Khamis, 25 Mei 2017

Tukun Muara, Longkang Konkrit

Impian kami membina tukun konkrit akhirnya terlaksana juga. Hasil perkongsian dana dan tenaga, 90 unit longkang konkrit berukuran 24 x 16, berjaya diperolehi pada bulan ini. Fasa pertama projek, telah pun berjaya diselesaikan selama 3 hari. Namun lokasi tapak masih dirahsiakan bagi mengelakkan gangguan sebelum ia berfungsi. Harapan kami, ianya akan berhasil.

 90 unit longkang ini kelihatan sedikit, tetapi memerlukan 7 trip dengan 2 buah bot untuk diselesaikan.

 Walaupun nampak kukuh, longkang konkrit ini mudah pecah sekiranya terhentak dalam kedudukan tertentu.

 Pada trip pertama, longkang ini terpaksa diangkat dari darat ke bot melalui jeti yang tinggi dan curam. Kesilapan membaca air mendatangkan kesusahan kepada kami untuk menyusun longkang ke dalam bot dengan jarak yang begitu jauh. Nasib baik lah kami mempunyai kereta sorong 2 roda buatan sendiri. Dari atas jeti, kayu gandar terpaksa digunakan untuk memikul longkang tadi masuk ke dalam bot. Oleh kerana bot sudah disediakan dan tidak mahu masa terbuang begitu saja, kerja tetap diteruskan.


 Setelah kerja menyusun selesai, kami bergerak ke lokasi. Setiap bot memerlukan sekurang-kurangnya seorang pembantu untuk bekerja. Setelah tiba di lokasi, bot akan di bersauh dan berada rapat, bagi memudahkan kerja melabuh tukun. Tukun yang berat ini terpaksa diturunkan perlahan-lahan sehingga ke dasar menggunakan tali. Kedudukan tukun perlu telangkup dalam bentuk A supaya ia lebih kukuh dan kurang tenggelam. 12 unit tukun berjaya diturunkan pada trip pertama 80% kejayaan. Bakinya jatuh ketika belum sempat mencecah dasar. Ini berlaku akibat dari arus deras di kawasan tersebut.


 Pada trip kedua pula sebanyak 13 unit tukun berjaya diturunkan di 2 lokasi berlainan. Kedudukan bot terpaksa diubah pada setiap 2 unit tukun yang diturunkan bagi mengelakkan bertindih dan pecah. Manakala setiap 1 spot, terdapat 5 ke 6 unit tukun yang di letakkan berdekatan. Cara ini dipikirkan sesuai untuk meluaskan jarak dari satu spot ke satu spot yang lain. Kedudukan ini membolehkan bot menukar lokasi beberapa kali hanya di dalam kawasan berdekatan.

Kerja menjadi mudah pada trip ketiga apabila kerja memunggah tukun hanya beberapa meter saja dari kawasan pengumpulan. Ini berlaku ketika air pasang tinggi pada hari tersebut. Namun, kerja menurunkan tukun masih tetap seperti biasa dan masih perlu menunggu air surut pada waktu malamnya. Kerja sukar ini berjaya diselesaikan dalam masa 3 hari dan unit tukun yang berjaya di turunkan adalah sebanyak 44 unit.

Trip Bulan May









Rabu, 10 Mei 2017

Trip 11/5 Senohong Air Besar

Air besar selaju peluru dan keruh memang tidak sesuai untuk memancing, tetapi kadangkala rezeki tidak dapat dijangka. Begitulah hal yang terjadi pada trip kali ini. Trip muara seramai 4 orang ini, hanya sekadar melepaskan geram.

Memang sukar untuk memancing waktu air laju begini. Kesabaran kena tinggi..

 Gemang kedua setelah yang pertama lucut sebelum sempat di tangguk..

 Mengubah haluan ke lokasi yang lebih baik sekiranya sudah terlalu lama tiada sambutan..

 Hasil terbesar muara tahun ini 5.4kg

Kepada ahli trip yang berminat untuk turun pada waktu air besar, jangan terlalu mengharap kepada hasil lumayan. Hasil yang bakal diperolehi tidak dapat dijangka dan dijamin. Jadikan aktiviti memancing anda sebagai masa untuk berehat dan melepaskan tekanan.

Rabu, 3 Mei 2017

Trip 22/4 En.Azlie dan rakan

Saya sangkakan orang baru yang datang, rupanya orang lama. Minta maaf saya tak boleh ingat kesemua nama pemancing yang pernah ikut bersama kami. Ramai sangat, muka kenal tapi nama tak ingat. Lebih-lebih lagi kalau jumpa di luar. Muka macam pernah nampak tapi siapa ye?? Sabar aje lah..

 Aktiviti mencari umpan sebelum dihalau keluar dari kawasan. Suka betul yang duduk depan tu kalau bab mengunjun apollo katanya. Mabuk pun boleh sihat..

 Kerapu di bawah dapur..Kalau hari cuti memang tak dapatlah nak rapat di sini. Ramai pengunjung yang datang singgah.

 Sekor ikan dua pemancing.. Jangan gaduh ye..

 Siapa kata jig tak berkesan di sini? Tu, selipar pun makan juga..

 Tamok pun jadi mangsa kami hari ini dengan saiz yang seronok bermain tarik tali..

Umpan terbaik kali ini, beliak mata potong yang cukup-cukup sampai petang. Hasil seharian memancing tak sebanyak yang diharapkan tetapi memadai bagi yang faham tentang memancing..

Trip 23/4 Lie Rawang dan Rakan

 Masih Pulau Ketam lagi.. Ini lah hasil kerja kami selama bertahun memancing di sini. Tempat yang kecil dan sesak dengan bot ketika air mati.

 Permulaan trip yang menyaksikan cuaca panas sepanjang hari trip berlangsung..

 Merah pertama di tepi sangkar..Silap sangkar, akan ada mahluk terjun ke dalam bot anda.

 Kerapu bintik yang kerap kami naikkan pada tahun ini berbanding Kerapu Hybrid pada tahun-tahun yang sudah. Di lokasi ini juga telah berlaku tarikan kasar, nyaris tali habis di tarik keluar. Almaklumlah, kami nak cari gelama saja..

 Dulu saya jarang solat di atas bot, apa nak malu, ini kenyataan. Alhamdulillah bila ramai dah sedar, semoga berterusan sampai bila-bila. Satu lagi tarikan kasar di sini tak berjaya dibawa naik. Sempat la juga main tarik tali.

 Senangin yang berjaya dinaikkan. Di lokasi ini juga satu tangkapan kasar berjaya melepaskan diri setelah berjaya memutuskan tali utama. Terkena pada teritip yang banyak pada tong sangkar. Lain kali ingat, cucuk joran dalam air..

 Yang sorang lepas yang sorang dapat naik. Ikan kurang bernasib baik kerana kali ini, set joran besar yang kena.

Hasil seharian memancing.. Jika semalam udang hidup langsung tak berhasil, harini ini kebanyakan tangkapan berhasil dengan umpan udang hidup.

Trip 22/4 En.Azni dan Rakan

 Pulau ketam oh Pulau Ketam. Kadangkala kosong kadangkala ada isi. Jika bernasib baik, peti ikan tak muat, jika tak bernasib baik, Duri pun belum tentu dapat..
 Umpan pelbagai, namun cabuk menjadi pilihan pada hari ini.

 Merah di celah sangkar..Ekor pecah penanda ramai lagi dibawah sebenarnya..

 Pengubat rindu si Merah sangkar.

 Hasil dengan jig 45 gram..

Mangsa yg berjaya ditipu dengan umpan besi.

Menggunakan umpan besi di kawasan ini sebenarnya menempah masalah, tetapi boleh dicuba. Kawasan berisiko tinggi untuk jig memeluk reba di dasar..