Isnin, 4 Mac 2013

Trip 4/3 Kuala Trong Perak

Pada kali trip kali ini, saya telah tersesat terlalu jauh dek kerana mengikuti Eboi dan Abg Amer. Rasanya inilah tempat memancing yang paling jauh pernah saya kunjungi setakat ini. Trip ini bertujuan untuk menumpaskan spesis Siakap Putih dan Mj. Kami bertolak dari Kajang pada jam 1 pagi dan sampai ke destinasi pada jam 6.30 pagi. Jauh betul kawasan ni ke hulu, sampan di kawasan ini pun kebanyakannya sepanjang 10 hingga 19 kaki dan menggunakan enjin 15hp.

 Jeti Kuala Trong ketika subuh.

 Kami bertemu dengan Tekong Ustaz Nasir pada jam 8 pagi. Tekong ini di kenali Abang Amer melalui pancing.net dan pertama kali mencuba. Saya yang mula-mula menolak untuk turut serta akhirnya mengikut juga kerana ajakan Eboi.

 Menaiki bot aluminium ringan dan enjin 15hp satu pengalaman baru buat kami. Bot ini agak kurang stabil dan perlu berhati-hati ketika bergerak. Namun Tekong yang memahami dan baik ini banyak membantu kami.

 Teknik yang digunakan di sini mengunakan umpan anak todak(jenjulung) yang di ikat sendiri oleh tekong. Perkhidmatan tekong terbaik yang pernah saya lihat. Anak todak tadi di perolehi dengan memancing terlebih dulu di laluan anak sungai berupan perumpun seperti memancing ikan Puyu di parit! Seronok juga buat cara macam ni, sedikit sebanyak kami terhibur.


 Selepas mencari umpan, kami keluar ke suna gai untuk memancing. Tak banyak gambar dapat diambil, kerana pergerakan amat terbatas di atas bot. Umpan dalam gambar ini ketika Eboi melepaskan satu ragutan kuat di spot bereba.
 Popper ni saya gunakan untuk menundukkan bulan..

 Ikan Kacang yang berjaya di pancing Eboi

Keseluruhan tangkapan yang kami perolehi pada trip ini. Banyak ragutan dan sambaran tetapi kebanyakannya rabut. Kami bercadang untuk datang semula suatu hari nanti.