Sabtu, 31 Oktober 2009

Tips memancing berdasarkan pengalaman saya.

Pada minggu ini, saya akan berkongsi pengalaman saya sebagai pemancing di kawasan Portklang. Memandangkan minggu ni tak turun sebab masih takde budget lg hehe. Lagipun memasing ada program sendiri, termasuklah saya. Jadi kalau tersalah teori, Haji Md Sirat dan rakan pemancing lain tolong tunjuk ya!

Sebenarnya kawan-kawan, perairan portklang adalah kawasan yang paling mudah nak dapat ikan berbanding kawasan laut yang lain. Paling busuk pun ikan gelama dan belukang mesti dapat. Stok ikan kecil dan udang masih banyak di kawasan sungai nya. Secara tidak langsung, bekalan makanan untuk ikan besar masih banyak dan ikan boleh membesar tanpa kehabisan makanan. Pembinaan tiang batu di dermaga pelabuhan dan binaan lain yang membantu ikan berteduh dan membiak. Berdasarkan teori saya, oleh kerana kawasan ini dalam kawasan larangan(walaupun ada yg masuk jugak!) ikan ini dapat membesar dengan selamat. Tiada pukat-memukat yg keterlaluan oleh kerana kawasan spesis berharga biasanya adalah laluan kapal besar yang sibuk dan merbahaya untuk kegiatan memukat. Bak kata lain kalau yang masuk pukat 20% kat tepi bakau, yang kat laluan kapal dan bawah warp ade lagi 50%. Yang baki nya makan pancing kita. Haruslah kita masuk bawah warp ek? Jangan, ti kene tangkap susah hehehe..

Antara kawasan pancing yg sy tahu ialah:-

Jambatan Pulau Indah

Jambatan ini ada 2, satu jambatan kenderaan dan satu lagi jambatan keretapi. Yg banyak ikan adalah jambatan kenderaan. Spesis yang biasa saya dapat di sini ialah, semilang, senangin, kurau,(senangin ngan kurau tak sama tau), tebal pipi, tetanda, tirusan, siakap dan spesis gelama lain. Yang selalu saya dapat ialah senangin, tetanda dan semilang. Cara memancing ialah dengan umpan udang hidup atau pun beliak mata. Ikan beliak mata ni boleh ditangkap pakai apollo je di bawah jambatan ini. Ha! Ni nak cerita pasal apollo dulu, sebab ada yg tak tau mcm mane nak guna. Oleh kerana apollo menggunakan umpan bersinar, ia cuma boleh digunakan ketika ada cahaya terang sahaja. Maksudnya waktu siang, adalah juga sy lihat yang guna waktu malam. Kalau boleh dapat memang ajaib, gelap ikan tak nampak yop! Kecuali, sekiranya terdapat lampu yang terang seperti di tepi dermaga. Itu pun nasib je boleh dapat. Keadaan air yang sesuai untuk memancing adalah air mati. Waktu terbaik adalah air surut separuh dan mula nak pasang. Ikan senangin kat sini memang minat ikan beliak mata. Rata-rata saya dapat menggunakan umpan ini. Sekiranya anda memancing di bawah jambtan kenderaan, lontaran di buat di antara tiang jambatan keretapi. Kalau baling kat tiang, ada makan tapi selalu sangkut. Sekiranya menggunakan sampan, lontaran boleh dibuat di tiang jambatan kenderaan. Kalau naik sampan, masalah sangkut kurang. Cuba di sebelah tepi pulau dulu kemudian baru berpindah kebahagian tengah tiang lain. Jika ada, menunggu tak lama, sekejap je dah makan. Saiz biasa terdapat di sini 1kg kebawah. Pernah juga dapat 3 kg, pakai perumpun je, tapi 5 tahun dulu lah. Tak tau lah kot-kot ada lagi ke tak. Cara makan, sentap lepas tu kendur. Kalau bahagian tengah, tirusan banyak. Kurau nasib-nasib je dapat. Tirusan di sini suka pada udang hidup, dan udang fresh mati yang di kupas kulitnya. Biasa nya bercampur dengan ikan gelama.

Muhibbah

Syarikat pembinaan kapal di sebelah jambatan Pulau Indah. Terdapat banyak plantoon syarikat ini berlabuh di bahagian tengah selat. Alaa yg mcm kotak warna hitam tu lah. Perkataan 'plantoon' ni tak tau le betul ke tidak. Kedudukannya di bahagian tengah selat. Kawasan ini banyak terdapat ikan gelama dan semilang. Jika anda bernasib baik, boleh dapat senangin, pari dan tebal pipi. Umpan sesuai adalah perumpun dan udang hidup bersaiz kecil. Cara ikan kat sini makan memang menakjubkan. Semua pakat serbu ramai-ramai! Tak sempat nak sampai dasar pun, dah kena sambar. Bagi pemancing yang tidak biasa, umpan mesti cepat habis. Kecekapan merentap joran adalah kunci utama tangkapan dapat dinaikkan. Keadaan air yang sesuai untuk memancing ialah air mati naik pasang dan arus menghala ke Telok Gong. Kalau takde arus, jangan baling jauh, letak bawah je. Air besar susah sikit sebab arus laju dan keruh. Kedudukan terbaik untuk melabuh umpan ialah di sauh plantoon. Ini adalah lokasi mencari lauk kami waktu dulu-dulu. Gelama dah tentu, kalau dapat besar, kira bonus la!

Depan Jabatan Laut

Lubuk ini berada di tengah selat antara Jabatan Laut dan Dermaga Minyak Pelabuhan Selatan. Kawasan ini dulunya mempunyai boya hijau tapi sekarang dah takde sebab jabatan laut dah dibina. Air memang dalam! Spesis yang biasa saya dapat ialah pari muncung, pari daun, gelama pisang dan kurau. Umpan terbaik ialah udang hidup saiz besar. Jika menggunakan beliak mata, kenalah potong kecik-kecik. Gelama Pisang memang suka. Ketika memancing, pastikan ada arus dan batu mesti besar, saiz 9 keatas. Arus laju dan air dalam tapi ikan banyak. Cara makan memang syok. Henjutan bukan main kuat, lebih-lebih lagi kalau Gelama pisang yang kena. Kalau tak rentap joran, ikan tak kena. Pastu rentap kene kuat sebab jarak umpan dan pancing memang jauh. Kalau pakai joran lembut, siksa wo! Batu dah besar, tambah ikan pun besar, pikir la sendiri....

Muara sungai Bagan Hailam

Kawasan ini terletak betul-betul di hadapan kuil bagan hailam. Kawasan parking plantoon myk diesel dan tongkang. Kawasan ini berlumpur dan banyak sampah ketika air surut habis. Spesis yang biasa terdapat disini ialah, semilang dan duri. Jika bernasib baik, senangin dan tetanda juga kadang-kadang terdapat disini. Umpan yang sesuai adalah perumpun, udang mati dan udang hidup bersaiz kecil. Waktu sesuai untuk memancing ialah, 1 jam sebelum air surut habis dan 1 jam ketika air mula pasang. Keadaan arus di kawasan ini begitu laju memandangkan ia adalah laluan air masuk ke sungai dan arus pusing di muara. Semilang sungai banyak terdapat disini dan cara makan memang hebat. Dengan air paras pinggang, pancing boleh terbang jika tidak di letak cermat. Cara makan tarik terus tanpa amaran dan tanpa henti.

Muara Sg Labohan Gurap

Kawasan ini mempunyai 2 cerun dalam melebihi 30 meter dan terletak berhadapan dengan Tanjung Harapan. Terdapat 2 tiang lampu yang menjadi penanda kedalaman air. 1 di bahagian tengah dan satu di bahagian tepi pantai. Cerun atau lubuk pertama yang saya katakan berada di muara sg, sila lihat pada peta. Spesis yang kami biasa dapat disini ialah, Jenak, Tetanda dan tirusan. Umpan terbaik yang paling diminati ialah anak ikan beliak mata atau selangat. Jika menggunakan udang, pastikan udang tersebut bersaiz besar dan hidup. Masa sesuai untuk melabuh umpan ialah 2 jam sebelum air naik.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Trip memancing 24/25 oktober



Salam ceria untuk semua rakan pemancing. Pada kali ini kami merancang untuk turun dengan sampan sewa milik En.Isa di jambatan pulau lumut. Tak tau ke? Alaa, jambatan yang nak pegi Westport tuu. Senang je, sal tu ijam(si tangan patah) bleh tak jumpa! kekeke.. Apelah ko ni jam, dah selalu turun pun buleh sesat. Aneh betul! Trip kali ini seramai 5 org tidak termasuk jepri, dengan alasan tak cukup budget. Iye ke ni jep? Ko takut ombak yee... Saya(si pari-pari), Jemik(Komando sungai), Ijam(si tangan patah), Wak nano(Tokey keledek), dan adik iparnya(Ahli baru) berkongsi menyewa bot. Harga bot 22kaki 40hp, Rm240 siap minyak. Sorang rm60, sewa rm50 umpan rm10. Bekalan udang 200ekor, mcm biasa amik di jugra. Oleh kerana sudah terlewat, saya dan jemik begerak dulu ke lokasi untuk menguruskan sampan terlebih dahulu. Perjalanan mengambil masa 1 jam melalui jalan dalam, yang lain naik lori. Raiders tak cukup sifat, pempaham je lah..

Sampai di jeti, enjin pun di hidupkan. 2 tahun tak bawak bot, sekali start sik mati je. Kerisauan terpancar di wajah tuan bot hehe..salam perkenalan tu..Keadaan air pd waktu ini adalah pasang mati hampir penuh.

Perjalanan mengambil masa 15 mnit untuk sampai ke lokasi pertama iaitu muara sungai Labohan Gurap. Tak tau le nama nya betul ke idak, sebab bapak saya kata mcm tu. Sampai saja, sauh di labuh dan umpan di campak. Masa yang di peruntukan 1/2 jam saja. Setelah 2 kali mengubah kedudukan, tiada tangkapan di naikkan. Umpan habis tapi tak rasa ikan makan, tiada arus. Kami berpindah ke boya tengah laluan kapal, dalam boleh tahan.


Tak sampai 10 minit sekor pari muncung di naikkan. Ijam dapat dulu, bukan besar pun, saiz tetuka. Lepas tu jemik pula dapat, spesis sama. Selang beberapa minit dapat lagi. Cuma diorang berdua je dapat! Hati panasssssssssss.. Sambil tu adalah pulak sekor yu cicak datang kacau umpan saya dan menjadi lesen pertama saya mlm itu. Keadaan ini berlarutan hampir 1 jam, tiada tangkapan lain dari tetuka dan muncung. Cewah, senyum jemik.



Dalam tempoh 1 jam, hampir 20 ekor pari muncung dan tetuka dinaikkan, tangkapan tak besar. Ape lagi, pindah.. Lokasi ketiga kami, parking kapal depan NorthPort. Air tak dalam, 3 depa beting pasir. Sauh di labuh dan aktiviti memancing diteruskan. Tetuka dan buntal dapat dinaikkan. Geram je..Tak sampai 20 minit, pancing ijam mendapat tarikan keras. Ikan yang disangka kecil menarik tali jauh ke belakang, hah dah kena! Tak padan dengan tangan patah



sebelah, kekili diputar dengan mulut dan tarik menarik berlangsung. Tekial-kial kami melihatnya, kesian pun ada. Lebih kurang 5 mnit tangkapan berjaya dinaikkan. Pari dalam 6 kg
tangkapan pertama terbesar pada malam itu. Balas dendam ye..Selang beberapa minit, seekor lagi dinaikan jemik. Tapi saiznya kecil sedikit. Selang beberapa minitnya, saya pula mendapat habuan! Best betul lah lubuk ni, ijam dan jemik tersenyuuuum je. Nano hati panassss kekeke.




Selepas itu tiada lagi tangkapan kerana cuaca tidak mengizinkan. Kami berpatah balik ke jeti pulau ketam untuk berteduh sehingga subuh. Langit berkelip-kelip dan angin bertiup kencang tapi tiada hujan turun. Kami tertipu! Selesai ribut, kami berpindah ke depan Jabatan laut. Disini air dalam dan 2 kali sauh hanyut, walaupun di tepi pantai. Dalam 5 minit, nano menaikkan seekor semilang yang saizya boleh tahan lah. Arus bertambah laju dan kami mengambil keputusan untuk pergi semula ke beting kapal parking memandangkan myk masih banyak. Perjalanan di teruskan dan tiada tangkapan besar selepas itu. Pendek kata trip kali ini memuaskan hati semua rakan-rakan memandangkan sudah 2 tahun saya tidak turun di kawasan ini. Masih ada ikan rupanya tempat ni, siap la air mati sekali lagi hehe...






















* Memancing di kawasan ini:-
  • Air surut, arus menghala keluar ke Pulau Angsa.


  • Pastikan ada arus ketika memancing.


  • Kawasan cetek berpasir di celah kapal.


  • Umpan udang kecil lebih sesuai berbanding anak ikan.


  • Letak pancing dan jangan pegang, sebab bila pegang rasa macam ikan kecil makan tapi bila sentap terlepas. Kene tunggu sampai melendut baru rentap.





Isnin, 26 Oktober 2009

Trip memancing 17/18 Oktober








Pada 17 Oktober hari sabtu malam ahad, saya bersama 3 orang rakan, jemik(komando sungai), Ijam(si tangan patah), Jepri(si mabuk laut hehe), secara bidan terjun memulakan trip memancing kami di Jeti Pulau Ketam yang masih di dalam proses pembinaan. Trip ini dirancang oleh saya(si pari) ketika terlanjur berjalan sehari sebelumnya ke rumah ibu dan bapa di pangsapuri bandar sultan sulaiman. Tengok pot macam best je, pe lagi, ada lagi tak ikan kat sini agaknya.

Pulang bekerja pada petang sabtu, saya dan jepri, terus membuka langkah. Ape lagi, racun-meracun pun bermula hehe. Tak cukup orang ni, panggil yang lain. Dengan 1 sms saja, ijam dah terpacak depan rumah. Tak padan dengan tangan patah pun nak mancing jugak, sabau je la. Jemik pulak telewat datang, balik kerje katanya. Dengan berbekalkan 70 ekor udang hidup yang di beli di sg buaya jugra, perjalanan di teruskan. Udang di Port mahal, 1 ekor 50sen. Kat sini murah, 50 ekor rm10, pikir la sendiri.. 1 jam perjalanan sampai ke lokasi. Dari jenjarom lalu dalam beb, semua raiders tak cukup sifat, baik org nya motor nya..pempaham dah lee..

Sampai di lokasi pd jam 9 mlm, umpan di labuh. Dalam kegelapan malam tanpa lampu, kami menunggu penuh debaran. Bukan tak bawak lampu, tapi lampu karbaid ada, karbaidnya tak ada! Puas kami mencari sepanjang perjalanan, semua kedai pun tak jual. Takde stok katanya. Ketika kami sampai, air telah pun surut hampir sepenuhnya. Pada tarikh tersebut jatuh pada waktu air pasang besar maksima. Dengan kata lain, air laju. Oleh kerana jeti tersebut manganjur ketengah, paras air masih berada pada kedalaman sesuai untuk memancing. 1 jam pertama cuma ikan-ikan kecil mencuri umpan udang kami. Udang ada, tapi kakinya hilang. Memang sah ikan kecik. Ada juga pemancing lain menaikkan semilang dan duri. Tak ketinggalan jemik dan jepri, belukang pembuka tirai kekeke..

Debaran saya berakhir apabila umpan diragut, betul-betul berada di hadapan jeti. Henjutan keras dan berulang membuatkan saya dan rakan lain terkejut. Rentapan dibuat dan kekili diputar. Baru 2-3 kali pusingan, ikan terus menarik sehingga spool berderik-derik. Dalam kekalutan malam, mimpi ngeri jadi kenyataan. Dari bahagian luar, ikan melarikan diri ke bawah tiang jeti. Kami hanya sempat melihat tali diheret keluar dan putus di depan mata! Bukan rezki saya, perambut nipis trip memancing yang lepas, putus bedekatan mata kail. Inilah hasilnya bila teguran rakan tidak diendahkan :) Malas nak tukar, buleh baling cepat hehe.. Nasihat untuk rakan memancing lain, sila periksa perambut anda kalau tak mahu jadi begini. Rugi, sebab ikan cuma makan sekali saja. Terlepas memang tak makan lagi.


Setelah perambut di ganti, aktivti memancing diteruskan. Situasi kecoh apabila joran ijam hampir terjatuh akibat tarikan kuat ikan. Tindakan pantas jepri menyelamatkan keadaan. Ijam mula beraksi. Dengan sebelah tangan dan mulut, kekili diputar dan aksi ngeri ditunjukkan. Kata-kata semangat terus bergema. sekor ikan Semilang berjaya dinaikkan. Boleh tahan besar nya. Untuk pengetahuan anda kawasan muara sungai ini adalah lubuk bagi spesis ini sejak sekian lama dulu. Muara sungai kelang yang bertemu dengan laut, berlumpur keruh dan mempunyai alur sungai dalam dan melandai. Sesuai dengan citarasa mahkluk berduri 3 ni.


Setelah air mula pasang, arus mula mengganas. Pada jam 3 pg ribut melanda! Dengan angin, hujan dan guruh, kapal yang kelihatan di tengah laut, hilang dari pandangan. Kami hanya duduk sambil menidurkan diri. Nak baring tak boleh, basah. Sehingga subuh, tiada tangkapan dinaikkan. Ketika air balas surut, kami dikejutkan oleh jemik dengan ikan tebal pipi yang disangkakan tetanda hehe.. dalam gelap mane nampak, saya pun turut sama tertipu. Hampeh betul! Adalah dalam 1/2kg, standart mancing tepi. Tebal pipi kedua dinaikkan jepri ketika matahari mula bersinar. Pendek kata, memasing berpuas hati dengan ape yang dapat. Minggu depan saya merancang untuk turun menggunakan bot sewa. Setelah 2 tahun menyepi, adakah lubuk-lubuk yang dulu menjadi singgahan saya masih berisi. Kita tunggu trip akan datan k!




*Memancing di kawasan ini:-
  • Air surut 1 jam sebelum pasang dan air pasang mati.
  • Air besar boleh mancing tapi air nak naik pasang je ada ikan.
  • Air surut gelama ngan blukang je ada, baik air mati atau air besar.
  • Umpan terbaik, udang hidup dan perumpun.







Trip memancing di Port Klang

Memancing di Port Klang memang seronok. Ape lagi kalau dah biasa dengan kawasan ini dan tau lokasi sesuai untuk melabuh umpan. Tak kisah lah dekat mane pun anda memancing, baik di bawah jambatan, tepi sungai atau menaiki bot, pasti ada saja yang mengena. Ikan gelama, duri dan semilang adalah penghuni setia kawasan selat ini. Jika melabuh sauh, nama-nama ini pasti akan kedengaran. Kurau, Tanda, Kerapu, Siakap dan Pari adalah trophy berharga yang pasti menjadi sasaran. Spesis ini adalah biasa terdapat di kawasan selat yang terlindung dari ombak besar dan haluan angin kencang dari laut selat melaka. Bagi mereka yang kurang sesuai dengan keadaan laut lepas yang bergelora (mabuk laut daa..) perairan ini sgt sesuai untuk memancing. Kalau mabuk jugak, tak tau la nak cakap ape hehe.. Jadi, ape lagi.. Jom mancing bersama kami!