Eboi dan Komando_sg telah ditimpa kemalangan ketika perjalanan trip memancing. Alhamdulillah, mereka berdua selamat dan hanya mengalami kecederaan kecil. Eboi mengalami luka di tangan dan Komando_sg cedera pada mata kanan akibat terkena joran yang patah. Berikutan itu, satu artikel tentang pembungkus joran dan kegunaannya telah saya keluarkan tempoh hari. Oleh kerana masih belum sembuh, kami hanya ke kolam untuk memancing.
Mata tak nampak pun nak memancing juga, inilah kaki pancing tegar..
Oleh kerana sampai lambat, kebanyakan ruang telah pun penuh.
Kami menggunakan ikan Lampam sebagai umpan dan udang di beli di kaunter.
Setelah 3 jam menanti, cuma seekor saja yang dapat dinaikkan. Kemungkinan besar ikan telah mula kurang kerana kebanyakan yang baru keluar semuanya memikul sekurangnya 2 ekor tangkapan.
Jenahak yang berjaya dinaikkan Eboi dengan umpan Lampam..
Antara tangkapan pemancing lain yang memang memuaskan hati setelah 3 jam memancing..
Kolam ini terletak di Bandar, Jugra. Tempoh masa minima 3 jam memancing adakalanya berbaloi juga jika mengena. Lebih baik jika datang ke sini selepas hari kolam bercuti. Walaupun hanya seekor, ikan ini kami masak di kedai dan makan bersama sehingga tinggal tulang saja!