Trip kali ini desertai oleh Geng dari Cheras seramai 7 orang termasuk tekong. Ramainya yang ikut, nasib baiklah bot ini besar dan selesa. Satu kelebihan kepada kami yang mempunyai badan kurus. Walaupun tiada hasil berjaya di bawa naik, namun trip ini masih menyeronokkan. Seekor Jenahak bersaiz besar terlepas dari mata kail seorang anggota trip dan timbul dipermukaan air. Ruginya tiada gambar yang dapat dirakamkan semasa aksi tersebut. Ikan yang disangkakan sampah, berjaya memperdayakan si pemancing. Walaubagaimanapun, keadaan cuaca buruk berangin banyak menggangu aktiviti memancing kami.
Ramainya dalam satu bot..
Masing-masing dengan set joran kecil, menunggu umpan udang diragut ikan.
Ketika sampai ke lokasi pertama, kami disambut dengan hujan dan angin kencang yang mengganggu aktiviti mencari anak ikan. Hanya beberapa ekor Cencaru dan Selar berjaya di naikkan. Untungnya kami membawa udang hidup dari kolam. Sekuran-kurangnya adalah juga umpan untuk digunakan. Seringkali juga ragutan keras tidak disedari oleh mereka ini.
Kelengkapan Sonar yang sentiasa saya bawa jika berkunjung ke mana-mana lokasi jika diperlukan. Di lokasi ini, terdapat tukun dan lubang kecil di dasarnya. Teknik menghanyut dengan anak ikan dan sotong kurita lebih sesuai. Trip pulang seawal jam 4.30 petang dan singgah di pekan banting untuk makan dan seterusnya pulang ke rumah.