Khamis, 31 Mei 2018

Sekadar informasi, 3 jenis perambut ringkas yang perlu anda tahu

Terdapat pelbagai jenis perambut yang biasa digunakan oleh pemancing di seluruh dunia. Ada yang rumit dan kompleks dan ada yang mudah dan ringkas. Namun penggunaannya bergantung kepada lokasi dan hasil yang disasarkan. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, anda perlu bertanya kepada pemandu pancing yang biasa di kawasan tersebut. 

Pemilihan jenis perambut yang sesuai bakal menentukan samada trip tersebut berjaya ataupun gagal. Kerap juga kami lihat pada pemancing yang masih baru, gagal untuk menguasai kemahiran ini. Disini kami bongkarkan rahsia mengapa Pemandu Pancing biasanya sering berjaya terlebih dahulu sebelum anda!

 Perambut ini dipanggil perambut hidup kerana batu yang digunakan boleh bergerak meniti tali utama. Ini adalah jenis paling ringkas dan mudah. Ia boleh digunakan untuk umpan hidup dan mati. Kebaikan perambut ini adalah isyarat tarikan ikan lebih cepat sampai ke hujung joran. Pergerakan isyarat tidak terganggu kerana batu pemberat boleh bergerak jika menerima tarikan. Hanya perlu 1 batu, 1 swivel dan 1 perambut saja. Tetapi perambut jenis ini menyukarkan untuk kita menukar batu kerana tali utama perlu dipotong dan diikat semula berbanding dengan perambut tanduk straw. Oleh kerana perambut terletak di bawah, ia kurang sesuai di kawasan tanah yang lembut kerana umpan akan tenggelam di dalam lumpur. Tips untuk anda, panjang 1/2 depa dan pendekkan kepada 1 kaki di kawasan air laju.

 Perambut ini saya gelar perambut gantung, alternatif kepada perambut straw sekiranya tiada.  Perambut ini sesuai jika menggunakan umpan hidup yang besar. Umpan akan kurang berbelit pada tali utama kerana kehadiran 2 swivel tersebut. Umpan yang jatuh dengan laju biasanya berpusing. Swivel tersebut membantu menyerap putaran supaya tidak berbelit pada perambut utama. Kebaikan perambut ini ialah, mudah menukar batu dan perambut. Perambut ini tidak sesuai dengan umpan kecil kerana isyarat lambat sampai ke tali utama. Selain itu, umpan akan berbuai di atas permukaan tanah ketika arus laju seterusnya mengelakkan ia tertimbus jika di tanah lembut. Tips untuk anda, turunkan umpan anda pelahan-lahan supaya dapat kurangkan risiko perambut umpan berbelit.

 Perambut ini juga ringkas dan mudah. Sama seperti perambut gantung di atas cuma swivel digunakan hanya 1 saja. Ia sesuai jika menggunakan Perumpun atau umpan potong yang lain.

Kepada yang pernah mengikuti trip kami, anda mungkin biasa melihat mata berangkai ini. Perambut 2 mata ini jarang tidak berhasil. Dari tangkapan Haruan tasik, Jenahak, Pari, Kerapu hinggalah Tetanda dan gelama sebesar tapak tangan, jarang dapat melepaskan diri dari teknik ini. Sekiranya umpan Udang hidup yang anda gunakan sering dicuri, ini adalah teknik yang paling berkesan. Gunakan 2 mata kecil tadi dan cangkuk di bahagian 2 segmen di belakang ekor Udang. Lebih baik jika perambut lebih halus digunakan. Perambut jenis ini boleh digunakan pada semua jenis perambut utama diatas.



Ini pula cara terbaik untuk mengelakkan kerugian besar pada perambut anda sekiranya tersangkut pada reba di dasar.. Sekiranya lokasi tersebut mempunyai reba yang kerap sangkut, teknik ini dapat memudahkan anda dan mengurangkan kerugian. Sekiranya tersangkut, perambut mata kail akan lebih mudah putus dan batu boleh diselamatkan.

Isnin, 14 Mei 2018

Trip 9/5 GT dan Kurau, rezeki di air

Trip 2 bot yang ditempah sebelum pilihanraya ke 14..

Bot 2 bersama Sharil..

Bot 1 di pandu saya bersama 4 pemancing.

Tangkapan ketiga selepas Kurau dan Kerapu.

 Kurau dengan umpan Udang hidup yang digantung seolah ikan kecil yang makan.

 Hasil keseluruhan bot 1 setelah sehari berusaha gigih.

 Double strike dalam satu masa biasa terjadi ketika ini malah ada antara joran kami yang terjun ke laut akibat kelalaian meletakkan umpan di luar bot.

 Kurau dengan umpan ikan potong yang digantung ketika air tinggi mula surut.
 Merah di satu lokasi sangkut tepi sangkar.

Pandangan dari bot rakan yang memerhatikan kami ketika ikan kerap dinaikkan.

 Gt yang kami berjaya naikkan di atas reba hampir sama saiznya.

 Hasil keseluruhan trip bot 2

Rabu, 9 Mei 2018

Sampan Kayu Replika Untuk Beach Club Kuala Lumpur



Sekitar trip berlangsung..

Trip 22/4
Pancingan Dasar
Pulau Ketam, Sauh Sangkar
Umpan Udang Hidup, Sardin
Air Menyorong Kecil 4.2, 1.9


 Trip 25/4
Light Jigging 60-100grm
Paloh 1
Air Mati 2.0, 4.2


Trip 26/4
Pancingan dasar
Muara, Reba bakau, Tukun
Umpan Udang Hidup, Udang Kupas, Perumpun
Air Menyorong Besar 2.1, 3.9


Trip 7/5
Pancingan dasar
Pulau ketam, Sangkar ikan
Umpan Tamban, Udang Hidup
Air Mengurang 3.9, 2.2



Trip 8/5
Jigging / Pancingan Dasar
Pulau ketam, Sangkar ikan
Umpan Beliak Mata
Air Mati 3.7, 2.5