Khamis, 21 Julai 2016

Kisah Jig, disangka Talang, rupanya Pari.

Berada di kawasan laut luas yang tidak bertanda kadangkala kecut dibuatnya. Dengan laluan kapal yang bersimpang siur, ombak kapal dan sebagainya, kemahiran dan pengalaman memang sangat diperlukan di sini walaupun dengan bot besar. Bagi yang meminati teknik Mikro Jigging lokasi di sini memang sangat sesuai. Cuma pastikan peralatan dan waktu sesuai digunakan di waktu yang betul. Selebihnya serah padanya..

 Penanda lautan luas yang sangat berguna..

 Kuda yang tetap berkuasa walaupun kadangkala semput!

 Sambil berjalan, siapkan dulu peralatan.

 Wajah keletihan selepas separuh hari mencari tanpa hasil..

 Dah mula berhasil..

 Salah satu Tetanda yang makan jig kami.

 Berhasil pada waktu petang..

 Yang ni besar sikit.

 Pari dengan berat 18kg menyambar jig kami ketika separuh air dikarau..

Keseluruhan hasil sisik hari ini..

Trip mancing cuba-cuba cari lauk..

Ramai yang bertanya mengapa saya sudah tidak kerap turun di kawasan pulau ketam dan bertukar ke teknik jigging di paloh? Jawapan saya, menimba ilmu baru adalah perlu bagi setiap pemancing dan saya juga tidak mahu melepaskan peluang yang ada. Mungkin kita menganggap lokasi sedia ada mencukupi tetapi apa yang anda tidak tahu lokasi ini semakin kurang berhasil. Mengurangkan aktiviti di tempat yang sama boleh mengurangkan masalah ini.

 
Hari ini misi mencari lauk di kawasan sangkar ikan..

 
Jika dulu saya kerap menggunakan umpan hidup dan ikan pasar sebagai umpan, kini umpan apolo menjadi pilihan. Lebih murah, lebih seronok dan paling penting ia berkesan. Ini pun hasil dari ilmu yang dipelajari dari masa ke semasa. Bukan mudah tapi berbaloi walaupun terpaksa bersusah payah bertahun lamanya.

 
Ikan Tamban apollo adalah umpan terbaik setakat ini berbanding ikan Beliak mata yang lebih lembut dan mudah di ganggu ikan kecil. Namun kehadirannya di lokasi tidak dapat dijanjikan dan apollo yang digunakan untuk menjeratnya juga tidak sama. Ikan ini mempunyai darah yang banyak berbanding ikan Beliak Mata yang hanya mempunyai bau. Jika saya diberikan pilihan antara keduanya, saya pilih ikan Tamban kerana ia lebih jimat.


Oleh kerana air jernih dan perlahan ketika ini, sasaran saya adalah spesis Kerapu yang biasa di kawasan ini. Di lokasi pertama 2 ekor berjaya dinaikkan dalam tempoh setengah jam. Umpan tamban sekor yang saya buang sisiknya.

Sambi tu jig yang saya hulurkan disambar ikan Gelama comel..

Ketika air mula berubah, saya mengubah lokasi dan berhasil menaikkan seekor lagi Kerapu yang kecil sedikit dari saiz yang pertama dan kedua. Walaupun waktu memancing hanya setengah hari, waktu yang tepat dan keadaan air yang sesuai banyak membantu mempengaruhi hasil hari ini. Rasanya sudah cukup untuk lauk seminggu sekadar selingan dari lauk sedia ada.

Trip Jiging cuba-cuba sambil cari lauk..

Kalau sudah bergelar pemancing tegar, seminggu tidak memancing rasa seperti sebulan lamanya. Tapi jika sudah setiap hari memancing, kadangkala timbul juga rasa jemu. Yang penting kaki pancing tegar tidak pernah melupakan joran walaupun tinggal jauh dari air. Pelik tapi benar!

 Kita tinggalkan cerita tentang tadi, kita renung mata ikan-ikan ni pula. Tak perlulah saya bercerita panjang bagaimana semua ini terjadi. Lihat saja pada gambar, anda sendiri sudah tahu teknik yang saya gunakan. Kalau sudah gila jig, paling lama sebulan sekali saya pasti akan turun.

 Kenapa jig yang saya pilih? Jawapan saya, tangan tak kotor, umpan tak payah dicari, masa memancing yang panjang dan paling penting hasil sudah boleh dijangka. Cuma kadangkala rezki tidak memihak walaupun sudah berusaha keras. Ini perkara biasa...

 Ikan Merah yang menyambar jig 60 gram bewarna biru..

 Kebanyakan spesis yang dibawa naik hanya jenahak, Talang dan Merah kebiasaannya.


Nak silang, silang lah bro..tapi jangan la sampai rapat macam ni! Jangan pulak marah kalau aku silang ko kejap lagi. Ni lah pemancing tak beretika, memang laut ni kita kongsi tapi bersopan lah sikit dengan pemancing lain!

Sebenarnya hari ini adalah misi mencari lauk seminggu. Walaupun jauh perjalanan, walaupun penat seharian, hasil inilah menjadi pengubat segalanya. Pemancing tegar tidak pernah melupakan joran!

Trip En.Rosidi, Pulau Ketam masih berpenghuni..

Trip Pulau Ketam kali ini agak berhasil dengan tangkapan baik pada sebelah petang. Hanya ikan kecil berjaya dinaikkan pada sebelah pagi. Oleh kerana hanya udang hidup yang di bawa, kami terpaksa mengumpul ikan kecil untuk dijadikan umpan segar.

 Keadaan air jernih dan masih perlahan banyak mempengaruhi hasil yang diperolehi pada trip kali ini. Tiupan angin yang perlahan juga memihak kepada kami sepanjang trip berlangsung. Antara spesis sisik yang banyak dinaikan adalah Tetanda bersaiz sederhana.

 Merah di lokasi muara sungai Pulau Ketam.

 Tetanda juga di muara sungai.

 Rata-rata yang menyambar umpan, hampir semuanya menyeret tali keluar dari gelendung..

Tetanda saiz hidangan sepinggan memang banyak di muara sekiranya tau di mana kita perlu menunggu.

Salah satu hasil terbesar yang berjaya kami naikkan setelah dua kali berputih mata di lokasi berlainan.

Hasil seperti ini memang di idamkan setiap pemancing, namun tidak semuanya berhasil sepanjang masa. Faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi suasana memancing perlu juga difikirkan setiap kali sebelum turun memancing. Bagi pemancing tegar dan berpengalaman, ini adalah perkara biasa. Namun bagi yang baru bermula bergelar pemancing, perkataan kumpau mungkin boleh merubah tanggapan dan sekaligus melemahkan semangat diri. Oleh itu anggap lah pengalaman kumpau sebagai satu pembelajaran baru buat anda. Selamat memancing!