Disertai Acid, Samat, Eboi dan Saya, kami cuba menjejak kawasan reba di sekitar Pulau Ketam. Adalah juga hasil tangkapan dinaikkan. Rata-rata kebanyakkannya Ikan Belukang sekitar berat 1kg ligat menjamah umpan. Pada malam tersebut juga tiada umpan berjaya dijala berikutan keadaan air besar dan tersilap perkiraan. Oleh kerana kami melalui Selat Kering, kami terdampar di atas beting lumpur gara-gara penglihatan yang sangat terbatas. Mujurlah kami berempat dan berjaya menolak bot kembali ke air. Untungnya ketika kami tersangkut disini ialah, kami ternampak sekor Sotong Kurita secara tidak sengaja di atas lumpur tempat kami terdampar. Dengan kurita ini jugalah, beberapa hasil baik dapat dinaikkan. Berikut hasil tangkapan yang berjaya dinaikkan.
Kebanyakkannya Duri, Gelama dan Sembilang..
Cuma saya dan Acid saja yang berjaya menaikkan Tanda kali ini. Eboi tidur je huhuhu kesiannn..Penat sangat agaknya..
Hasil keseluruhan pada malam tersebut..Hampir kesemua dengan sekor Kurita saja :)
Tiada gambar aksi berjaya dirakam memandangkan kamera yang tidak canggih :) Tunggu lah nanti kalau dapat kamera baru...