Jumaat, 23 Mei 2014

Membantu menarik bot rakan

Pada trip lepas, seorang dari rakan kami telah mengalami kerosakan enjin berdekatan Selat Mahang. Berita di sampaikan melalui sms kepada kami sekitar jam 2 petang. Sarat dengan 4 penumpang, mereka hanya mendapat pertolongan dari sebuah bot kecil yang baik hati. Ada banyak bot lalu lalang namun tiada pertolongan diberikan. Mungkin disebabkan muatan dibawa, ramai yang tidak sanggup membantu.

 Memandangkan sudah jam 4.30 petang dan tiada bantuan diperolehi. Setelah berbincang dengan ahli trip, kami mengambil keputusan untuk membantu mereka. Jarak kami yang jauh dan bekalan minyak yang tidak mencukupi menjadi penghalang utama. Namun semuanya berjalan lancar walaupun dengan muatan berlebihan, akhirnya bot berjaya ditunda ke pengkalan.

 Ahli trip yang tidak kesampaian menaikkan ikan baik. Ada rezki nanti kita turun lagi.

Manunda bot dengan muatan berlebihan amat merbahaya lebih-lebih lagi melintasi kawasan laluan kapal. Untunglah semua nya selamat. Teringat pula ketika dulu, saya sering mendapat pertolongan dari orang yang tidak saya kenali ketika bot yang saya naiki rosak di laut. Pernah di suatu ketika, bot yang kami sewa telah mengalami kerosakan tali starter. Sebuah bot Pilot dari Pelabuhan Utara menarik bot kami ke boya berdekatan dan memberikan peralatan untuk membaikpulih kerosakan tersebut. Hidup ibarat roda berputar, pada kali ini, giliran saya pula untuk membantu. Kepada rakan-rakan pemancing yang lain, bantu lah rakan kita di laut semampu yang boleh walaupun kita tidak mengenali mereka. Mana tahu, mungkin esok lusa anda pula yang akan menerima pertolongan.