Rabu, 22 Februari 2017

Jigging cari lauk

Keadaan angin yang mula reda di kawasan terbuka membuka hati saya untuk keluar mencari lauk. Itu pun setelah diajak berulang kali oleh pilot Sharil. Tidak tahan mendengar rintihannya yang kumpau di Pulau Sembilan sehari sebelumnya, akhirnya saya mengalah juga untuk turun. Bersama kami, Abg Rozni yang baru berjinak-jinak mengenal jig buat pertama kali.












Hasil sepencarian selama 4 jam membuahkan hasil. Lauk, duit minyak dan duit poket samarata selepas ikan dijual di darat.

Ops tukun pokok 6

Selepas pokok pertama diselesaikan, kerja menarik pokok kedua berjalan dengan agak lambat sedikit. Pokok kedua ini bersaiz besar dan panjang. Memerlukan lebih perhatian dari segi keselamatan dan cara kerja.



Kerja berjaya diselesaikan sekitar jam 6.30 petang. Sebiji tong turut terkubur bersama pokok kemungkinan besar dimasuki air akibat penutup bocor. Tak mengapalah, selepas berteritip, ia juga berguna nanti.

Ops tukun pokok 5

Kerja penambahan tukun masih giat dijalankan walaupun berseorangan. Oleh kerana teknik yang digunakan agak ringkas yang kurang tenaga, kerja masih boleh dijalankan walaupun berseorangan. Minggu ini, 2 pokok berjaya di bawa ke spot terpilih untuk pelaburan jangka panjang di masa hadapan.

 Sistem apung dan tarik ni memang berkesan.. Kalau lah dari dulu buat kan bagus..

 Dari jauh nampak kecil saja pokok ni.

 Saiz pokok agak kecil sedikit berbanding pokok kedua selepas ini. Tetapi dengan 5 pelampung yang digunakan, terbukti beratnya memang hampir 1/2 tan. Pokok seperti ini memang berat dan tidak akan hanyut walaupun arus deras. Namun ada tempoh masa tertentu ia akan reput dan hancur akibat di mamah teritip dan hidupan laut lain. Selesai di tukunkan, kerja menarik pokok kedua diteruskan.