atau surut ke pasang, keduanya tetap mempunyai Air Balas. Sekiranya air surut ke pasang, ia dipanggil Air Balas Pasang dan jika sudah tinggi maksima kemudian mula surut, ia dipanggil Air Balas Surut. 





Jadual Air Pasang Surut Pelabuhan Klang 2023

 Berikut adalah jadual air pasang surut bagi kawasan Pelabuhan Klang untuk tahun 2023



Keadaan air sesuai memancing pada bulan Mac

 Berikut adalah tarikh sesuai untuk memancing.

I13 Air mengurang

S13 Air menyorong kecil

R14 Air Kecil

K15 Air mati

J16 Air mati tak berarus

SB17 Air mati

A18 Air menyorong besar

I19 Air menyorong besar


Harga Bot Terkini

Rm1200

Jigging/ Pancingan Dasar

Pink Phanter

Telok Gong, Kg Nelayan

30 kaki 200Hp

Muatan maksima 7 + 1

Portable Toilet

Kotak umpan hidup

Kotak ais

8am - 7pm

Anggaran Seorang Rm172

Lokasi pancingan Paloh, Pintu Gedung, Tjg Rhu, Kapal Parking Kelanang, Highway.

Spesis buruan,Jenahak.


Rm850

Jigging/ Pancingan Dasar

Sungai Ingat, Jugra

27 kaki 90Hp

Muatan maksima 5 + 1

Kotak umpan hidup

Kotak ais

8am - 7pm

Anggaran Seorang Rm170

Lokasi pancingan Paloh, Pintu Gedung, Tjg Rhu, Kapal Parking Kelanang, Highway.

Spesis buruan,Jenahak.


Rm550

Pancingan Dasar

Telok Gong, Kg Nelayan

25 kaki 60Hp

Muatan maksima 4 + 1

Kotak umpan hidup

8am - 7pm

Anggaran Seorang Rm172

Lokasi pancingan Pulau Ketam, Sangkar, Selat

Spesis buruan, Tamok, Tetanda, Senangin, Kerapu, Pari, Gelama, Duri


Tempahan umpan hidup boleh dibuat sehari sebelum trip berlangsung dan tertakluk kepada tempahan awal dan keadaan cuaca semasa.



Tugasan di Pelabuhan Selatan.

 Kerja-kerja pemeriksaan dermaga di kawasan Pelabuhan Selatan berjalan lancar untuk kali kedua. Walaupun lokasi kerja agak bahaya dan mencabar, semua tugasan berjaya diselesaikan dengan jayanya.

Tugasan bermula seawal jam 8 pagi dan disertai oleh 4 petugas. Pemeriksaan dibuat pada bahagian bawah dermaga termasuk tiang dan platfom. Agak menyeramkan bila salah seorang petugas mengingatkan kami bahawa terdapat 2 ekor buaya yang sering dilihat dikawasan ini!

Kawasan penurunan petugas, hanya menggunakan tangga jeti di tepi dermaga. Keadaan air yang baru surut dan masih tinggi, memudahkan penurunan ke bot tanpa ada masalah. Semua petugas termasuk pemandu bot, memakai pakaian keselamatan seperti Jaket keselamatan, safety boot dan Safety Helmet.

Keadaan di bawah dermaga agak merbahaya berikutan dermaga ini adalah yang paling awal dibina di Port Klang. Dermaga ini mengalami perubahan pembinaan dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, terdapat banyak sisa tiang patah berada di beberapa bahagian bawah dermaga dan ia sangat merbahaya kepada bot. 

Walaupun kerja ini agak merbahaya, untuk sesi yang lepas, ia berjaya diselesaikan. Untuk sesi kedua ini juga, semua tugasan berjaya di selesaikan dengan mengejar keadaan air yang sesuai sebelum ia surut semula. Tugasan berakhir pada jam 1 tengahari.


Selasa, 7 Mac 2023

Trip jigging Port Klang, antara semangat dan kegigihan!

Teknik Jiging atau umpan tiruan besi berwarna, memang tidak asing bagi pemancing yang meminatinya. Seperti di kawasan lain, Port Klang juga tidak terlepas dari peminat jigging. Cuma cabarannya agak keras dan hanya yang kuat semangat sahaja biasanya berjaya.

Adakalanya teknik jigging sukar mengaburi mata penghuni di sini. Kesudahannya, teknik umpan juga yang berhasil. Terpulang kepada pemancing sendiri untuk mencuba teknik mana yang sesuai.

Jika rajin dan bernasib baik, ada hasil yang bakal dibawa naik. 

GT yg berjaya ditipu dengan jig 150 gram hanya dengan 1 mata.

Kebanyakan Jenahak disini sentiasa bergerak dari satu lubang ke lubang lain seiring dengan pergerakan air pasang dan surut. Kunci kepada kejayaan trip banyak bergantung kepada kecekapan membaca air dan kecepatan pergerakan bot dari satu lubuk ke lubuk yang lain. 

Sering berlaku, lubuk yang dikunjungi ketika air surut, langsung tidak berisi. Namun ketika dikunjungi semula ketika air pasang, jatuh saja umpan ke dasar, sepantas kilat joran melentur! Ini menunjukkan bahawa pemilihan waktu sesuai sangat penting. 


Pemilihan umpan juga mempengaruhi hasil yang bakal diperolehi. Kesukaran mendapatkan umpan ini kadangkala membunuh semangat. Jika bernasib baik, udang kolam adalah pilihan terakhir. Ramai mengatakan bahawa ia tidak relevan dan akan kecundang. Namun bagi kami, semuanya sekadar mitos sahaja. Sudah kerap teori ini kami sangkal dan hasilnya diluar jagkaan. 

Kerap belajar dan mencuba, adalah lebih baik dari sekadar mendengar sahaja. Kepada yang ingin mencuba bersama kami, pastikan anda tidak gentar, kerana hanya yang tidak takut gagal boleh berjaya. Selamat memancing!