Pada hari rabu yang lepas kami telah membeli enjin 60hp terpakai yang masih dalam keadaan baik. Urusan jual beli diselesaikan di sebuah kedai enjin sangkut di Pandamaran PortKlang. Setelah urusan selesai, kami menghala ke Bagan Lalang untuk membuat pembayaran kepada tuan punya sampan 25 kaki. Malangnya, pembelian tersebut tidak diteruskan, berikutan hasil pemeriksaan pada belakang sampan terbabit amat mengejutkan kami. Terdapat lubang kecil bekas sekru enjin di bahagian bawahnya tidak bertutup. Lubang tersebut telah dimasuki air sekian lama dan menyebabkan kayu di bahagian dalam telah mereput. Terdapat juga keretakan pada bahagian dalamnya. Maka urusan pembelian tersebut terpaksa kami batalkan.
Setelah itu, kami mendapat maklumat terdapat sebuah sampan ukuran 24kaki yang ingin dijual di sementa Kelang. Setelah menemui tuan punya sampan, kami ke pengkalan melihat sendiri keadaan sampan tersebut. Hasil pemerhatian, ia juga kurang sesuai dengan kriteria yang kami cari. Seorang ahli pengkalan tersebut juga menasihati kami yang bot tersebut kurang sesuai dengan enjin 60hp. Oleh kerana itu, kami kembali ke rumah dengan hati yang hampa. Sebelum itu, kami juga singgah di Rantau Marine, tempat penyimpanan dan membuat bot. Terdapat 2 buah sampan berukuran 24 dan 19 kaki yang ingin dijual. Sampan tersebut memang cantik dan masih baru. Harga yang di tawarkan pula Rm4200 beserta bumbung kayu. Walaupun agak murah, sampan tersebut masih tidak menepati citarasa kami.
Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menyimpan enjin berkenaan hinggalah sampan yang sesuai ditemui. Apa yang kami cari ialah, sampan tersebut mestilah berukuran 25 kaki panjang, mempunyai perut yang lebar supaya lebih selesa dan selamat. Yang paling utama, mesti sesuai untuk muatan 6 orang.
Ketika di kedai enjin, saya menemui sebuah sampan baru berukuran 13.5 kaki untuk dijual dengan harga Rm1700. Di sini saya letakkan kan gambar untuk rujukan anda.
Terdapat dalam 2 warna dengan harga yang berbeza. Sampan ini sesuai di padankan dengan enjin 15hp ke bawah dan muatan maksima 3 orang.