Panjang bot adalah 25 kaki dan masih mempunyai peralatan steringnya..Tiada kecacatan pada badan bot, rasanya boleh terus digunakan setelah enjin di pasang..
Pada tarikh 27/3 hari Rabu, kami membuat perancangan untuk membawa balik bot tersebut melalui laut. Setelah perbincangan dibuat, kos bagi pemindahan ini lebih murah berbanding melalui darat. Walaupun begitu risiko juga tinggi dengan cara ini. Semua perancangan dan pengumpulan maklumat akhirnya membuahkan hasil.
Memunggah tong minyak dan peralatan sampingan..
Oleh kerana stering set tidak dapat digunakan, pemanduan hanya manual sementara waktu..
Setelah 4 jam menunggu akhirnya bot diturunkan ke air di kawasan di jeti nelayan Sekincan.
Sakit tangan ku memulas minyak yang keras ni..
Buat pertama kali Eboi mengemudi bot melalui kawasan bergelombang merentasi Pulau Angsa dan sekitarnya.
Jangkamasa perjalanan dari Sekincan ke Portklang adalah sekitar 2 jam. Penggunaan minyak pula hanya 1 1/2 tong dengan kelajuan separuh dan maksima. Walaupun keadaan laut agak bergelora dan seringkali kipas terapung di permukaan air, kami selamat sampai pada jam 6 petang di pengkalan.