Setelah di teliti, sebenarnya pemancing terbahagi kepada beberapa kategori...
Pemancing Berduit
- Pemancing jenis ini biasanya tidak begitu memikirkan tentang belanja yang dikeluarkannya, asalkan matlamatnya tercapai.
- Tidak kisah jika sesuatu trip tidak mendatangkan hasil.Namun keadaan ini jarang berlaku kerana lokasi yang akan dikunjungi biasanya memang berisi.
- Peralatan yang dibeli bernilai ribuan ringgit.
- Lokasi padang pancingnya melintasi sempadan.
- Hasil yang diperolehi biasanya dalam kuantiti besar dari saiz yang biasa.
- Mampu menaja rakan-rakan asalkan trip yang dirancang dapat dilaksanakan.
- Akan kembali lagi untuk trip yang sama walaupun tiada hasil yang diperolehi.
- Mempunyai rakan-rakan jauh melintasi sempadan. Tidak kisah tentang siapa rakan mereka walaupun tidak pernah dikenali.
- Biasanya bergerak dengan kelab atau organisasi tertentu untuk trip tersebut.
- Berpengetahuan tinggi dalam dunia memancing terkini.
- Pemancing jenis ini biasanya akan memikirkan dan merancang belanja yang akan dikeluarkan terlebih dahulu. Sekiranya mampu, maka trip akan diteruskan.
- Peralatan yang di beli hanyalah sekadar yang termampu dan sesuai dengan hasil yang diburu.
- Tidak mampu menaja rakan kerana budget hanya cukup untuk diri sendiri.
- Biasanya mementingkan hasil walaupun tidak besar, sekurang-kurangnya berbaloi dengan belanja yang telah dikeluarkan. Walaupun kadangkala "kumpau" melanda, ekspresi wajah tidak ketara namun di dalam hati si pemancing ini ada rasa kecewa.
- Kebarangkalian untuk tidak mengulangi trip tersebut adalah tinggi.
- Seringkali membatalkan trip jika tidak cukup ahli kerana budget terbatas.
- Mempunyai grup atau rakan-rakan yang sama tiap kali turun membuat trip.
- Mempunyai pengetahuan sederhana dalam dunia pemancing.
- Pemancing jenis ini begitu berkira tentang belanja yang dikeluarkan.
- Mengharapkan hasil baik yang akan diperolehi kelak.
- Tidak akan mengulangi trip yang sama jika gagal pada trip pertama.
- Jika boleh belanja yang dikeluarkan sedikit, tetapi hasil yang diperolehi melebihi nilai yang telah dibelanjakan.
- Mengharapkan rakan-rakan lain untuk membantu.
- Mempunyai peralatan sekadar ada saja.
- Seringkali membatalkan trip jika berlaku masalah.
- Bergerak sendiri atau dalam klik yang kecil.
- Lokasi memancing tidak melepasi sempadan.
- Biasanya pemancing jenis ini masih muda dan baru berjinak-jinak dalam dunia memancing.
- Masih mencari dan menimba ilmu dalam dunia pemancing.
- Pemancing ini tidak mempunyai budget untuk membuat trip atau memang langsung tidak pernah mengikuti trip.
- Biasanya sekadar mengisi masa lapang saja.
- Lokasi memancing hanya di kawasan berdekatan tempat tinggal. Lokasi berkenaan termasuk lah lombong, parit, tasik dan sungai yang percuma.
- Tidak kisah tentang hasil yang diperolehi walaupun hanya sebesar ibu jari.
- Tidak mempunyai peralatan khusus untuk memancing, hanya peralatan asas saja seperti mata kail dan joran.
- Pengetahuan dunia pancingnya tidak begitu meluas.