Isnin, 18 Mac 2013

Trip 2 Jam Meninjau Lombong

Pada petang Jumaat 15/3 saya dan Eboi telah mengunjungi sebuah kawasan lombong tinggal di Jalan Kebun. Sempat juga kami menjerat Toman yang ada di situ. Walaupun hanya 2 jam, teknik Casting menggunakan Popper berjaya menjerat seekor toman bersaiz 2 kilogram.

 Dengan set ringan dan umpan tiruan, toman bersaiz begini sudah cukup memberikan kepuasan dan menghilangkan penat bekerja sepanjang hari..

Lepaskan semula dan beri peluang pada yang lain untuk mencuba..

Agak banyak jumlah Toman di sini jika dilihat dari sambaran dan ketika ia timbul dipermukaan. Rata-rata yang timbul di permukaan semuanya bersaiz besar. Lombong ini dulunya banyak ikan Tilapia yang mudah diperolehi hanya dengan umpan cacing dan joran Teleskopik. Namun saya rasakan kehadiran Toman di sini akan mengurangkan spesis ikan lain pada masa depan. Dari mana dan bagaimana ia masuk ke kawasan ini, masih menjadi tanda tanya. Kepada kaki-kaki casting boleh la mencuba di kawasan ini.