Selasa, 29 Januari 2013

Trip 28/1 Menyiapkan Kerja Mengukur Dasar Laut

Tujuan trip ini adalah untuk menyiapkan kerja mengukur dasar laut yang masih belum siap sepenuhnya. Oleh kerana pada waktu itu saya mempunyai trip memancing dan Eboi mengambil alih kerja tersebut. Satu pengalaman baru baginya membwa bot berseorangan menempuh ombak dan gelora kapal. Tahniah buat kamu kerana berani menyelesaikan kerja tersebut, syabas! Jadikan satu pangalaman berharga dan ilmu baru untuk kamu.

Pada hari ini juga, saya menyelesaikan baki 6 laluan yang masih belum di lalui. Kerja tersebut berjaya diselesaikan pada jam 2 petang. Kami beralih untuk memancing sekadar menghabiskan masa terluang. tidak banyak gambar dapat dirakam untuk trip ini.

Kapal Karam di kawasan Padang, hanya meghasilkan Beberapa ekor Gelama dan duri.. Dah lama tak berlabuh dilokasi ni..

 Gelama Pisang Di Navy..

 Tunggul kayu dalam air yang menghasilkan 2 ekor Tetanda di dalam sungai.. 

 Tetanda yang saya dapat di sungai menggunakan ikan Selangat. Agak sukar mendapatkan umpan ketika air mula pasang. Hanya anak ikan saja yang berjaya dijala. Trip bertolak pulang pada jam 5 petang dengan sedikit tangkapan untuk krew bertugas.


Trip 27/1 En Arif KWSP dan Rakan-Rakan

Trip yang diangotai 7 orang pemancing, bertolak pada jam 8 pagi menggunakan bot sewa Rafi.
Jika biasanya saya berseorangan, kali ini saya membawa Acid sebagai pembantu. Dengan bekalan minyak 2 tong dan Umpan Udang pasar, kami berlabuh di lokasi pertama Sg Labuhan Gurap. Memandangkan air masih tinggi saya cuba untuk menjala anak ikan di kawasan tongkang berlabuh. Hasilnya beberapa ekor ikan Selangat berjaya diperolehi.

Bot ni memang sesuai untuk muatan 7 orang tetapi bekalan minyak harus 2 tong atau lebih.

Kami berlabuh di lokasi muara sungai Labuhan Gurap, Beberapa ekor Gelama kecil berjaya dinaikkan. Di selang seli dengan Sesirat dan Cikbun. Ketika ini keadaan air besar maksima sedang surut separuh. Saya juga berjaya menaikkan seekor Tetanda sebesar tapak tangan. Saya mencadangkan agar berpindah ke kawasan yang lebih dalam memandangkan agak kerap Sesirat mengganggu umpan kami.

 Gelama papan di naikkan menggunakan umpan udang pasar..

 Tetanda ini dengan umpan Selangat hidup di lokasi sama..

Setelah berpindah ke lokasi kedua berdekatan, ikan mula rancak meragut umpan. Beberapa ekor Gelama Pisang dan Sembilang kecil berjaya dinaikkan. Ketika ini juga salah satu joran kecil mereka di ragut ikan besar. Keadaan menjadi agak kelam kabut kerana tarikan ikan agak kuat hingga joran melentur ke bawah. Maklumlah joran yang digunakan agak kecil dan lembut. 
Gelama Pisang di lokasi kedua..

Acid pun dapat juga seekor di sini di samping itu juga beberapa ekor ikan Sembilang kecil..

Setelah berhempas pulas bermain, akhirnya ikan dapat dilihat di permukaan air. Seekor Tirusan yang agak besar berjaya di naikkan. Selepas 10 minit, seekor lagi Tirusan berjaya dinaikkan juga oleh seorang lagi ahli trip. Tetapi saiznya kecil sedikit dari yang pertama tadi, juga mengenai joran kecil berumpankan udang pasar..Habis tali pancing kami di lilitnya dek kerana ikan berpusing melawan arus beberapa kali..Untung tak terlepas..

  Yang pakai life Jacket tu dapat, yang sebelah tolong pegang aje hehehe..

 
 Ini pula ikan kedua yang berjaya dibawa naik oleh yang tolong pegang ikan tadi hehe..

Setelah air mula bertukar arus, saya membawa mereka untuk menjala udang dan mencari Perumpun. Adalah sedikit udang dan Perumpunnya yang dapat saya adakan. Setelah itu kami terus berpindah lokasi ke muara sungai lain berhadapan LBT Gas. Seekor Sembilang dan Tetuka berjaya dinaikkan. Keadaan arus deras dan air keruh menghalang kami untuk berada lebih lama di lokasi ini. Kami berpindah ke dalam anak sungai dan berlabuh di tebing yang terdapat tunggul dan beting di tengah. Di sini, beberapa ekor Gelama, Sembilang dan Tetanda menjadi habuan kami..

 Sembilang berumpan Perumpun di muara sungai yang cetek, hanya letak di bawah bot saja..

 Tetuka di lokasi sama..

 Tetanda di laluan anak sungai..

Setelah itu kami berpindah semula ke muara sungai namun ombak dan angin mula kuat dan memaksa kami mencari kawasan yang lebih tenang. Hanya seekor Bebolos besar dan Seekor Sembilang berjaya dinaikkan. Kami berpindah lagi..Lokasi tersebut di NAVY berhampiran pantai berbatu yang terdapat pasir di tepinya.

 Besar betul Bebolos ni, macam ikan haruan pula..

 Ikan Sembilang di lokasi sama..

 Dilokasi ini, beberapa tangkapan baik berjaya dinaikkan. Antaranya Tetanda dan Tebal Pipi..

 Terkejut kerana terdapat mata kail terkeluar dari perut Tebal Pipi ini. Saiz besar pula tu, mungkin hasil tangkapan pemancing lain yang putus.

Hasil keseluruhan tangkapan yang agak membanggakan yang hanya menggunakan udang pasar. Trip ini secara kasarnya bejumlah Rm450 dan pulang ke pengkalan pada jam 7 malam. Terima kasih kepada En Arif kerana sudi memancing bersama kami.


Jumaat, 25 Januari 2013

Trip 20/1 Turun Tanpa Tekong

Ketiadaan saya untuk membawa bot bukan satu penghalang untuk mereka ni turun memancing tanpa saya. Rasanya dah banyak ilmu yang mereka timba dan boleh turun sendiri. Pada trip tersebut Samat,Eboi, Acid dan Abg Emi menduga kawasan sangkar Pulau Ketam memandangkan keadaan air mati tidak berarus. Berikut tangkapan yang berjaya dibawa naik pada trip tersebut.

 Daun Baru..

 Bawal yang diperolehi oleh Abg Emi..

 Tetanda..

Gelama Papan juga di lokasi sama..

Tahniah diucapkan pada mereka ni, agak membanggakan dengan hasil begini. Trip ni pulang pada jam 7 malam..

Trip 24/1 Bagan Lalang Kumpau!

Trip ini dirancang oleh Eboi untuk pertama kalinya dengan membawa bot sendiri. Jumlah penumpang seramai 5 orang dengan bot 40hp dan 21 kaki yang menyeramkan saya. Sewa bagi bot ini hanya Rm150 beserta minyak 1 tong. Tujuan trip ini untuk menyuluh laluan yang berpotensi dan memancing di sekitarnya. Tiada tangkapan berjaya dinaikkan walaupun spot yang berpotensi di jumpai. Arus yang begitu laju juga menyukarkan kami memancing.

Sungguh pun bekalan minyak telah disediakan, kami masih membawa bekalan minyak  sebagai persediaan tambahan. Namun minyak ini berbaki 3/4 setelah trip berakhir. Ini membuktikan penjimatan minyak bagi enjin tersebut.

 Petronas Kg Olak Lempit, ketika mengisi minyak dan membeli makanan..

Masih berminat membeli sedikit bekalan udang hidup yang begitu murah disini. Rm1 3 ekor dengan saiznya yang begitu besar..

 Sampai lambat di pengkalan, tuan punya bot mengisi 2t ke dalam tong minyak kami.

 Memindah peralatan ke dalam bot..

 Bot yang berada di pengkalan tersebut begitu tersusun rapi..

 Laluan keluar melalui sungai sepanjang 5 kilometer yang jernih airnya..

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sungai ini dipenuhi Bulan dan Siakap jika pandai mencarinya. Mungkin lain kali kami akan cuba menjejaknya..

 Jeti Wak Sempo dari tengah sungai..

 Tiang Peken Putih untuk apollo Tamban..Banyak juga yang kami dapat untuk umpan tetapi malang kerana ikan ini tidak begitu panjang hayatnya..Dah cuba sedaya upaya namun masih tetap mati..

 Ikan Tamban hidup..

 Muka letih sepanjang perjalanan kerana diserang astma, letih sangat bekerja kuat kot..

 Tangkapan yang berjaya dibawa naik, amat-amat menyedihkan..

 Mengikut maklumat yang kami perolehi, kawasan ini hanya sesuai memancing ketika air mati dan waktu malam saja. Berikutan itu juga beberapa bot lain yang juga senasib dengan kami. Namun beberapa lokasi "panas" juga berjaya kami temui ketika penyuluhan dilakukan..Spot-spot "panas" tersebut berada diantara kedalaman 6 hingga 21 meter yang mempunyai lubang dasar laut berkarang.

Antara maklumat terbaru yang saya perolehi disini.. Lubang 1


Lubang 2 berbentuk tumit kasut..


 Lubang 3 bukit kecil berkarang pada kedalaman 5.7 meter..

Kami akan kembali semula ke sini bagi menduga spot "panas" jika berkesempatan suatu hari nanti.. Jika anda berminat untuk menyewa bot terbabit sila hubungi En Yadi 0172393921..