Isnin, 5 Mei 2014

Memburu Toman Paya Indah, Wetland.

Paya Indah Wetland terletak di antara Dengkil dan Bukit Changgang, merupakan kawasan memancing Ikan Toman kegemaran kami suatu masa dulu. Kawasan ini yang dahulunya adalah lombong bijih timah telah dimajukan sebagai tapak rekeriasi. Selain Chalet dan kawasan memancing, terdapat sebuah kem PLKN yang terletak besebelahan dengannya.

Mengumpan Toman dengan Gewang dan Katak plastik bukan semudah yang disangka. Ada banyak yang dilihat berlegar di permukaan air, namun agak malu menyambar umpan.

Melontar katak plastik di celah-celah pokok dan semak samun bukanlah perkara sukar bagi kaki Casting seperti ini.

Setelah hampir 3 jam, barulah ada sambaran berlaku. Kami agak terkejut mendengar bunyi sambaran yang kuat pada permukaan air. Oleh kerana joran yang digunakan terlalu kecil dan ringan, ikan berjaya membuat larian masuk ke dasar lombong. Keadaan teratai yang memenuhi kawasan memburuk kan lagi keadaan.

Ikan yang tersangkut di celah rumpun teratai dan dapat dilihat di permukaan akhirnya melepaskan diri. Setelah lama menunggu, akhirnya tali terpaksa di putuskan. Itulah satu-satunya ikan yang menyambar umpan kami pada hari tersebut. Tiada langsung sambaran selepas itu.

Kawasan persekitaran tasik ini di penuhi tumbuhan melata yang berbunga. Terdapat juga pepohon rendang di sepanjang tebingnya. Sala satunya di atas, yang daunnya boleh dijadikan sayur dan menjadi makanan ayam kami suatu masa dulu.

Belajar menangkap gambar.. Pokok Senduduk yang daunnya boleh digunakan bagi merawat luka kecil. Kunyah sehingga hancur dan tampalkan pada luka.

Tiada salahnya mencuba..



Jika tersilap langkah dan tidak berhati-hati, akar pokok ini boleh menyebabkan anda terjatuh.

Kawasan trek batu memudahkan kami berjalan mengelilingi kawasan ini. Walaupun tidak jauh, cukup untuk membuat kami berpeluh. Di sini juga terdapat kantin yang menjual makanan dan minuman. Namun kami merasa terkilan kerana kawasan ini tidak secantik dulu.