Rabu, 27 Mac 2013

Sekadar informasi, Keadaan Air Cantik Bulan April

Berikut saya sertakan maklumat penting berkaitan keadaan air dan kesesuaian untuk memancing sekitar kawasan trip..

April 2013

Tarikh    Air                                         Kesesuaian
  1         ****        Air menyorong kecil, Terbaik untuk menjerat Kurau
  2         ***          Air menyorong kecil, Terbaik untuk menjerat Kurau
  3         **
  4         *               Air Mati tak berarus, kurang sesuai memancing
  5         **             Arus mula bergerak, Terbaik untuk memancing
  6         ***           Arus mula bergerak, Terbaik untuk memancing
  7         ****         Air menyorong besar, sesuai memburu Senangin
  8         *****       Arus telah mula laju dan keruh
  9         ******     Air besar, sesuai untuk Tetanda, Pari Kecil
10         ******     Air besar keruh, sesuai untuk memburu Sembilang
11         ******
12         *****
13         *****
14         *****
15         *****
16         ****         Air menyorong kecil, terbaik untuk menjerat Kurau
17         ***           Air menyorong kecil, terbaik untuk menjerat Kurau
18         **
19         *               Air mati tidak berarus, kurang sesuai untuk memancing
20         **             Arus mula bergerak, terbaik untuk memancing
21         ***           Air menyorong besar, sesuai untuk memburu Senangin 
22         ****         Arus telah mula laju dan keruh
23         ******   
24         ******     Air besar, sesuai untuk Tetanda, Pari Kecil
25         ******     Air besar keruh, sesuai untuk memburu Sembilang
26         ******
27         ****         Air masih laju dan keruh, sesuai untuk Tetanda, Pari kecil
28         ***      
29         ***
30         ***

Merah Ahad
Biru Sabtu
Hitam Isnin-Jumaat

Keterangan jadual di atas..

Air Menyorong Kecil bermaksud keadaan air besar yang mula perlahan dan akan mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing. Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesis Kurau, Senangin dan Jenahak di kawasan dermaga dan kawasan dalam yang lain. Biasanya ketika ini juga nelayan akan melabuhkan jaring Tagan di sekitar anak sungai selama air pasang. Jika di kawasan terbuka di luar, Jaring Tekap digunakan bagi menjerat spesis dasar berkarang.

Air mati tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu walaupun bersaiz kecil. Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Ketika ini ikan buntal dan Sesirat adalah yang paling banyak mengganggu. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik Casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat Tetanda dan Siakap yang bergerak di dalam anak sungai.

Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis Ikan Senangin yang mula bergerak bersama air pasang.

Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air keruh seperti teh susu. Biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat. Ketika air mula tinggi spesis ikan Tanda dan Gelama adalah spesis yang biasa menghuninya. Kebanyakkannya berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesis Ikan Semilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek. Di waktu  ini juga, nelayan akan keluar menjaring Ikan Bawal di kawasan laluan kapal yang dalam.

Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran. Maklumat di atas hanyalah sekadar pengalaman saya yang sedikit selama turun ke laut di kawasan PortKlang.